Assalamualaikum dan salam sejahteraan kepada semua pembaca-pembaca tatkala bloggers ataupun pengunjung orang kebiasaan . Wah , panjang pulak pembuka kata aku hari ni . Haha sabar je la . Dunia pengiklanan ni lebih biasa dengan golongan bloggers-bloggers ini dimana mencari peluang menjana kewangan kedua di internet mudah alih ini . Siapa yang tak nak kan . Tapi sekarang ini aku tak pernah lagi mendapat apa-apa income dari mana-mana syarikat pengiklanan lagi baik dari nuffnang dan ManggaAds .
8 bulan aku dikecewakan oleh nuffnang dan hanya memungut hasil sebanyak RM4.25 dalam masa 8 bulan ( jawapan yang amat mengecewakan ) , Apakah salahku nuffnang ? BE langsung tiada . Walaupun traffik ketika itu naik dan naik tapi hasilnya tak berubah . Mudahnya kau berubah nuff :( . Dengar kata nuffnang lebih kepada bloggers bloggers newbie ? entahlah . tak nak beri sebarang komen tentang tu .
Kemudian setelah menukar template baru dan header baru untuk merealisasikan impian dan kehendak blog aku ni , aku dengan bangganya mengumumkan nuffnang bukan lagi yang aku cintai . Setelah 1 bulan blog hidup tanpa syarikat pengiklanan , aku tiba-tiba berhajat untuk menggunakan ManggaAds . Tapi sayang , perhubungan aku dengan ManggaAds bertahan selama 2 minggu sahaja dan aku berjaya menyumbangkan impressions sebanyak 9883 buat manggaAds , ManggaAds , kita tak mampu bersama . Tiada apa-apa pun pulangan dari ManggaAds untuk aku . Sekali lagi aku gunakan segala kudrat yang ada menempuh hidup tanpa syarikat Pengiklanan lagi .
Hasil dari perkenalan yang diperkenalkan oleh FariqScorpio , aku telah pun berjumpa dengan syarikat pengiklanan baru yang diberi nama Advertlets . Oh Adverlets , walaupun 8 hari kita bersama sekarang ini . Akhirnya aku berjaya memungut RM4.307 dah sekarang . Dengan purata earning daily sebanyak RM0.68 sen . RM0.68 banyak tu ! RM0.68 x 20 Tahun , tak ke SEJUTA ??!! Aku tak faham betui la .bahaha . Terima kasih Advertlets kerana mengembirakan hari-hariku .
Aku sebenarnya malas nak iklan-iklan ni tapi iye la kan , itulah yang mampu menjana kewangan aku sekarang . Bil Streamyx , domain ni pun tinggal lagi 180 hari lagi je sebelum tarikh luput . Kene cari duit kaw-kaw . Kat blog je la aku mampu cari duit tepi . Bagi aku semua syarikat pengiklanan ni sama je . Biasalah macam kita jugak , ada yang baik ada yang buruk .
Ada orang cakap advertlets ni susah nak cashout . yeke ? entahlah , kalau susah rasanya blog IzamirRidzwan , blog C-Tea dah lama cabut dari advertlets dan ramai lagi la pengguna advertlets . Biasa lah benda-benda tak perfect ok . Kita sendiri pun tak perfect , kalau kita perfect kita mestilah alert dalam sesuatu perkara sebelum kita memilih betul tak ?
Korang hayati dulu ucapan hackers terbaik ni ^_^ .
- Human Is Not Perfect ,
- Systems Is Not Perfect .
- Only Allah Is Perfect .
Nota : aku letakkan iklan header nuffnang tu bukan semata-mata duit , tapi kerana nak tengok UV tiap tiap hari . Bahaha . Takpe la saling exchange kan , dia bagi aku kemudahan view UV , aku bagi dia ruangan iklan . ( sebenarnya aku tak reti guna google Analytics , dah banyak kali try tak dapat detect blog aku jugak -__- )
5 comments:
enth la..aku tk penah mengharapkn yg tinggi dri iklan2 ni..aku pun baru lg..ikutkan je la..aku 1 bulan nuffnang baru 1.70sen..haha...memang cuak..tp nak buat cam mana..hehe
biasa la bro , takpa lau blogger baru go on je nuffnang .. jangan risau nuff sayang blogger2 baru ni :P
Nak guna iklan mana erk...........
@Imddin Ahmad: gunakan je mana2 yang rasa selesa :D
Salam Ramadhan..
memang Advetlets lebih mudah dapat duit..
Post a Comment
Terima Kasih sebab komen, tapi komen ancaman, ugutan, hasutan akan didelete ya :).jom like fanpage facebook AF :) FB AbdulFarique.com