Monday, May 23, 2011
Cerita Kreatif Aku Bersama Ben Ashaari
Assalam semua , Jom kita masuk ke dalam cerita kreatif aku bersama ben ashaari ni ? kalau korang nak masuk jugak , boleh link ke gambar keretapi kat atas ni ye . Ayuh aku nak mulakan cerita dari khayalan aku , :p
Pada suatu petang hari jumaat , bermulalah cerita dimana aku bersama kawan blogger iaitu Ben Ashaari yang sangat suka menaiki keretapi walaupun aku memiliki sebuah motor EX5 dan sepasang helmet Arai . Oleh kerana aku baru mengenali Abang Ben dan ingin mengambil hati beliau , aku turutkan permintaan dan keinginan abang ben walaupun aku teringin nak wheelie motor EX5 aku ni bersama sama abang ben . Akhirnya aku 'parking' kan motor aku di kawasan parking milik syarikat keretapi tersebut yang dijaga sepenuh masa oleh JAY dan pengawalnya , Yanna Yassin .
Tujuan aku dan abang ben untuk menaiki keretapi ni adalah kerana ingin ke zoo untuk melihat cipanzi dan haiwan-haiwan yang lain ( pergi zoo memanglah nak tengok haiwan , tak kan nak beli sayur plak ) . Aku dan abang ben ingin ke zoo sekali kerana sambil sambil itu ingin berjumpa dengan kawan lama iaitu Encik Bedak Sejuk , seorang penjaga harimau shift petang di zoo berkenaan .
Apabila aku dan abang ben menaiki tangga eskelator untuk naik ke tingkat atas membeli tiket keretapi , tiba-tiba aku tak sedap hati nak naik keretapi . Abang ben yang melihat muka aku terkerut-kerut dan resah , lalu menegur aku .
'' kau ni kenapa ? muka lain macam je . ada masalah ke ? '', tanya abang ben kepada aku .
'' Entahla bro , saya rasa tak sedap hati nak naik keretapi ni '', .
'' kau jangan buat pasal , aku nak naik keretapi jugak . Ataupun kau ni penakut ? hehe . Cepatlah dah lambat ni , kejap lagi aku ada hal nak update blog . Dah la laptop lupa bawak . '', kata abang ben sambil tersenyum sinis .
Aku dalam keadaan tak sedap hati dan fobia mengikut jua kehendak abang ben walaupun aku telah gunakan segala kudrat yang aku ada untuk menghalang niat abang ben . Setelah sampai ke kaunter tiket , abang ben membeli dua tiket keretapi dari Izyan Kaher , jurujual di kaunter nombor 8 itu .
" Assalamualaikum cik kak , bagi saya 2 tiket keretapi ke Hulu bayam . '', abang ben berkata sambil mengeluarkan dompet .
'' sekejap ye , hmm nah . semuanya RM26.00 tunai , matawang asing tak terima '', Izyan Kaher menjawab sambil menunggu abang ben memberikan wang .
Abang ben yang terkejut mendengar harga tiket berkenaan lalu bertanya kepada Izyan kaher . '' Kenapa mahal sangat ? selalu RM24.00 je ! ''.
'' Maaf encik , minyak dah naik harga ''. Kata Izyan Kaher .
Abang ben dalam keadaan marah selepas mendengar jawapan Izyan Kaher terus mengeluarkan RM26.00 tanpa berkata-kata dan memandang Izyan kaher lagi . Aku hanya diam sahaja , takut aku pula terima bahangnya . Aku dan abang ben berlalu dari kaunter berkenaan dan mencari kerusi kosong .
Sudah hampir setengah jam menunggu kedatangan keretapi ke Hulu Bayam . Oleh kerana terlalu lama menunggu , aku ke kaunter pertanyaan yang dijaga oleh Bro wacana .
'' Assalamualaikum bro , keretapi ke hulu bayam sampai pukul berapa agak-agak ? '', kata aku kepada beliau .
'' Waalaikumusalam , agaknya dalam lagi 5-6 minit macam tu la sebab dah dengar bunyi siren keretapi tu tadi''. Jawab Bro Wacana sambil tersengih-sengih .
"ohh hehe , terima kasih ye ''. jawab aku mengakhiri kata-kata dan kembali semula kat abang ben . Aku dan abang ben pun terus menunggu 5-6 minit lagi . Kedua dua muka sudah hilang 'makeup' . Berpeluh-peluh disebabkan haba panas disitu . Selepas 5 minit berlalu , keretapi ke Hulu bayam pun tiba .Dalam keadaan tergesa-gesa aku dan abang ben terus menuju ke pintu penumpang .
Setelah habis penumpang turun dari keretapi tersebut , aku dan abang ben terus tergesa-gesa masuk ke pintu penumpang .
''fuh lega sikit . berpeluh aku tadi kat luar tu ''. Kata abang ben kepada ku . Aku hanya tergelak mendengar keluhan abang ben . Didalam keretapi berkenaan , aku lihat semua penumpang kelihatan letih . Baru aku sedar rupanya dah pukul 5 petang , semua balik kerja . Abang ben pun dah terlena . Tiba tiba aku di tegur oleh seorang lelaki yang wajah nya hampir aku kenali .
'' Assalamualaikum saudara '', lelaki itu memberi salam kepada ku .
'' Waalaikumusalam , ye ? sape ni ? '', tanya aku keliru .
'' tak kenal saya ke bro ? ni saya la Areliff . Sekolah batu empat dulu . kelas 2 Dia . ingat tak ? ". kata pemuda itu .
'' laa areliff ke ? mau tak kenal . makan koci sama-sama dulu . haha , nak kemana ni ? '', kata aku sambil tersenyum .
'' hehe , saya nak ke hulu bayam . kereta rosak kat sana semalam , nak amik kereta . dah siap repair da ", kata beliau kepada ku .
Belum sempat aku bersembang lebih lama dengan beliau , keretapi telahpun sampai ke destinasi Hulu Bayam . ''Ok bro dah sampai , nah ni kad saya . kalau ada apa-apa masalah call la ok. Assalamualaikum . ''. kata Areliff sambil menghulurkan kad beliau kepada ku .
'' Baik bro , Walaikumusalam ''. Kata aku sambil bersalam dengan beliau . Tanpa membuang masa aku kejutkan abang ben yang telah nyenyak tidur . Kami keluar dari keretapi berkenaan dan berjalan kaki ke arah utara . Zoo Hulu Bayam dekat sahaja dengan stesen keretapi tadi , 3-4 minit sampailah . ''dah senja ni bro . buka lagi ke ? ''. tanya aku kepada abang ben .
'' Buka lagi , zoo tu tutup pukul 10 malam tau , kalau tak tadi sampai awal da , keretapi pulak lambat ", jawab abang ben sambil mengeluh .
Sesudah sampai di zoo berkenaan , aku dan abang ben hanya terkedu apabila melihat signboard di pintu gate zoo berkenaan , DIBUKA ISNIN - AHAD : 8.00 Pagi - 10 malam . JUMAAT : 8.00 pagi - 6.00 petang ! '' Arghh dah tutup ke ? harini tutup awal ek ? grrrr . ''. Abang ben mengeluh bersendirian . Aku dan abang ben dalam keadaan hampa berpatah balik ke stesen keretapi . Sampai-sampai ke stesen keretapi berkenaan , kami melihat jadual kedatangan keretapi untuk ke Gajah Alah , Nasib baik keretapi ke Gajah Alah dah tiba .
Kali ni aku pula membeli tiket keretapi . Kami terus menuju ke keretapi setelah membeli tiket . Aku memandang abang ben dan lalu mulut ku tergerak untuk berkata '' SEBAB TU SAYA TAK SEDAP HATI TADI , SEBAB HARI NI HARI JUMAAT tadi KALAU NAIK MOTOR TADI DAH LAMA SAMPAI . GRRR ''. Maka terpaksalah kami memutuskan hasrat untuk ke Zoo Hulu Bayam melihat Cipanzi dan kawan kami . T____T
Kesimpulannya : keluarlah lebih awal untuk kemana-mana kerana setiap apa yang kita rancang itu tak selalu tepat dan gunakanlah benda yang lebih senang cepat dan murah . Hidup jangan terlalu memilih kerana setiap apa yang kita pilih itu tak semestinya akan melengkapi seharian kita ^_^ .
hehehe , sudah la stop la. aku dah merapu sangat . Cerita kreatif ini tiada kena mengena diantara yang hidup mahupun yang sudah tiada . Sesiapa yang menjadi mangsa termasuk abang ben dalam cerita ni saya memohon maaf kerana cerita ni sekadar gurauan dan cerita sahaja . Assalam ^_^
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
24 comments:
wahhh...cerita penuh pengajaran...tapi tak sempat eks masuk zoo..takpelah, gi hari lain pulak..hehehe...
@Sunah Mohammad: saya dah takda idea ( tiru gaya cakap zizan ) , hehehe . zoo boleh tutup plak , ape la abang ben ni ajak hari yang tak kena :p
added abdul farique as pelakon dalam cerita saya...hehehe
http://jahnscar.blogspot.com/2011/05/cerita-kreatif-aku-bersama-ben-ashaari.html
@Fauzan 'Jahn' Abas: wahh bro , dah baca . sempoi . macam skrip filem lak :p
mak aih.... buat filem eh ? heheh... bagus bagus ..
@BEN ASHAARI: Akhirnya bro komen jugak kat blog ni .. fuhh , hehehe . thanks bro :p
penjaga harimau...? HAHAHA...NICE BRO... :D
ni saya la Areliff . Sekolah batu empat dulu ....pergh aq pon ade gak nice entry mcm filem la plak bro wat..cayalah hik3 :_)
wahahah..macam-macam punya story dah ..
@Encik Bedak Sejuk: ya bro penjaga harimau shift petang , balik awal nampak ? hehe . thanks bro :D
@Areliff: hehehe , ohh ni la areliff kelas 2 (two) Dia tu .. hehehe , thanks bro :D
@muhamad hanif: hehehe , biasala . bila bekas pengarang novel amateur menulis :D
hahaha..apasal aku jadi pengawal keselamatan??hik hik hik..thanks sudi amik Jay jadi watak dalam cerita ni..hehe
@Jay: bahahaha , dah bro tak kasi resume .. kalau tak watak hebat2 tadi :p
hehehe..it's ok..ada nama dalam tu pun dah syukur..thanks ..hehehe
@Jay: takpe , for the next time saya try cari watak terbaik untuk bro JAY oke :P
hahah..thanks...bagi yg muka legend tapi hati cute k..hahaha..dah macam Jambu pulak..
@Jay: hehehe cantik bro . segmen cerita drama ni bro join tak ? nak kasi watak hero dalam citer tu :p
join..jap lagi Waa join k..hehehe
@Jay: steady bro . i be waiting for u :p
hehe. tutup ke. buat penat jek.
huhu XD
@mad khaz: tahu takpe .. penat tau kena patah balik .. ajak naik moto taknak .. kan lagi cepat :p
OHMAIGUDNESSS !!
MY NAME WAS MENTION HERE ! SERIOUS BARU PERASAN .. :DDD ..
@Abdul Farique:
hahaha, terima kasih kerana memabaca... sekadar tulisan sewaktu lebam..hehe...bac balik bukan main mengarut lagi citernya...hehe... cerita kau pun best gak kat sini...
Post a Comment
Terima Kasih sebab komen, tapi komen ancaman, ugutan, hasutan akan didelete ya :).jom like fanpage facebook AF :) FB AbdulFarique.com