Showing posts with label Artikel Persendirian. Show all posts
Showing posts with label Artikel Persendirian. Show all posts

Friday, July 20, 2012

Monolog Ramadhan : Misteri Plastik Beg Hitam ( Part 1 )

  Monolog Ramadhan : Misteri Plastik Beg Hitam

  Gembiranya hati aku, Ramadhan tiba lagi. Alhamdulillah masih sempat aku merasa selama 20 tahun. Masih aku ingat lagi zaman kenakalan aku. Ketika aku masih berusia 15 tahun, aku sudah tidak terbiasa dengan berpuasa sepenuhnya. Pasti aku akan tinggal puasa 1-2 hari. Kalau puasa pun puasa setengah hari saja..
 
 Haha, tak nampak nakal tapi nampak jahat. Ketika aku berusia 17 tahun, aku rasa dah cukup matang untuk menjalani ibadah puasa. Tapi jahat jugak, ada hari tak puasa ada hari puasa setengah hari. Nahaslah kalau mak aku tahu, tak makanlah aku sekali dengan keluarga aku masa berbuka nanti. Sudahlah terpaksa menyamar puasa, makan sembunyi-sembunyi pulak sikit je..
 
 
  Banyak cara dan skill aku gunakan untuk ponteng puasa. Tambahan pula rupa aku seiras budak cina, makin lagak seperti budak cinalah aku. Semasa keluarga aku bekerja, dapur ibarat tempat aku uji kaji. Habis semuanya aku proses dan terus mencari makanan. Hanya ada, kurma Yusoff Taiyub. Jadi terpaksalah aku membeli di kedai nasi kandar sahaja. Ketika inilah berlakunya misteri Plastik Beg Hitam..
 
 
  Macam biasa lah bulan ramadhan ni kan. Tengok saja Muslim dan muslimat sekeliling yang membawa plastik beg hitam pada waktu tengahari lebih-lebih lagi 'lunch time', pasti ianya menjadi misteri dan tanda tanya. Apa yang ada kat dalam tu? Adakah makanan? Adakah orang ni tak berpuasa? Semuanya menjadi tanda tanya. Bukan apa, aku juga pernah merasa diragui. Berjalan sambil membawa plastik beg hitam di siang hari di bulan ramadhan pasti akan menimbulkan keraguan semua yang melihat..
 
 
  Tatkala mata melihat sekeliling, fikiran pasti melayang-layang. Begitulah sifat dan sikap manusia. Tak perlu jadikan contoh orang lain, aku juga begitu. Hehe. Sambil-sambil aku melihat sekelilingku, aku memesan sebungkus nasi kandar dan sebungkus air untuk santapan tengahari ku dirumah tanpa pengetahuan keluarga. Juga dibungkus dengan plastik beg hitam juga..
 
 
  Misteri plastik beg hitam ini sudah biasa dengan harianku.  Ia bukan lagi tanda tanya, tapi ianya adalah fenomena yang biasa berlaku dibulan ramadhan.. Ya, ianya adalah fenomena. Tak percaya? tunggu dan lihat hari-hari disepanjang ramadhan tahun ini :)

Bersambung..

Biar Aku Habiskan Riwayat aku Sebagai blogger yang terhina lagi hina.

  Assalamualaikum semua. Kehadiran aku dalam dunia ni kembali bukan ingin menyusahkan mana-mana pihak lagi. Cukuplah sekali, ianya menghembus angin lalu terbujur kaku jasadku melihat dunia. Yang dikejar tak dapat, yang berlindung masalah berlipat. Duniawi, aku terlalu memandang serong pada langit. Nasi bukan lagi menjadi bubur, malah menjadi hangit. Ini adalah pengalaman. Pengalaman banyak mengajar aku erti berdikari..
 
 
 Duniaku semakin kelam. Masa depanku semakin gelap dan hitam. Aku harap aku tidak lagi bermimpi, aku mencari cahaya sebenar. Merintih hari-hariku dengan derita. Aku pendusta, aku penjajah. Menjajah hati manusia lain yang ikhlas menghulurkan cahaya kepadaku. Jijik, begitu keji apabila dilakukan sedemikian. Apatah lagi rasa si pelaku sepertiku. Adakah masih ada insan yang sudi membimbing aku kesana? Tidak lagi. Inilah tanggungjawabku. Diriku adalah pemimpin diri sendiri, rakyat ku adalah jiwaku, dan negaraku adalah jasadku..
 
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhg0LZolddbRvD-034YogeLycmzd8IZbkVCmOi1l19n0Ex-6lOxMEQRqGlw8zaZ9XLUSbri2FWpdK0T687obIFklxDofmu-FtQv11wv2O4EVndmfoYHA6T_PmeZZHTtkP9EhBdaqbRbNO8/s400/sedih1.gif
Rintihan jiwa yang memburu, meruntuhkan lagi keimanan dari hari ke hari..

Wednesday, November 30, 2011

Harapan Untukmu Sang Kucing.

    Andai malam gelap gelita, carilah tempat yang menyinari keadaan. Andai panas membadai diri, carilah tempat yang mengindahkan panorama. Tercari-cari dimana si kucing belang, sekejap timbul sekejap hilang. Selalunya ada tatkala siang menjelma, datang berlari kepadaku untuk bermanja. Setelah puas ku intai, setelah puas ku cari rupanya si belang mencari sisa-sisa makanan berdekatan di belakang kedai makan itu. Walaupun dihalau dan diancam oleh pekerja disitu, si belang tetap berusaha untuk mengisi perutnya yang lapar.

                                                               Sekadar gambar hiasan
  

   Pelbagai ancaman seperti disepak, ditolak, dipukul dan lain-lain lagi oleh manusia yang tidak mempunyai rasa kasihan terhadap binatang. Apakah kuatnya gigitan dan cakaran seekor kucing berbanding kekuatan zahir dan batin manusia. Manusia kadang kala tak mengenal erti syukur, manusia kadang kala tak mengenal erti untung. Sabarlah si belang, ketahuilah bahawa pengalaman banyak membina mu.


   Yang dikejar susah untuk dapat, yang tak diingini bergolek mengelilingi diri. Pengalaman mengajar erti kehidupan, merantaulah tatkala diri tertanya-tanya siapakah kita sebenarnya. Dari Pengalaman tersirat Ilmu, Dari pengalaman tersurat pengajaran , tanpa pengalaman melarat diri. Apalah manusia didunia tanpa ilmu belang, Apalah yang akan terjadi di dunia andai pengalaman itu tiada pada manusia, manusia pula akan dipijak, disepak,ditolak,dipukul dan ditipu.


   Tidak mengapalah belang, aku tahu kau tidak berilmu tapi sekurang-kurangnya kau berakal. Kadang-kala manusia ini berilmu tapi tidak berakal. Aku yakin kau mampu untuk menjaga dirimu sendiri. Aku yakin kau boleh kerana aku tahu PENGALAMAN MAMPU MEMANTAPKAN AKAL . Selamat berjuang si belang :) 


Wednesday, November 23, 2011

Seribu Kemaafan Dipinta.

  Assalamualaikum dan salam bahagia. Diantara kesilapan yang telah aku lakukan didalam dunia blogger adalah menepati sesuatu janji, menjanjikan sesuatu yang tidak pasti dan selalu membuat pilihan yang tidak tepat. Aku akui segala kesilapan aku dan aku memohon seribu kemaafan kepada individu yang mempunyai kaitan dengan aku secara langsung dan tidak langsung.




  Setelah mengingati kembali aku yakin aku masih banyak janji yang belum ditunaikan seperti hadiah-hadiah tertentu. Aku memohon maaf diatas kesilapan dan tidak menyediakan payung sebelum hujan mengakibatkan kerugian besar terhadap blog serta diri aku sendiri. Berikutan dengan SPM yang bakal tamat penghujungnya, InsyaAllah aku akan selesaikan satu persatu. Terima kasih juga diucapkan kepada semua yang sudi memahami keadaan aku ketika ini.




  Untuk menjadi seorang blogger yang professional itu mulanya dari sikap blogger tersebut. Yang pastinya kejatuhan aku setakat ini disebabkan sikap kurang professional dan kelemahan dari segi waktu serta tidak bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Sekali lagi aku memohon seribu kemaafan. 



Tuesday, October 18, 2011

Dimanakah Mawar Itu Pergi? - Tangisan Seorang Suami

   Setiap detik aku melihat gambarnya. Tersentuh hati ini apabila insan yang aku cintai pergi meninggalkan aku sebegini. Dulu, Setiap hari aku bersama-samanya menemani hari-hari kami. Ibarat ombak dan pantai tak dapat dipisahkan. Mawar sekuntum mudah dipetik, tapi sukar untuk menjaganya. Mudah layu jika siraman kasih sayang terhenti. Sudah aku siramkan segala kasih sayang dan cinta yang dianugerahkan Tuhan kepadaku, tapi mengapa jua engkau pergi?


Sekadar Gambar Hiasan


   Sayang bukan sedetik cuma, cinta bukan segenggam mungkin. Ia datang dari hati, menyemai ke dalam perasaan. Mudah diungkap tetapi sukar dirasa. Mungkin sebelum ini dia hairan, kenapakah aku tidak pernah menyebut bahawa aku sayangkannya, aku cintakannya. Bukan begitu maksudku, cuma tidak ingin menunjuk-nunjuk perasaan itu yang benar-benar wujud didalam hatiku. Biarlah rahsia, kerana rahsia itu membutakan mata para manusia yang melihat.




  Kuntuman kasih kujuruskan sayang. Ingin ku semai menjadi bunga cinta. Kini, bunga cinta yang kita jaga kau berikan padaku semula. Mengapa kau mesti pergi? Kenapa kau mesti menghilangkan diri? Aku tidak dapat menerima kenyataan ini. Aku perlukan kau, tunjukkan kembali cahaya dan sinar yang menyinari hari-hari ku dulu. Aku dahagakan itu, segugus cinta darimu amat ku hargai. Selama kita bersama, tidak pernah aku memarahi mu, tidak pernah cuba menyakiti hatimu. Pandanglah itu, kerana itu dari sedikit yang kucuit dari kasih sayang ku.




   Ketika kau melantar di wad dulu, tahukah engkau bahawa aku selalu memikirkan fasal kau ketika aku sedang bekerja. Ketika itu aku tak sanggup dan rasa bersalah tinggalkan kau sendirian, tapi aku terpaksa demi mencari kewangan untuk membantu kau. Masihkan kau tidak nampak yang aku benar-benar mencintaimu? Ada apa dengan ungkapan, jika ianya meragukan. Gelora jiwa yang membadai tembok hati, Aku sayang padamu.



Warkah Untuk Anakku - Maafkan Ayah, Nak .

   '' Wah, indahnya pagi ni," kata ku lalu menyelak cermin tingkap. Aku melihat anak-anak kecil diluar sana bermain dengan girangnya yang membuatkan aku berduka seketika. Teringat jauh kisah lama yang segar diingatan. Epik yang berlaku dulu membuatkan aku begitu menyesal dengan segala tingkah laku ku dulu. Tetapi setiap kejadian itu memiliki hikmah yang tersendiri. Kini aku tidak ingin kembali ke jalan yang sama seperti dulu.




  Lantas tersedar, bicaraku terhenti seketika. Dahulunya aku dianugerahkan seorang cahaya mata yang pada awalnya menyinari keluargaku. Kini semuanya sudah sepi, tiada lagi keriangan di rumahku. Semuanya terjadi 20 tahun dahulu, ketika itu aku hanya meraih rezeki dengan hasil dari kebun sahaja. Isteriku pula melantar di hospital angkara penyakit yang dihadapinya. 




  Tekanan dan dugaan yang menimpa membuatkan aku tergopoh-gopoh membuat keputusan. Kesempitan hidup dan kewangan membuatkan aku terpaksa untuk membuat keputusan agar menyerahkan hak penjagaan Aidil kepada orang lain. Ketika itu Aidil baru berusia 2 tahun. Aidil tidak tahu apa-apa lagi ketika itu. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Namun aku terpaksa, demi menyelamatkan masa depan insan yang aku sayang yang bernama anak.


  

Saturday, October 8, 2011

Bintang : Hentikanlah, Percayalah dan Setialah.

  Indah sinar bintang-bintang dimalam hari. Ingin ku gapai tidak tercapai-capai, ingin ku pegang tak lepas tangan mengenggam. Malam selalunya digambarkan kelam, gelap gelita. Tapi bagiku bintang dan bulan yang bersuluh menyinari kemerlapan malam. Siulan burung membisik menyelubungi hati. Jika bintang-bintang tiada dimalam hari, maka menangislah bumi kerana awan gelap menutupi keindahan cahaya mu bintang.


Aku turut sama mencari tempat berteduh dengan seribu langkah. Walaupun aku tidak dapat menghalang awan gelap menutupi cahaya mu bintang, tetapi aku yakin bahawa pada esok malam kau akan tiba juga. Aku tahu kau setia , aku yakin kau ada. Yakinlah bahawa aku jua menunggu saat kau jelma tiba. Bintang, hidupmu hanya bertemankan bulan. Tak mungkin kau dan aku akan bersama kerana aku orang yang kekurangan. Aku hanya bisa melihatmu, apakan daya aku tidak bisa menyentuhmu.


Bintang, hentikanlah tangisan yang akan seksakan diri ini. Walaupun kita tidak akan bersama, tapi yakinlah aku selalu memerhati dikau kecuali bila sampai menutup mata. Ku hanya mampu meratap didalam ratapan sayu. Bintang, aku tidak mampu kesana walau dikau direncana. Kita berbeza. Kau bintang bersinar aku hanyalah manusia biasa. 


 

Riwayat Seorang Insan Hina Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!