Friday, January 28, 2011

Tips Untuk bakal peserta dan Kenanganku di PLKN

    
  Aduh ! Dapat PLKN ! Teruk la , tak nak pergi la .. Apa itu PLKN ? PLKN adalah Program latihan khidmat negara . maklumat lanjut klik SINI . huh ! hehe , aku dah pergi pun . Inilah ungkapan aku ketika dari mendapat surat untuk di PLKN . Masa tu kerja kan tengah kumpul duit nak beli moto . Sapa tak tension . Huhu . Followers aku ada tak yang bakal pergi PLKN ? wajib baca pengalaman aku ni . Memang kenangan indah yang sana aku tak dapat tak lupa . Kenangan Pahit , takde langsung . Rasa teringin nak masuk kali ke 2. Huhu

  Aku dapat pada panggilan ke-3 . Fuyohh panggilan ke 3 , Panggilan ke 3 ni banyak yang boleh kata nakal-nakal , geng ponteng sekolah dan ada sedikit brother2 bekas Universiti . Panggilan semula sebab masa umur diorang 18 tahun tak boleh pergi , belajar so tangguh la . Huhu , berbalik pada cerita aku . Ramai orang kata panggilan ke-3 ni pastinya korang akan kena buli , bergaduh dan sebagainya yang negatif . Tapi kenapa pula aku tak kena pukul , aku tak kena buli dan sebagainya ?? 


Read More ye :)






   Sebab apa korang nak tahu tak ? sebab bahasa dan tingkah laku la . Tak boleh terlalu takut dan tak boleh terlalu berani . Biar sedang-sedang . Nak berani sangat-sangat pun tak guna . Lagipun kita ni duduk di dalam hutan kan . Biar pada-pada . Bab budi bahasa ni bergantung kepada diri kita . Niat dan tujuan kita kesana memang lah bukan untuk bergaduh tapi itu kita ,orang lain kita tahu ke ? bukan semua kat kem itu kawan baik kita .


  Budi bahasa ni perlu ada sebelum kita ke PLKN . Kita akan bergaul dengan orang yang kita tak kenal . Korang mesti pernah ngorat perempuan kan ( laki la ) , macam mana korang ngorat? mesti bahasa baik-baik je ayat elok-elok je . Macam tu la korang kena berbudi bahasa kat PLKN nanti . baru lah orang lain hormat korang . Ye tak ? Ok , selesai penjelasan mengenai ni .






   Sekarang aku nak cerita mengenai kerja sama . kerja sama ni penting . bagi geng-geng susah bangun tidur , korang boleh kerja sama dengan rakan seperjuangan korang untuk tolong kejutkan korang . kalau korang tak reti nak kerja sama , berlagak , orang pun takkan teringin nak kejutkan korang . Apa bala yang korang akan dapat bila lewat ikut modul pagi ? Korang akan rasa sendiri . hahaha . Dalam 3 bulan aku disana , satu bulan je aku susah . 2 bulan yang lain aku ok , boleh kata gemilang jugaklah .


  kerjasama lagi aku nak cerita . Modul pembinaan karakter dan Modul Fizikal adalah modul yang betul-betul memerlukan kerjasama . kalau tidak team korang hancur . Ingat tu , Kerjasama , InsyaAllah bagi sesiapa yang memberi kerjasama yang tinggi , pasti korang rasa teringin nak masuk tentera . Latihan PLKn sebenarnya lagi ringan dari latihan Tentera . Ragging itu sudah menjadi biasa .


 
   Ok la . Setakat ini sahaja lah yang aku mampu kongsikan untuk korang . Yang lain-lain , biarlah korang rasa sendiri . nanti tak syok pulak aku ceritakan semua . Apa yang penting kat sini aku nak tegaskan , korang tak perlu besar kepala . biar sama-sama satu pasukan . Kita sama sama saling bantu membantu . Aku ingat lagi masa nak memilih nama pasukan . Aku digolongan Kumpulan Alpha , jadi kitorang kena memilih nama untuk kumpulan ni . Sumbangan yang aku berikan adalah , nama group . Aku memberikan nama Perisai Waja dan cadangan aku disetujui geng-geng pasukan aku , wahh bangganya :)

  Seronok kan . Kalau aku nak ceritakan memang panjang . Siap boleh buat Part 1 , part 2 dan part 3 . huhu . Ingatnya perkataan ini paling penting dalam PLKN iaitu , IKUT ARAHAN . COMMAND DO . Aku harap korang berjaya membawa pulang SIJIL-SIJIL yang menghargai korang . Huhu , ok la kawan . setakat ini sahaja cerita aku . harap korang akan bersemangat untuk BERKHIDMAT UNTUK NEGARA . As Salam .



  Aku didalam cerita ini adalah Abdul Farid atau lebih dikenali di PLKN , Farid Kamtumi yang telah menjalani latihan PLKN di Kem Guar Chenderai , Padang Besar , Perlis . Salah Seorang pelatih dari Pulau Pinang . Telah mendapat Rank Holder sebagai Sarjan tetapi telah dipecat kerana melakukan rusuhan beramai-ramai . Aku adalah salah seorang wira dari Kump 3 , Siri 7 , 2010 . Aku telah mendapat SIJIL Tamat latihan dan mendapat Piala Tempat Ketiga Kayak Berpasangan , Johan berpasukan Kembara Halangan , Johan Berpasukan Rakit , dan SIJIL Penghargaan Barisan Utama kawad Pembawa Jalur Gemilang Gergasi pada Hari 1 Ogos 2010 , di Stadium utama Kangar , Perlis . 

24 comments:

SyedGraphix Dot Com on January 28, 2011 at 7:29 AM said...

fuhhh..naseb baek x dapat. Alhamdulillah ;)

admin on January 28, 2011 at 7:35 AM said...

@SG : yeke tak dapat ? takut2 ada panggilan lagi :)

|| A r a W a n i || on January 28, 2011 at 7:53 AM said...

pergh!
bestnya..
sy xdop peluang nak pegi..
hu~~

admin on January 28, 2011 at 7:55 AM said...

@araWani : totally PLKN memang best . kalau dengar yg negatif2 tu semua tipu ja . tak percaya awak pergi la . tak rugi , dapat pengalaman dan pengajaran :))

Siti Safiyyah on January 28, 2011 at 8:10 AM said...

eh kejap. name ko farid tapi apesal ko tulis farique? konfius kejap haku. best ke weh gi sane? member aku siap ajak aku merayu nak pegi plkn (mentang2 tak dapat buat2 lah macam nak pegi) haha ;p

admin on January 28, 2011 at 8:12 AM said...

@SS : ok pe PLKN terbaik la. Memang best la . entry ni sepatutnya keluar2 dari PLKN aku nak wat tp sbb letih then sekarang baru nak ingat . huhuhu :) Farid + Farique ?? = Sama je bunyi nya . yang beza nya perkataan .

Fariq Jalil on January 28, 2011 at 10:36 AM said...

adeh PLKN ke??
abang tak masuk PLKN la.. :p

Bila Blogger Adalah Seorang Pelajar

dyana nana on January 28, 2011 at 10:44 AM said...

wahh..!! dapat plkn larh...
nk masok,, tpy x dapat... n x nk buat rayuan.. hee~
mcm2 lak prangai..haha

admin on January 28, 2011 at 10:47 AM said...

@fariq : huhuhu , tahniah sbb berjaya tak masuk bro :)

@dyana nana : ouh sy dah lama masuk da .
huhuu . takpa2 PLKN ada kebaikan dan ada keburukan :p

Siti Safiyyah on January 28, 2011 at 11:56 AM said...

farid dgn farique berbeza woo..dari segi ejaan dan juga makna.. farid=kelebihan(kalo tak silap) fariq=membezakan(kalau tak silap)

hehe, ikot ko lah farid ke farique ke..janji ko tetap AF di hati ku..cewahh ;p

admin on January 28, 2011 at 12:15 PM said...

@SS : farique , <-- nama yang sesuai untuk gelarkan diriku insan yang hina .

farid <-- nama yang tak sesuai , ni nama baik . :)

AF ini tetap dihatimu . hahaha , ko wat lawak lak SS ;p

syafiqsulaiman on January 28, 2011 at 12:24 PM said...

adik bradik aku semua x kene..
kawan2 aku ramai gak yang kene..
ok je aku rase..

yg penting lepas kluar.. bleh bgn awl..
dah pakar kawad2 ni..

admin on January 28, 2011 at 12:44 PM said...

@Syafiqsulaiman : betul bro . sekurang-kurangnya mendidik kita agar lebih berdikari dan berdisiplin . itu misi mereka rasanya ! terbaik :)

nur aisya humaira on January 28, 2011 at 1:32 PM said...

Assalam AF...:)
Yang ni laa sye slalu konfius ngan FS...setiap kali chat,kompem tertukar...adoiii laa..:)

nasib baik sye tk dpt...paling tk suke main2 dlm hutan ni...wakaka

Cik Ika Toppo on January 28, 2011 at 1:57 PM said...

sy dapat PLKN tapi xpergi coz time tu duk blajar kat matrik..hehe.

dan saya tak pernah teringin masuk PLKN.. sb takutt..hahaha

Anati Soki on January 28, 2011 at 2:27 PM said...

anat tak penah g PLKN. time skolah dulu.. smua org takot nk pegi PLLKN. tp bila diorng balik dr PLKN. smua org ckp PLKN tuh best.. hehehe

Anati Soki on January 28, 2011 at 2:27 PM said...

anat fllow mellow kamu :)

faiz on January 28, 2011 at 3:11 PM said...

aku dulu dapat PLKN tapi dapat pengecualian..huhu

syafiqsulaiman on January 28, 2011 at 5:03 PM said...

Farique..

persoalan macam mane aku dapat 1st Buffered earning tu dah jawab tau..
check laa..
klo sudi letak la aku dlm bloglist ko.. hehehe..
aku cnfirm hari2 dtg lawat blog ni..
nanti senang la ko nak lawat blog aku lak..

or klo ko ade plan laen..
kne buat entri ke nanti..
aku nak join k..
hehehe

Mr.TN_SkY on January 28, 2011 at 6:11 PM said...

ahaha...pernah pegi PLKN jugak eh? hehe..Besh kan? lOlx..
awal2 macam xnak pegi..bile nk blik tu..mcm xnk blik lgi ahaha ..aduii

aa..SkY nak gitau ni, SkY ade msukkan link bro farique sebagai tanda thanks atas header tuh ye? check it out ye..hehe

3 HAPPINESS VERSUS 1 PAIN, WHO WILL WIN?

admin on January 28, 2011 at 6:58 PM said...

@nur aisya Humaira : jangan selalu konfius , nanti org marah . huhu :P . ehh dalam hutam la best :)

@bajiku shefi : ruginya . tak merasa latihan2 macam ni . lebih kurang macam askar tp 20% je macam ketenteraan :p

@Anati soki : huhuu , dulu farique pon camtu jugak , tapi sekarang , fuyoohhh seronok :p

@faiz : wahh , untung ye faiz . aku kalau boleh taknak pergi tp terpaksa :p

admin on January 28, 2011 at 7:00 PM said...

@syafiqsulaiman : ok bro japg sy letakkan . thanks 4 singgah sini ye :)
huhu :p

@Mr. TN_SkY : haa , tahu takpe memang syok gila . huhu , ok2 jap farique g check :)

E-ra paSha on July 13, 2011 at 6:36 PM said...

thnkz AF 4 this entry..hurmmm dah semngt nk g PLKN!!! yeahhh!!! nanti e-ra plk nk kongsikan pngalaman mcm ni..=)

Admin PLKN on July 24, 2011 at 9:34 PM said...

Salam 1 PLKN,
Blog anda terpilih untuk dimuatkan di dalam blog 1NSPLKN.blogspot.com untuk segment "Share Story".

Mohon keizinan untuk diambil sedikit dari pengisian diatas, sekian.

Admin

Post a Comment

Terima Kasih sebab komen, tapi komen ancaman, ugutan, hasutan akan didelete ya :).jom like fanpage facebook AF :) FB AbdulFarique.com

 

Riwayat Seorang Insan Hina Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!