Tuesday, January 25, 2011

Aku Dan Kenangan Vol . 1

Lebih mengaitkan dengan Kenangan Dandelion


Tersebutnya Alkisah , sang kancil datang beramai-ramai , menghaa ( hehe , terlanjur lak ) . Tersebutnya kisah tentang diri saya sendiri . Kisah suka duka menjalani kehidupan sebagai seorang manusia . Kenangan oh kenangan , ada memori yang tak dapat dilupakan dan dan memori yang senang2 ye saya lupakan . Perjalanan hidup hari ni saya dah tahu tapi esok , lusa dan seterusnya tak dapat saya lihat kerana itu adalah takdir saya yang ditentukan oleh Tuhan Yang Maha Kuasa .


   Keesokan hari , agaknya mampu kah saya berjalan seperti biasa , belum tentu . Ok la , terbalik kepada topik . Aku Dan Kenangan menceritakan perjalanan hidup saya bersama Kenangan dan pengalaman yang saya miliki didalam ranjau kehidupan ini .

Read More :)





  Kenangan Zaman Tadika

  Dulu saya tinggal dengan di Perak dulu . sebab lahir di Perak kan . sesudah itu Mama saya berpindah di Pulau Pinang ketika umur saya 5 Tahun agaknya . dulu budak2 kan , so ramai le yang amik perhatian . hehe . Dok kat penang , dah kena bangun awal . pukul 6 pagi dah bangun . Itupun puas mama gerak , 5 minit sesudah itu baru leh bangun . pergi mandi2 n makan sikit . terus g tadika . Itu pun pergi ngn akak . sebab takut g sorang2 . Masa tu kecik lagi kan . huhu . Pastu habis sekolah balik rumah relax2 tengok TV dan makan .. Kenangan zaman kanak-kanak ulang alik macam ni je ... Keluarga saya ajar saya hidup susah . Dulu saya menentang jugak , nak itu nak ini . tapi yang mampu diorang beli dan yang tak mampu diorang beli yang murah . ok la , asalkan puas dapat kereta control , robot , dan coklat . hehe .Sayangnya , pada masa ini lah saya belajar hisap rokok sebab ketagih bau asap rokok dari bapa saya ...


 Moral Kenangan :, Tak kesah walaupun sekaya raya mana kita , tapi ajarkan kanak-kanak kita erti kesusahan . Sebab orang hidup susah sebelum kaya dan hidup kaya sebelum susah . Ikuti nasihat ini jika mahu anak anda tidak memandang harta melebihi dari memandang keluarganya . Janganlah kita isap rokok depan anak-anak kita , sesungguhnya mereka mudah ingin mencuba .

 Pembawakan Dari Kenangan :, Kini aku seorang perokok dan susah bangun tidur :)


Kenangan Zaman Sekolah Rendah .

  Aii , dah pun melangkah ke alam sekolah rendah . siap2 bangun baju putih seluar biru tua pakai beg galas berat-berat g sekolah . Saya sekolah di SK Jelutong , Timur Laut , Penang . Dalam sekolah , saya suka buli budak-budak . Macam2 benda saya nanti buat bagi orang sakit . uhuh , kesian lak . hehe . Dulu saya geng2 budak sekolah rendah jahat-jahat . Satu kumpulan gengster junior g kelas orang g wat kacau . hayun sungguh . Selalu juga lewat ke sekolah sebab payah bangun kan . Kena la berdiri tepi pintu sekolah time nyanyian lagu Negaraku berkumandang . Saya pergi sekolah semata-mata nak main-main ngn kawan dan berseronok je dan saya suka berlawak ngn kawan2 sedangkan pergi belajar . Pastu bila dah darjah 4 , result mula dah cantik . dari kelas terbawah sekali , naik ke kelas pertama . Dulu saya 'secondlast' dalam carta kelas tu . Pastu naik ' first' selama 3 semester . Darjah 4 masuk group geng-geng skema , geng pandai ye . akhirnya saya tercicir . huhu .Darjah 5 masuk kelas second last . hehe, guru kelas darjah 4 tu tak reti baca tulisan saya . hehe . saya tulis guna tangan kiri ( kidal la kan ) . Darjah 5 result tetap sama. Bila Darjah 6 , mula nak belajar leklok .Masa percubaan UPSR dapat 1A 1B 2C 1E . teruk ! Akhirnya bila time UPSR , saya dapat 2A 3C ! . berkat saya belajar last minit . saya leh upgrade tu tapi belajar last minit kan . hehe . ok la . Dapat2 result terus g tunjuk kat family . Diorang pun tak marah n diorang ckp itu je yang saya mampu . ok la .


 Moral Kenangan :, Belajar last minute kadang2 ok tp kadang lagi teruk . jadi sebelum mengambil apa2 Exam , belajarlah bersungguh2 selama 3 bulan or lebih . InsyaAllah tak rugi . Jangan suka kacau orang sgt , nanti kita mudah dibenci . Melawak tak salah , tapi biarkan berpada-pada .

Pembawakan Dari Kenangan :, Saya suka melawak , Suka buat keputusan last minit . Tulisan tak pernah elok . huhu . N berkerja pun main-main . hehe .

  Kenangan Zaman Sekolah Menengah

 sekarang dah pun melangkau ke alam remaja . Wah , zaman ni paling merbahaya . masuk2 je tingkatan 1 saya sekolah di SMK Jelutong . Masa tu baru nak besar , nak matang kan . Awek-awek ni jangan cakap la . ni mata ni gatal sgt tu ushar2 . huhu . Dari zaman ni lah saya start pandai bercinta . Masa di SMK Jelutong , saya dapat 3 awek , Diluar sekolah saya pernah bercinta dengan 13 wanita dari tingkatan 1 sampai tingkatan 5 . Semuanya 16 orang saya pernah bercinta . huhu , banyak gile pengalaman bercinta ni . tapi tak menjadikan pedoman . Bercinta putus bercinta putus . huhu , seterusnya zaman ni akademik saya memang teruk dah . Saya selalu lari dari sekolah dan lepak kat 'Cyber Cafe' main internet chatting ngn awek . huhu . tingkatan 3 saya berpindah g belajar kat N.Sembilan di SMK Haji Mohammad Taib , Gemencheh , . Dekat je dengan rumah ayah saya tu kat Kampung Tengah , Gemencheh . Kadang-kadang saya selalu g Sg.Dua g rumah mak long g tolong mak long berniaga n g Taman Muhibbah kat rumah mak teh g tolong Mak teh berniaga Satay , dari situ saya mula rasa nak berkerja . Ye la dah teruk sangat nak belajar dan dah tak minat lagi . tinggal je la . Terus g kerja sebagai tukang amik order kat kedai makan . Lepas PMR saya balik penang . PMR saya tak amik tau . dapat result 1E je itupun kursus . huhu . Balik ke Penang , Masuk sekolah balik . dah masuk sekolah 4 bulan lepas tu , berhenti . tingkatan 5 saya dah mula kerja , Kerja Konduktor Bas , Sales Assistant , Banquet , Chef Assistant dan Public Area H/K . SPM tak amik wuhaaa . Saya terus Melekat berkerja sebagai P/A dari tingkatan 5 la ..

Moral Kenangan :, Belajar elok-elok , kita happy family pun happy . tak da SPM susah lau nak cari kerja , Jangan lari dari sekolah , lau kena tangkap Polis satu hal , kena buang sekolah dan kantoi satu hal , nanti susah nak pindah sekolah lain .
Pembawakan Dari Kenangan :, Selalu pergi CC layan game , layan internet , buat blog dan lain-lain . Pandai Bercinta dan saya seorang yang alah bisa tegar biasa . Cuma suspend ngn muntah dan darah ja . tak leh tengok .huhu




 Sambungan ,
Kenangan Zaman berkerja !
Kenangan Zaman PLKN !


6 comments:

Zeanne on January 25, 2011 at 2:42 PM said...

ahah betul..jangan merokok depan budak2..kadang2 siap suruh budak pergi tolong beli rokok yang tak boleh tahan tu..hahahaha

admin on January 25, 2011 at 4:27 PM said...

tahu xpe , macammana la sampai ke sekarang sy leh jadi perokok tegar ? sbb ni la :)

Unknown on January 25, 2011 at 6:16 PM said...

rugi tu... ko x amik spm...

admin on January 25, 2011 at 7:27 PM said...

bukan aku tak nak amik tapi ... mmm , entah la kodet..

49 on January 26, 2011 at 1:03 AM said...

tkijut ng0k tjuk ntri nie..sama cam nma bl0g aq...(engt nk p0m0t bl0g aq td)..hahaha... kiddin yea..

admin on January 26, 2011 at 1:26 AM said...

@49 : huhu :) , thanks sudi komen :p

Post a Comment

Terima Kasih sebab komen, tapi komen ancaman, ugutan, hasutan akan didelete ya :).jom like fanpage facebook AF :) FB AbdulFarique.com

 

Riwayat Seorang Insan Hina Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!