Friday, January 28, 2011
Mengapa Aku Perokok ?
Salam kawan-kawan , kali ni aku cuba bawa entry ni pulak . Banyak manfaat dalam entry ni . Aku harap korang boleh faham . Ok Apa itu rokok ? ehh tak payah cerita pasal tu la korang mesti tahu kan . Ada yang benci dan ada yang suka kat rokok ni . Bagi aku perokok ni tak semua patut dibenci . wahh , aku asyik bagi pendapat yang berlainan dari orang ja ! benci kat AF ni ! huhu , Ayuh korang baca selanjutnya korang akan tahu .
Aku yang bercakap ni adalah seorang perokok tegar ok . Aku bercakap menggunakan pengalaman . Bagi aku pengalaman banyak mendewasakan aku . Ok aku nak bercakap sikit , mengapa aku jadi perokok tegar ? orang lain tak faham dan tak mengerti . Aku isap rokok ni semua kerana ayah aku dan ayah tiri aku . Sebab apa sebab ayah aku ? sebab ayah aku idola aku . Dulu aku pun tak teringin nak isap rokok ni , tapi kecil kecil tiap-tiap hari hidup bau asap rokok aku jadi ketagih . Kenapa perokok tak semua patut dibenci ?
Read More :)
Kenapa aku kata perokok ni tak semua patut dibenci ? sebab bukan semua isap rokok saja-saja . Bukan semua isap rokok suka-suka . Punca utama perokok ni adalah Keluarga , ayah isap rokok atau abg isap rokok . Kita duduk serumah , tiap-tiap hidu bau asap rokok tak ke ketagih ? Punca kedua sebab tekanan dan stress , Kebanyakan punca ni banyak golongan perempuan yang merokok .
Aku sebenarnya nak berhenti merokok ni sebab , Haram , membazir , membunuh orang dan tak baik untuk kesihatan tapi senangkah nak berhenti ? susah , dulu aku masuk PLKN 2 bulan tak isap rokok , lagi sebulan kat PLKN aku isap rokok kertas . Tak tahan ketagih . lagipun persekitaran yang memaksa aku tambah ketagih . Korang tak perlu nak salahkan dan cop menghisap rokok ni biadap dan korang kena benci . Benci kat rokok tak pa janganlah benci kepada perokok .
Macam aku katakan tadi , merokok ni bukan semua suka-suka , saja-saja . Mesti ada kenangan hitam , tension dan sebagainya yang buruk . Semuanya dari siapa ? dari Keluarga . Menular ke anak-anak . Tak semua perokok kita harus pandang sebelah mata , tak semua perokok yang nak terus jadi perokok tegar . Aku pun tak nak . Kitorang perlu bimbingan bukannya kutukan . Bagaimana nak berubah .
Macam topik aku yang lepas-lepas , banyak entry aku mengenai orang ketiga ( sokongan ) . Itu yang penting , sokongan padu dari kawan-kawan . Sokongan padu dari masyarakat . InsyaAllah berkat kuasa Tuhan kitorang boleh berubah . Jadi apa yang aku nak pesan , tak perlu lah kita membenci seseorang sebelum kita mengenali seseorang itu dengan kemas . Tak perlu juga kita memberi kutukan tapi lagi mulia kalau kita membimbing . Bantu-Membantu kan diharuskan dalam Islam . Jadi kita sebagai umat Islam , Mari lah kita sama-sama bantu membantu . PEROKOK BUKAN PENJAHAT , BANTULAH KAMI BERHENTI . salam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
24 comments:
BENCI AF , BENCI AF !
ahaha , cmne niey .. CL tak suka org merokok .. tp tak kate perokok tu jahat lorr ..
;p
@CL : huhuh , CL tak kata , tapi org lain kata :)
huaaa!aku pon xsuka perokok juga..xpa meyh aku hadiahkan ko niquitin selori ek..hakhak!
@Cik Gadis : wahh , nampak dua2 gadis BCR ni belasah aku nampak :)
ahaha , AF .. spe yg kte perokok tu semua penjahat ? meyh sini CL dgn CG blasah dy .. wakaka
:p
naseb baik kluarga bukan kaki rokok...hohoo
hahaha....sonang yo..cari awek anti rokok.....sure berhenti....sebab syg punye psl kan...
hukhukhuk..batuk ckit...hehehe
haha, kwn aku pun rokok jugak... tp baik je dgn smua org... xde beza pun
@Cik Ladies : huhu , pandangan org berbeza :)
@azuan : Alhamdulillah , Keluarga yang baik :)
Masih ade masa nak brenti rokok tu..atas kehendak diri sendiri la..kalo org len suruh memang tak jalan..huhu.hope farique nanti brenti la merokok ye..bukan ape, nti kalo dah ade kuarga, anak isteri.tak elok la merokok kan.ape pun, it may takes time..slow2 ye ;)
@KUREKURE COMEL: betul tu ! sokong , at least dah dapat . dia byk bagi ancaman suruh berhenti rokok . huhu insyaAllah sedang mencuba :)
@kodet : betul tu , setengah yang tak isap rokok pun ada yang jahat . Kebanyakan org beranggapan macam itu . bukan semua ye :)
@wan ryna : sekurang-kurangnya ada sokongan dan bukan syok sndiri la . kita lemah kalau sorang2 , kita kuat kalau ramai2 :) . ya betul , nak berhenti rokok mengambil masa . btw , i try my best 4 my family :)
bf me dulu perokok tegar. sehari boleh hisap sampai 4kotak (20btg/kotak). skang dah tak lagi. even dia belum berhenti tapi pengurangan kepada 1-3 batang sehari dah cukup melegakan hati si gf. semua orang perlukan sokongan dan bimbingan bukan kritikan dan kutukan yang melemahkan.
lupa nak bagitau. AF cubalah cara ni. stakat ni ini yang paling berkesan kot. jangan beli rokok kotak tapi beli rokok batang je dan banyakkan masa dengan org2 tersayang nnt lama2 confirm feel nak merokok tu kurang dengan sendirinya.
klu perokok tegar, semangat dan azam perlu kuat utk berhenti,org lain sekadar boleh sokong..yg paling utama diri sendiri.
bau rokok macam ekzos kete! :p
silalah cuba berhenti yea. ai tak suka orang merokok tak kena tempat.
sy x benci perokok tapi sy x suka asap rokok..bapak aku, abg aku, uncle aku, pakwe aku, semua perokok..aku tetap sayang diorang..
hua2..
ahah, nk bg sokongan nih..semoga dpt berhenti merokok..=)
nseb baek mj tak ketagih rokok sbb tiap2 hari dok bau asap je dlm rumah..huhu..
salam,,aku taw cara yg terbaik tok berhenti,,1st korg kne cri alternatif yg leh gnti rokok,,exmple chewing gum..bile korg rse nk smoking, korg ambek wuduk n bce alquran,,insyaAllah Allah akan tlong korg,,amin,,semoga ko berjaya stop smoking..:)
@shilazizi : satu perkongsian yang menarik . AF harap dengan adanya reader tetap kat sini , buatlah AF tambah bersemangat . Perjalanan hidup AF masih panjang , rokok yang bakal menyingkatkan perjalanan AF . Teirma kasih diatas nasihat cik ye :)
@Shida mj : ye shida , ok sy cuba sedaya upaya ! saya dah janji dengan diri sendiri , saya nak amik SPM dan nak berhenti merokok ! . Amin
@ Snowladies : huhu , benar2 :)
@zirconia : huhu , ok awak . saya cuba . sy yakin sy boleh :)
@kinosKoko : yea , pendapat yang baik . macam gini la :) . tapi awak kena2 nasihat mereka coz awak syg mereka . merokok berbahaya ! ( saya sedar tp saya buat , tgh cuba berhenti )
@MJ : terima kasih MJ , MJ seorang yang tabah dan kuat iman :)
@amaliena : wslm . ok amaliena , sy cuba berhenti . saya akan cba cara2 dari amaliena ni , kalau berjaya alhamdulillah , apa pun usaha kan . ye tak ? huhu :)
a,ah,,AF,,semga Allah bantu niat suci kamu tu,,
@Nur Amaliena Ahmad : terima kasih diatas sokongan kamu . Bertuahnye saya dapat galakan kat sini :)
Post a Comment
Terima Kasih sebab komen, tapi komen ancaman, ugutan, hasutan akan didelete ya :).jom like fanpage facebook AF :) FB AbdulFarique.com