Wednesday, January 26, 2011

Tiada Kerjaya ? Korang Ok Ke ?



   Salam kawan - kawan , korang pernah mengeluh tak sebab tak da kerja ? ya Tuhanku , mesti tension . Baiklah disini aku nak bercerita sedikit mengenai kisah tentang Kerja ni . Apa itu kerja ? Kerjaya adalah sesuatu pekerjaan yang dilaksanakan oleh seseorang bukan sahaja sebagai satu sumber pendapatannya tetapi juga merupakan manifestasi minat seseorang itu dalam menyumbang kepada pembangunan diri mahu pun masyarakat .


  Bercerita mengenai kerja ni , aku sebenarnya banyak nak cerita benda ni . Korang rasa duit ni penting ke ? sebenarnya penting , untuk sara kehidupan dan diri kita . jadi bagaimana nak cari duit ? Rompak ? SALAH , Samun ? SALAH . Lepas tu ape ? kerja la . Tapi senang ke nak cari kerja ? aku pun tak tahu nak jawab soalan aku ni . Aku rasa reader setia aku mesti tahu pengalaman kehidupan aku selama ni kan . 


  Walaupun macam macam pekerjaan dah cuba nak kerja , tapi diorang tak panggil-panggil . Aduhh , sadisnya . Bila aku mengeluh benda ni kat keluarga aku , Jawapan mereka '' Itu lah suruh belajar dulu pergi ponteng , panjat pagar sekolah'', . Terkedu aku , tapi betul juga . salah aku , kalaulah aku dapat perbaiki diri aku balik aku takkan jadi macam ni . Korang nak ke kerja sebagai Housekeeping , cuci tandas mop sana sini ? Gaji pula tak seberapa tapi kerja teruk.

Read more ye ,


  Aku harap korang rasa apa yang aku rasa . Benar pepatah melayu berkata , Sesal sesal dahulu , Senang senang kemudian . Masa aku masih pelajar tu aku ingatke benda ni ? aku fikir dalam kepala otak , ENJOY , HAPPY je . soalan aku , kalau korang TIADA KERJAYA , KORANG OK KE ? pasti semuanya geleng kepala . Kita mesti nak kan kalau dapat kerjaya macam CEO , kerja di bank , Arkitek , Doktor , Pegawai Polis , Pegawai tentera .. 


   Wah , seronok kan dapat kerja macam tu . keluarga pun tumpang gembira . Nanti kahwin pun anak isteri senang sedikit. Kita sebagai lelaki takkan tak kesian tengok isteri kita berkerja sekali ? kalau kerja nya sebagai seorang GURU ke , DOKTOR ke , TENTERA ke takpe la sekurang-kurangnya dia berkerja sambil berkhidmat untuk masyarakat . Tapi kalau sekadar kerja kilang , jual keropok lekor , goreng pisang , cleaner , sumpah kawan memang aku sedih kalau tengok muka mereka balik kerja , letih , penat . Kita takpa la lelaki , Asal bisa tegar biasa .


  Tapi kalau kita orang susah macam mana farique ?? ehh , takde orang yang susah kalau dia tak buat-buat susah . Kenapa cakap macam gitu ? sebab orang tu MALAS , takda usaha langsung . Korang ambilkan aku sebagai contoh buruk korang , aku susah sekarang . Tapi aku takda miskin , tak baik Tuhan bagi rezeki tapi belakang kita cakap kita MISKIN , takde duit langsung . Kenapa aku cakap aku ni contoh yang buruk ? Korang tahu la kan aku ni MALAS belajar . SPM pon takde .


  Aku tak malu langsung dedahkan kisah aku untuk tatapan korang . sekurang-kurangnya korang boleh bezakan perkara apa yang buruk dan perkara apa yang baik . Aku harap korang boleh ambil iktibar dari entry aku kali ni . Aku tak nak kawan-kawan aku teruk macam aku jugak , bagi la aku tumpang gembira tengok kejayaan korang . Aku doa-doakan korang dapat kerjaya yang baik . Aku harap korang sudi doakan aku berjaya ambil SPM semula dan masuk Kolej .






  Cita-cita aku besar tapi tak tercapai lagi . Aku takda tempat nak luahkan , kat sini saja yang aku mampu . Aku nak berjaya ! , tapi usaha tu tiada lagi . Macam mana nak usaha tu ? mesti ada orang yang boleh bimbing aku ( tak semestinya couple BF/GF ) . Sekurang-kurangnya ada sorang dua yang sudi tolong apa yang patut seperti nasihat tu pun dah patut bersyukur banyak-banyak . Jawapan aku mengenai soalan title entry ni , Tiada Kerja ? Korang OK Ke ? : orang yang tiada nilai yang hanya jawab OK !!


  Memang korang akan cakap , kau masih muda , masih panjang perjalanan hidup ''. ya betul , sebab tu aku cuba berusaha sekarang ni . Eh , jom join misi aku :) . Entry aku kali ni tribute khas buat Blogger lepasan SPM , Blogger yang masih belajar , Blogger yang belum berjaya dan Blogger yang sama status macam aku . InsyaAllah aku cuba berusaha untuk ke level seterusnya . Apa yang penting adalah usaha dan cuba . InsyaAllah , doakan aku berjaya ok . Doa-doakan aku berjaya untuk misi aku ni ya kawan-kawan .


 Aku amat perlu pendapat korang kat entry ni . Need support from my followers ! :( . help me . Ucapan terakhir , Cubalah majukan diri untuk diri sendiri dan orang lain tak kira didunia ataupun diakhirat . 


Dari Insan Hina , Farique...

  

25 comments:

Unknown on January 26, 2011 at 10:46 PM said...

Hallo brother, aku pun dulu mcm ko gak. aku berhenti skolah masa awal tahun form 4. tapi dalam tempoh aku berhenti skolah tu aku nyesal sgt. sbb bkn best pon kelulusan takat pmr jer. last2 aku tekad amek spm calon persendirian pd 2006. alhamdulillalah lulus r gak cuma matematik jer failed. lps tu aku sambung blaja kat kolej komuniti 2 thn & dah grad pun. tapi sijil jer r. skrg ni tgh nak repeat math paper julai tok spm. kalau lulus aku akan sambung blaja kot. jgn putus asa. buat perlahan2. sbb ada gak sedara aku yg amek spm time umur dia 22 thn. last2 skrg dia keje kerani kat kargo KLIA.

admin on January 26, 2011 at 10:58 PM said...

@budak Jawa : terima kasih diatas komen yang memberikan semangat untuk sy tu ! sy hargai sgt2 . terima kasih kerana sgt prihatin terhadap sy :)

Dzu Aamal on January 26, 2011 at 11:05 PM said...

CL tak oke , sbab CL tak de keje lagi ..
skrg tggu result , keje smpingan tu kira oke la jugak kan ? ahaha :p

admin on January 26, 2011 at 11:07 PM said...

@CL : AF lagi la tak oke . result ape pon takde . tgh usaha nak amik SPM balik ! AF doakan CL berjaya dalam hidup ok :)

Anonymous said...

As salam...

terasa nak kembali masa SPM dlu2...nak stady balik rajin2...arrrghhh, sesal dh skrg...hu3...

ape pon Farique, gudluck, all the best...aku ske entry nie...demi masa sesungguhnya manusia itu dalam kerugian...

admin on January 26, 2011 at 11:09 PM said...

@AdamXis : tenkiu ! yap AF dah tak tahan hidup tak tentu arah macam ni . insyaAllah suatu hari Tuhan akan bantu AF jugak ! AF Percaya ! AF kena yakin dan usaha byk2 !!

Unknown on January 27, 2011 at 12:08 AM said...

Insyallah AF, yg penting niat + usaha + tindakan = hasil. Buat pelan2. sbb aku pun ckp berdasarkan pengalaman. insyallah tak rugi. kalau nak amek spm taun ni. aku cadangkan ko amek subjek teras jer. x yah amek subjek tambahan. mcm aku, masa aku amek spm calon persendirian pun aku amek 8 tapi aku jawab 7 paper jer sbb 1 paper tu cuma aku jer candidate yg amek subjek tu. he3 kantoi sudah. AF amek spm calon persendirian ker?

admin on January 27, 2011 at 4:00 AM said...

@Budak Jawa : tak tahu la mengenai repeat SPM ni . Budak Jawa lau sudi buatlah entry pasal SPM tu , AF sudi membaca n akan cuba faham2 . thanks sbb sokong tindakan AF ! amin :)

KUREKURE COMEL on January 27, 2011 at 12:08 PM said...

semoga berjaya...insyaallah jika berusaha dgn gigih...tentu ada kejayaan dikemudian hari...

abg mina pun mcm AF jgk...PMR takde..SPM pun xde...tp rezeki die murah..die keje HPA...kawen awal..
skrg anak dah dua...
maybe berkat jaga mak time sakit...

mina cuma harap jgn putus asa ye...
paling penting berkat doa ibu bapa ye AF...

faiz on January 27, 2011 at 12:51 PM said...

goodluck..belajar betol2, berkat usaha insyaallah berjaya. Kalau nak tips belajar aku cuma boleh cakap satu je. Rajin. malaysia ni exam oriented. Kunci utama, paham, hafal, latihan. Dulu ada je member fail math tapi at the end dapat A1, so apa pun tak mustahil. goodluck

lini hasnan on January 27, 2011 at 2:14 PM said...

chaiyok chaiyok! btw, follow kamu dik :)

syafiqsulaiman on January 27, 2011 at 6:20 PM said...

farique..

kali ni ko kne blaja btol2..
yang 1 aku nak puji ko..
ko ade semangat..! tu yang penting..
so, kali ni ko buat betul2 ar..

admin on January 27, 2011 at 7:14 PM said...

@mina : betul sgt2 tu mina kunci untuk berjaya adalah doa ibu bapa dan usaha kita .

@faiz : terima kasih kerana support aku bro . Aku harap kali ni aku bukan hangat2 tahi ayam lagi . betul bro , takde apa nak mustahil kalau kita mencuba ..

admin on January 27, 2011 at 7:17 PM said...

@lili hasnan : tenkiu ! chaiyok2 :)

@syafiqsulaiman : bro syafiq , gua dah nekad da , gua tak sanggup hidup terbengkalai macam ni . gua nak perubahan . gua nak ubah statement buruk org terhadap gua , gua akan usaha !! tenkiu bro :) ..


p/s : terima kasih diatas komen2 semangat dari korang . Hanya Allah saja yang mampu membalas jasa korang . Alhamdulillah , sokongan yang mantap . terima kasih kawan !!! :)

Unknown on January 28, 2011 at 12:47 AM said...

Yeah, Budak Jawa sentiasa akan memberikan sokongan kepada AF. Sbb BJ pun nak repeat Math SPM bulan julai ni. sama2lah kita berjuang k.

Genta on January 28, 2011 at 1:01 AM said...

Tanpa pekerjaan memang lah susah nak earn a nice living. but sumhow bila kita ada level tertentu contoh kata lepasan ipta ternama tapi just bekerja biasa-biasa seperti kerja kilang, berniaga kecil-kecilan dan sebagainya, kita tetap di pandang rendah kalau ya pun tak di hina oleh masyarakat yang tahu mengenai diri kita.

so bad my brother and sister.

redzuan ridz on January 28, 2011 at 1:36 AM said...

salam bro farique, rezeki ada dimana2, dlm khidupan ni mnusia xprnah lari dr lkukan ksilapan yg mngubah hidup kita. tp kita jgak mmpu mngubah nasib hidup. apa yg da lepas tu jdkan 1 sempdan dan burning spirit bg kita utk bngkit. utk berjaya dlm hidup pling pnting anjakan paradigma, . set target + mtlamat+ always optimis+ keyakinan+ usaha. hasilnya kita akan berjaya dlm apa pun bidang yg kita nk ceburi. wlupun kita prnah dihmpakan sebelum ni :)

sy nk bg 1 quote motivasi yg sering mnjdi peganagan hidup sy "SEORANG PEMENANG TIDAK PERNAH MENGAKU KALAH".
ingat kegagalan xbererti kita kalah. dan itu bukan 1tembok yg menghalang kita mencapai impian kita utk mnjd "somebody" dlm sesuatu yg kita ceburi dan terus dingati dan dikenang smpai bila2. :)

ENTRI PENGHARGAAN :HEADER BARU BLOG DARI ABANG TERROR

admin on January 28, 2011 at 2:01 AM said...

@budak jawa : respek kepada bro BJ , sanggup singgah entry ni semata-mata nak tgk feedback AF . syukran ! terima kasih diatas sokongan padu dari AF , insyaAllah AF akan cuba yang mampu . jom sama2 kita berjuang!


@genta : betul kata awak , tapi ini terpulang kepada rezeki . semuanya terletak ditangan Tuhan . kita akan mampu merancang . tapi sekurang-kurangnya ,kita cuba usaha ... baru ada hasil kan :)

admin on January 28, 2011 at 2:04 AM said...

@redzuan : ulasan yang panjang dan bernas dari bro redzuan . memang bro apa yang bro katakan itu benar . sy cuba yakin dengan diri sendiri . sy percaya sy mampu mengubah diri sy suatu hari nanti . tiada usaha maka tiadalah hasilnya . betul bro . terima kasih bro redzuan kerana sudi memberi pendapat kepada sy yang hina ni . semoga bro dimurahkan rezeki selamanya . AMIN .:)

Unknown on January 28, 2011 at 2:12 AM said...

ur welcome. skrg blog AF termasuk dlm blog list BJ & Link Ex change partner BJ.

admin on January 28, 2011 at 2:27 AM said...

@budak jawa : wahh , show your love ! tenkiu ! jasamu ku kenang BJ . ruangan page masih kecil , belum cukup nak wat blog list , nanti da buat Budak jawa org pertama sy letak ! :)

CG on January 28, 2011 at 8:09 PM said...

xpa AF..ko mesti bley buat pnya..nnt ulang SPM ko stdy betol2 eyh..fighting2!aku slalu sokong ko ah wlopon ko xsokong aku..hakhak! :P

admin on January 28, 2011 at 8:45 PM said...

@cik gadis : hahaha , tenkiu CG . alahai CG , AF sokong CG la ! :)

Anonymous said...

ada jg kawan bet ku sendri yg benti skul n ada pmr..tp dia lebh berjaya n lebih bahagia dari aku yg menganggur selama stgh tahun dgn berbekal diploma lagi... dgn itu...kesimpulannya...rezeki seseorg tu ttp ada cuma belum lagi 'terjadi'..berusaha..

Am on November 10, 2011 at 1:49 AM said...

Bro.. walau aku ada degree engineering tapi aku tak suka kerja aku.. aku dah berenti sekarang dan takda kerja.. tengah mencari apa benda yg sesuai buat aku ni.. anyway aku bagi satu nasihat kat ko.. rezeki bukan terletak pada sijil.. tetapi di tangan Allah s.w.t. So ko jgn risau, ko kena pikir sikit apa yg ko minat, lepas tu usaha, doa, tawakkal.. jgn risau sgt la.. guna je apa yg kau ada.. jgn bising benda yg takda.. spm, diploma, degree, phd tak janjikan apa-apa.. Yg utama rezeki dari Allah tu satu janji yg sempurna.. Allahuakbar!!

Post a Comment

Terima Kasih sebab komen, tapi komen ancaman, ugutan, hasutan akan didelete ya :).jom like fanpage facebook AF :) FB AbdulFarique.com

 

Riwayat Seorang Insan Hina Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!