Tuesday, October 18, 2011

Warkah Untuk Anakku - Maafkan Ayah, Nak .

   '' Wah, indahnya pagi ni," kata ku lalu menyelak cermin tingkap. Aku melihat anak-anak kecil diluar sana bermain dengan girangnya yang membuatkan aku berduka seketika. Teringat jauh kisah lama yang segar diingatan. Epik yang berlaku dulu membuatkan aku begitu menyesal dengan segala tingkah laku ku dulu. Tetapi setiap kejadian itu memiliki hikmah yang tersendiri. Kini aku tidak ingin kembali ke jalan yang sama seperti dulu.




  Lantas tersedar, bicaraku terhenti seketika. Dahulunya aku dianugerahkan seorang cahaya mata yang pada awalnya menyinari keluargaku. Kini semuanya sudah sepi, tiada lagi keriangan di rumahku. Semuanya terjadi 20 tahun dahulu, ketika itu aku hanya meraih rezeki dengan hasil dari kebun sahaja. Isteriku pula melantar di hospital angkara penyakit yang dihadapinya. 




  Tekanan dan dugaan yang menimpa membuatkan aku tergopoh-gopoh membuat keputusan. Kesempitan hidup dan kewangan membuatkan aku terpaksa untuk membuat keputusan agar menyerahkan hak penjagaan Aidil kepada orang lain. Ketika itu Aidil baru berusia 2 tahun. Aidil tidak tahu apa-apa lagi ketika itu. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Namun aku terpaksa, demi menyelamatkan masa depan insan yang aku sayang yang bernama anak.


  



  Setelah 10 tahun Aidil tiada dari pandanganku, rinduku padanya tidak pernah hilang walau sedetikpun. Penat menghantar surat kepada keluarga angkatnya, tapi sepucuk surat langsung tidak dibalas. Aku risaukan keselamatannya, pendidikannya serta kesihatannya. Akhirnya sesudah satu tahun lebih, aku telah menerima sepucuk surat yang menyatakan bahawa Aidil sihat wal'afiat dan Aidil pelajar cemerlang disekolahnya. Lega hati ini membaca khabar berita itu. Beliau juga lulus peperiksaan UPSR dan mendapat markah yang baik. Menginang airmataku menangis kegembiraan.


  Disaat itu, isteri yang ku cintai juga telah pergi ke rahmatullah. Aku tabah, aku redha. Tidak sanggup lagi aku melihat isteriku terseksa diatas penyakit yang dialaminya. Tuhan lebih sayangkannya. Kini dirumah ini sunyi dan sepi tanpa insan tersayang. Perasaan ingin berjumpa Aidil membuak-buak dihati sehingga aku menyimpan wang yang secukupnya dan pergi ke kota tempat jagaan Aidil tapi hanya sia-sia, keluarga angkat Aidil telah pindah dari rumah tersebut.


Sekadar Gambar Hiasan


  Aku hampa, mengeluh sendirian berjalan kaki pulang di rumahku semula dengan hati yang kecewa. Dan ketika ini, Aidil sudahpun melangkah dialam remaja. Adakah beliau akan mengetahui kisah lama dan mencariku disini? Itu yang aku harapkan. Aku tidak langsung bergenjak dari rumah dan sentiasa menunggu Aidil di pintu rumah walaupun Aidil tak pernah datang. Kini, aku tidak dapat lagi menunggumu sayang. Setelah penyakit mula menyerang tubuhmu, aku hanya melantar di hospital.




  Aku yakin suatu hari nanti kamu pasti tahu akulah ayahmu. Kerana itulah aku menulis warkah ini dengan perasaan yang hampa. Apakah aku mampu melihatmu diketika ini? Semua itu bermain difikiran. Maafkan aku kerana tidak dapat menjagamu dengan baik dulu, Maafkan aku kerana memberikanmu kepada orang lain. Semoga suatu hari nanti, kita akan bertemu kelak. Yang membezakan, adalah diantara dunia dan akhirat.


Sekadar Gambar Hiasan


" Maafkan Ayah, nak. Ayah tak berniat nak bagi Aidil kat orang lain. Tapi terpaksa. Aidil, pulanglah! Ayah rindu," Jerit hati kecilku yang lemah dan tidak bermaya ini. Hanya menghitung hari kehidupannya....


-Tamat


( Aku didalam cerita ini adalah seorang ayah kepada Aidil yang ingin berjumpa kembali dengan Aidil setelah lama berpisah. Semoga Beliau dapat berjumpa dengan anaknya semula. Amin )


P/S : Apakah Aidil dapat berjumpa dengan ayahnya ? Cerita ini hanya rekaan semata-mata dan aku hanya membawa mesej yang ingin disampaikan disebalik jalan cerita ini. ^_^


Nukilan : Abdul Farique



7 comments:

Maira Quee on October 18, 2011 at 1:19 PM said...

huh...sedey....

Admin on October 18, 2011 at 1:32 PM said...

sedih nya....tp garapan cerita yang baik

AZRI on October 18, 2011 at 2:00 PM said...

fuu,ada bakat jadi novelis nihhh

Wan Zaleha Zain on October 18, 2011 at 2:19 PM said...

menitis air mate. :(

Unknown on October 18, 2011 at 2:22 PM said...

pergh awak !! best best ! hee. submit lha karya awak kt penulisan.2u or something camtu. bole besarkan lha bakat awak ni !

Unknown on October 18, 2011 at 2:23 PM said...

jap. lain kali, letak lha siket ' fya pelangi ' tu :P haha. #nak retis cam awak ;DD

deeya on October 18, 2011 at 4:39 PM said...

sedih nyeeer !! tapi kalau sye , sye tak sanggup nak bagi anak kat orang laen . takot tersalah coraknye nanti .. huaaaaargh !! :'(

sambung ah lg cerpen nie smpai abes .. nk tau gak epy ending ke tak . pastu leh publish kat mjalah .. hehe ~ tapi ade p'gunaan bhse yg tak betol tu . cek balik ! =p

Post a Comment

Terima Kasih sebab komen, tapi komen ancaman, ugutan, hasutan akan didelete ya :).jom like fanpage facebook AF :) FB AbdulFarique.com

 

Riwayat Seorang Insan Hina Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!