Wednesday, May 25, 2011

Aku Tak Minat Baca Novel Tapi Aku Minat Menulis.

    Salam kawan-kawan , aku ni memang minat sangat mencipta sebuah novel tapi aku tak pernah mengetahui format dialog dan gaya penulisan untuk menulis sebuah novel kerana tapi aku sekali je baca novel , Novel keluaran berapa entah ( Tak Bisa Memilihmu.. ) tu je the first and the last aku baca novel dengan penuh tekun dan menghayati . Yang lain lain aku baca sekerat je kalau lagi malas aku baca sipnosis cerita je . Hehe

 

   Keinginan aku untuk membuat sebuah novel telah tercapai dengan novel pertama karya aku , Lieya Juwieta Ku pada 26 November 2010 . selama 10 hari aku mengambil masa aku untuk menyiapkan novel yang tak mengikut format sebuah novel langsung . Biasalah kurang ilmu, main hantam je. Indahnya seni kan .


   Aku minat muzik , muzik itu seni . Aku minat design grafik , ianya seni . Aku minat menulis , ia juga seni . Dalam setiap sesuatu perkara yang berkaitan dengan seni , aspek penting untuk berjaya adalah penghayatan . Jika kita menghayati sesuatu perkara itu pasti benda yang kita lakukan itu akan jadi lebih unik dan indah .






  Kalau tak percaya penghayatan terhadap sesuatu seni itu akan membuatkan perkara itu unik dan indah , korang boleh tengok contohnya iaitu Kitaro , pemuzik hebat . Beliau menghayati kesemua muzik beliau . Sedangkan lagu hanyalah intrusmental tapi penghayatan terhadap muzik berkenaan menyebabkan muzik tersebut menjadi indah dan merdu . 


  Setelah kini sekian lama , aku terasa ingin kembali menulis novel. Tapi bayangkanlah , satu novel memakan masa selama berhari hari untuk disiapkan , kalau lebih dihayati dan berimaginasi untuk menghidupkan ayat , boleh dikatakan berminggu-minggu untuk disiapkan satu novel. Mak aih, imaginasi kena kuat dan minda kena bermain dengan persepsi keadaan masa dan tingkah laku. 


  sejenak teringatkan gambaran wajah gadis itu, riak wajah Amin berubah menjadi sendu. Kedinginan malam membadai jiwa dan hati Amin. Terasa bagaikan tiada lagi harapan untuk bersama-sama dengan gadis itu. Hancur resah dan remuknya hati seorang lelaki yang terpaksa menerima kenyataan dimana gadis itu telah tiada lagi di dunia ini...

  Adess , susah bebenor nak siapkan satu perenggan . Macam mana nak going on ? huhu . Alhamdulillah akhirnya aku telah mendapatkan nasihat dan tunjuk ajar oleh Elyna ( Sharina Elisa ) , seorang penulis novel yang telah pun menempah nama mencipta sebuah novel Tenggelamnya Warna Pelangi .
 
 http://www.kakinovel.com/images/stories/ulasannovel/tenggelamnya-warna-pelangi.jpg
   

   Wow amazing sungguh beliau berpuitis. Serius aku cair bila dia berpetah. Huhu, bukan senang nak mencipta satu novel . Respek untuk elyna . So kalau korang nak baca artikel novel beliau , boleh la ke blog beliau di SINI . marilah kita sama sama support buku novel karya dari Elyna .


  Nota : aku baru sehari dua belajar menghidupkan sesuatu ayat. InsyaAllah nak go on . Nak belajar lagi dengan dia . :D 

15 comments:

Dzu Aamal on May 25, 2011 at 12:21 AM said...

Adbul! baca novel kah? JIwang! haha :D

elyna on May 25, 2011 at 12:24 AM said...

:wow caya la af ..
---> sejenak teringatkan gambaran wajah gadis itu, riak wajah Amin berubah menjadi sendu. Kedinginan malam membadai jiwa dan hati Amin. Terasa bagaikan tiada lagi harapan untuk bersama-sama dengan gadis itu. Hancur resah dan remuknya hati seorang lelaki yang terpaksa menerima kenyataan dimana gadis itu telah tiada lagi di dunia ini... <<---

Fatin Farhana on May 25, 2011 at 12:44 AM said...

saya pun minat seni..
tp saya tak berseni..
go on buat novel yer farique..
otw nak terjah Lieya Juwieta Ku ..
hihihi

Mss Ieza on May 25, 2011 at 12:57 AM said...

sy cke bce tinta alisha kirana..blog tu mang sume novel n mcm2 nvel ad :)

admin on May 25, 2011 at 1:10 AM said...

@Cik Ladies: :nono , jiwang dia suka dengar lagu jiwang . AF suka seni :p

admin on May 25, 2011 at 1:10 AM said...

@elyna: hehehe , itu ilmu yang af belajar dengan elyna arini :p

admin on May 25, 2011 at 1:11 AM said...

@Fatin Farhana: hehehe , insyaAllah . hope cita-cita dan harapanku tidaklah menjadi hangat hangat tahi ayam semata mata :D

admin on May 25, 2011 at 1:12 AM said...

@Mss Ieza: hehehe , blog elyna pun kebanyakkan entry novel je :p

MyIlham.com on May 25, 2011 at 6:26 AM said...

salam singgah. dulu kecik2 minat baca novel, dah besar agak kureng. teruskan menulis..:)

Elly Jade on May 25, 2011 at 7:51 AM said...

AF...
go go gik!!!teruskan usaha..
ha ade kawan penulis rupanya...bagusla tue..
bg semangat utk tulis novel..
sayang tau...cube ya..xpe kalau lambat pun..
asalkan tulis sket2 and jangan paksa2
akk tgk novelis2 yg fames pn kdg2 tensen nk tulis novel...take ur time..kalo ade mood baru tulis and jgn paksa diri..
insyaALLAH..sikit2 lama-lama jadi novel =p

pRotege oN tHe R0ad on May 25, 2011 at 11:42 AM said...

sy pun sma x bper nak baca novel..lgi2 novel cinta susah nak habis..tapi sy bca novel thiriler seram cam novel Ramlee Awang Musrhid...

admin on May 25, 2011 at 12:29 PM said...

@Ilham Fiq Ahmad: hehehe bro , tenkiu for your supporting :D

admin on May 25, 2011 at 12:31 PM said...

@pearl jade: hehehe , ade kawan .elyna tu cekap berpuitis . suke baca cara dia menulis . ayat atas tadi dia yang ajar cara hidupkan ayat :p thanks support kak :D

admin on May 25, 2011 at 12:32 PM said...

@pRotege oN tHe R0ad: auww , pernah dengar nama penulis tu . femes2 :p tu la tak minat sgt membaca . just suka writing je :DD

brand on June 28, 2011 at 11:05 AM said...

yah teruskan ajah situ punya hasrat tuk menulis, itu hal positif kog.. hehehehe.. semangat!!

Post a Comment

Terima Kasih sebab komen, tapi komen ancaman, ugutan, hasutan akan didelete ya :).jom like fanpage facebook AF :) FB AbdulFarique.com

 

Riwayat Seorang Insan Hina Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!