Saturday, January 29, 2011

Diantara Golongan Blog .

Klik Untuk Tumbesaran

    Salam kawan-kawan , wah gempak topik kat atas tu kan . haha . Aku nak cerita sedikit mengenai stat blog aku ni . Alhamdulillah baru 8 bulan berkencingpong dalam dunia blogger ni , aku berjaya tarik ramai pengunjung ke blog aku . Pada dulunya aku hanya mampu mendapat lebih kurang 100 pageview je sebulan . Macam yang korang lihat kat gambar rajah diatas ni. Korang lihat stat visitor aku meningkat pada bulan Disember 2010 hingga ke Januari 2011 .

  Terima kasih aku ucapkan buat yiedpozi.info , mrkodet.com , Ahli2 Bloggers Chat Room dan lain-lain kerana membuatkan blog aku kini lebih berjaya dari dulu :)



  Korang tahu tak blog aku sebenarnya dari golongan personal (peribadi) bukannya isu semasa Hiburan , atau lain-lain . Mungkin bagi korang yang pandang sekilas je kat blog peribadi ni korang tak boleh berjaya . Sebenarnya blog golongan personal lagi berjaya dari Hiburan . Ini pendapat aku la . Kalau ada yang selain dari personal ( kat blog aku ) , itu bermakna entry santai yang mungkin membuatkan orang lain tak jemu singgah . ( asyik baca entry personal je mesti boring jugak kan ) .


Read moRe ye :)


Pinjam dari encik google



  Mengapa blog peribadi lebih berjaya dari blog Hiburan ? bagi aku blog Hiburan ni kebanyakannya menceritakan gosip artis dan hiburan ( kebanyakan je ok ) . pengunjung blog isu semasa yang menceritakan gosip artis ni bagi pandangan aku adalah dari jenis orang yang suka berfoya-foya . Kenapa berfoya-foya ? kita baca entry tentang artis yang tak mendapat moral dan pengetahuan ilmu buat kita ( bukan semua macam ni ok , setengah je ) .Tak salah kalau menceritakan gosip artis dan hiburan ni , tapi biarlah berpada-pada ( sedang-sedang ) . Banyak menceritakan tentang gosip artis ni pun tiada gunanya .
Pinjam dari encik google


  Gosip . Gosip . Gosip , gosip ni tak semestinya perkara yang betul mengenai artis . Kadang kala ada yang menghasilkan fitnah dan mengaibkan . bagus ke menceritakan tentang artis tanpa kita mengenali diri sebenarnya artis tu . Tak patut , lebih afdal kita menceritakan diri sendiri dan diri seorang artis dan sebagainya . kalau cerita itu mengenai kejayaan seorang artis tak mengapa la tapi kebanyakan cerita lebih kepada gosip . Untuk apa kita menyibuk hal orang yang tak sepatutnya dikongsi ?

  Blog peribadi lebih baik kerana kita menulis tentang kita dan kita sendiri secara automatiknya bercerita tentang kita secara sah . betul tak ? tapi tak perlu lah kita menceritakan tentang 100% diri kita tanpa membawa sebarang faedah . Biarlah cerita kita tu diselitkan dengan sedikit pengajaran dan panduan dari pengalaman kita . Baru lah ada pembaca di blog kita .

  Pembaca yang suka membaca blog peribadi ni aku gelarkan pembaca yang bijak mencari pengalaman , dan rajin mencari apa yang dipanggil nilai hidup . Lebih banyak membaca blog peribadi lebih tambah ilmu kita . Ilmu apa ? ilmu perjalanan hidup . Aku pula lebih suka membaca blog peribadi orang lain dan blog keagamaan untuk memantapkan ilmu dan pengetahuan aku dalam berjaya dalam dunia dan akhirat . ( tapi aku tak mantap lagi ok )'



  Bab Blog keagamaan ni , lagi bagus kita singgah untuk memantapkan ilmu pengetahuan kita mengenai Islam , tapi bagi aku , aku tak terlalu sangat membaca artikel Keagamaan dari mana-mana blog . Ye la kan , sekarang ni dunia akhir zaman , macam-macam orang akan buat agar kita tersesat . Kebanyakan blog keagamaan bukan semua boleh percaya , kadang-kadang banyak bida'ah dan entry yang menceritakan hukum haram tanpa dalil yang sesuai . Lebih baik kita rujuk dengan ustaz kita atau mana-mana orang yang dekat dengan kita yang boleh memberikan tunjuk ajar kepada kita , kalau ada apa-apa yang was-was , kita boleh rujuk dengan dia ni , dengan dia tu . betul tak ?

  Satu lagi jenis blog iaitu jenis Politik ni , memang gila la . Bangkang sana bangkang sini . Aduh cukup meluat aku . Biarlah pengundi mengundi mana-mana parti yang mereka inginkan . Tak perlulah bergaduh , mencaci nama orang , memujuk rayu sana sini dan menyebarkan fitnah atau aibkan sesiapa . Hodoh je kalau bangsa lain membaca atau melihat perkembangan negara kita apabila parti politik kita saling bermusuh musuhan . Relax la , biar hanya dalam negara dan tak perlu sebarkan di internet lebih-lebih lagi di blog . Blog dibaca oleh semua pengunjung tanpa mengira negara , Negara kita akan jatuh dan ditindas apabila negara lain mengetahui kelemahan dalam negara . 


  Blog yang paling aku benci adalah blog yang lebih kepada ugutan , aib dan fitnah . Sepertinya blog hina Tuhan , blog hina Nabi , blog hina Raja , blog hina musuh dan sebagainya . Untuk apa ? dah dapat nama ? untuk menaikkan martabatkan korang agar orang lain menganggap korang ni seorang yang berani .useless . Berani didunia tapi korang akan Takut dineraka nanti . Blog ni aku tak tahu dari mana golongannya , Aku rasa lebih golongan Isu Hina agaknya . Lebih baik korang hina lagi bagus . Aku tak saman dan tak buat apa-apa pun . Tuhan yang akan balas je .
   

disclaimers
  
Maaf kerana aku bercerita panjang kat sini . Didalam topik ni sumpah aku tak kaitkan dengan mana mana pihak pun , aku hanya bercerita mengenai pendapat aku . Aku harap korang boleh bezakan blog mana yang korang patut kunjung dan blog mana yang korang patut elakkan . Mengenai Politik tu aku tak menghina mana-mana blog parti , tapi aku tak suka cara mereka sebarkan hal negara dalam blog . Pendek kata , dalam entry aku ni tak mengaitkan mana-mana pihak lah . ini DISCLAIMERS ok . nanti kena saman pula .

  Ok la setakat ini saja , aku harap korang dapat manfaat dan faedah dari entry ni .Salam .

10 comments:

redzuan ridz on January 29, 2011 at 4:03 AM said...

rjin ko update entri mlm nida 2 kali da panjang berjela ko menaip.. anyway aku setuju dgn pndnga ko , but soal blog personal aku nk tmbah ckit, blog spt ni boleh prgi jauh dan mendapat tmpat dihati pembaca. but 1 thing kekurangn yg aku dpt knal pasti is, dr segi value added. calue added aku mksudkan . situasi mcm nila, ktakan si A blog personal si B blog perkongsian ilmu and info.

ktkan if si A da si B ni xupdate blog selama 1 bulan kerana masalah tertentu. blog mna yg akan terus dikunjungi dan mndapat pelawat. jwapanya da tntu blog Si B. sbb nya orang pasti search di internet utk mndptkan info sesuatu yg mereka cri. brbnding Blog Si A, kalau xupdate lma , mula suram, so mcm blog ko, cara ko btul , sbb ko selitkan entri ttg info smua utk sntai. skdar 1 pndngn

10 MODEL KERETA KONSEP MASA DEPAN

admin on January 29, 2011 at 4:16 AM said...

@redzuan : ya betul . pendapat yang baik . betul jugak tu , kalau tak update memang akan jatuh , itulah kelemahan blog personal . satu pendapat yang bijak :) . kenapa gua tak terfikir tadi :p

Unknown on January 29, 2011 at 7:41 AM said...

Wah hebat berkata-kata. Hehe. Bagus!

Siti Safiyyah on January 29, 2011 at 7:53 AM said...

tambah sikit lagi..aku paling tak suke kalau blog yang jenis hentam blogger2 lain siap sebut nama..agak2 lah kalo nk hentam pon..takperlu nak sebut name kot..heh btw, it's just my opinion.. ;)

admin on January 29, 2011 at 7:59 AM said...

@Fatin Syafiqa : huhuh , tak sehebat mana :)

@SS : betul tu SS , aku sokong pendapat SS , hentam2 blog orang lain siap bagi kredit . huh . perangai !

Cik Ika Toppo on January 29, 2011 at 9:45 AM said...

hmm...nice entry.. sy stuju ngan siti safiyyah.. tak perlu nak papar nama kalo nak mengutuk orang.. tak baik tuk kesihatan mata..haha

admin on January 29, 2011 at 9:47 AM said...

@bajiku shefi : yap betul tu . sakit mata ! dan hanyalah sia-sia belaka .. ( perbuatan yang tak membawa faedah )

Unknown on January 29, 2011 at 10:06 AM said...

kategori blog..nice info bro. hehe.buleh diguna untuk pembelajran ilmiah nie

admin on January 29, 2011 at 10:08 AM said...

@gaung : wahh bro , rajin nye singgah sini . bro is the best :)

Lee on June 16, 2011 at 7:58 PM said...

dapat jugak timba ilmu memantapkan blog.. tq

Post a Comment

Terima Kasih sebab komen, tapi komen ancaman, ugutan, hasutan akan didelete ya :).jom like fanpage facebook AF :) FB AbdulFarique.com

 

Riwayat Seorang Insan Hina Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!