CUKAI: Wanita yang menyorokkan bayi lelaki dilahirkannya di dalam tangki air pam tandas di rumah sewanya, kelmarin, dikatakan tidak berniat membunuh bayi itu, sebaliknya menyembunyikan kelahiran daripada pengetahuan rakan serumah yang tidak menyedari dia berbadan dua.
Tindakan wanita berusia 23 tahun dari Kuala Terengganu itu dipercayai dilakukan selepas panik melihat bayi dikandungnya lahir tanpa diduga ketika membuang air besar di tandas.
Difahamkan, ketika kejadian, kandungan wanita itu dikatakan berusia lebih lapan bulan dan dia dijangka bersalin awal bulan depan.
Siasatan polis mendapati bayi dikandung wanita terbabit adalah anak luar nikah dipercayai hasil hubungan sulit dengan teman lelakinya.
Malah, keterlanjurannya dikatakan diketahui keluarganya tetapi tidak menyangka wanita berkenaan hamil.
Komen admin : apakah letak bayi dalam tangki air pam tandas itu tandanya tidak berniat membunuh bayi itu ?
2 comments:
sadis sadis sadis...
nampak sangat dia tipuuuu
Post a Comment
Terima Kasih sebab komen, tapi komen ancaman, ugutan, hasutan akan didelete ya :).jom like fanpage facebook AF :) FB AbdulFarique.com