Pelbagai ancaman seperti disepak, ditolak, dipukul dan lain-lain lagi oleh manusia yang tidak mempunyai rasa kasihan terhadap binatang. Apakah kuatnya gigitan dan cakaran seekor kucing berbanding kekuatan zahir dan batin manusia. Manusia kadang kala tak mengenal erti syukur, manusia kadang kala tak mengenal erti untung. Sabarlah si belang, ketahuilah bahawa pengalaman banyak membina mu.
Yang dikejar susah untuk dapat, yang tak diingini bergolek mengelilingi diri. Pengalaman mengajar erti kehidupan, merantaulah tatkala diri tertanya-tanya siapakah kita sebenarnya. Dari Pengalaman tersirat Ilmu, Dari pengalaman tersurat pengajaran , tanpa pengalaman melarat diri. Apalah manusia didunia tanpa ilmu belang, Apalah yang akan terjadi di dunia andai pengalaman itu tiada pada manusia, manusia pula akan dipijak, disepak,ditolak,dipukul dan ditipu.
Tidak mengapalah belang, aku tahu kau tidak berilmu tapi sekurang-kurangnya kau berakal. Kadang-kala manusia ini berilmu tapi tidak berakal. Aku yakin kau mampu untuk menjaga dirimu sendiri. Aku yakin kau boleh kerana aku tahu PENGALAMAN MAMPU MEMANTAPKAN AKAL . Selamat berjuang si belang :)
1 comments:
ok..sangat terharu :)..sayangilah kucing2....
Post a Comment
Terima Kasih sebab komen, tapi komen ancaman, ugutan, hasutan akan didelete ya :).jom like fanpage facebook AF :) FB AbdulFarique.com