Sekadar Gambar Hiasan |
Sayang bukan sedetik cuma, cinta bukan segenggam mungkin. Ia datang dari hati, menyemai ke dalam perasaan. Mudah diungkap tetapi sukar dirasa. Mungkin sebelum ini dia hairan, kenapakah aku tidak pernah menyebut bahawa aku sayangkannya, aku cintakannya. Bukan begitu maksudku, cuma tidak ingin menunjuk-nunjuk perasaan itu yang benar-benar wujud didalam hatiku. Biarlah rahsia, kerana rahsia itu membutakan mata para manusia yang melihat.
Kuntuman kasih kujuruskan sayang. Ingin ku semai menjadi bunga cinta. Kini, bunga cinta yang kita jaga kau berikan padaku semula. Mengapa kau mesti pergi? Kenapa kau mesti menghilangkan diri? Aku tidak dapat menerima kenyataan ini. Aku perlukan kau, tunjukkan kembali cahaya dan sinar yang menyinari hari-hari ku dulu. Aku dahagakan itu, segugus cinta darimu amat ku hargai. Selama kita bersama, tidak pernah aku memarahi mu, tidak pernah cuba menyakiti hatimu. Pandanglah itu, kerana itu dari sedikit yang kucuit dari kasih sayang ku.
Ketika kau melantar di wad dulu, tahukah engkau bahawa aku selalu memikirkan fasal kau ketika aku sedang bekerja. Ketika itu aku tak sanggup dan rasa bersalah tinggalkan kau sendirian, tapi aku terpaksa demi mencari kewangan untuk membantu kau. Masihkan kau tidak nampak yang aku benar-benar mencintaimu? Ada apa dengan ungkapan, jika ianya meragukan. Gelora jiwa yang membadai tembok hati, Aku sayang padamu.
Sekadar Gambar Hiasan |
Dan kenapa pula kau perlu berikan kasih sayang kau kepadaku ketika aku memberikannya kepada mu? Kenapa perlu genggam tanganku berjalan menuju kebahagian lalu kau tinggalkan aku sendirian disitu? Kenapa? Kenapa? Dulu kau suka samakan kasih sayang kau seperti Mawar. Kau katakan aku penjaganya, kini Dimanakah Mawar Itu Pergi? Dimanakah Mawar Itu Pergi??
Sekadar Gambar Hiasan |
Setelah beberapa bulan kau tinggalkan aku, akhirnya aku redha. Aku terima segala kenyataan ini, yang kau telah pergi dariku dan kembali ke Rahmatullah. Sayang, Mawar kan kita semai.. Masih mekar dijiwaku. Engkau isteri yang baik, Semoga arwahmu ditempat di dalam golongan orang-orang yang beriman. Nantikan aku disana kelak, akan ku menyusul tiba suatu hari nanti apabila sudah tepat tiba masaku. Kau pergi bersama Mawar mu, Pergi lah. Tidak sedetikpun perasaan kasih sayang ini hilang, takkan ku lupa mencintaimu tetapi akan ku berhenti kecintaimu , ketika ku bersujud. Tuhan lebih menyayangimu, Selamat Tinggal Sayang...
( Aku didalam cerita ini adalah seorang suami yang telah kehilangan insan yang tersayang. Pemergian Isteri beliau benar-benar menganggu keadaan beliau sehingga beliau tidak menerima kenyataan bahawa isterinya telah pergi. Dan kini, akhirnya beliau redha dan menerima hakikat sebenarnya bahawa isterinya sudah tiada lagi. )
P/s : Jagalah Sekuntum 'Mawar' itu andai engkau masih memilikinya, Jangan biarkan ia layu. Apabila kita mampu menjaga keharuman Mawar itu, maka sentiasa wangi kita. Jika sebaliknya, maka kita sendiri binasa kerana melepaskan peluang yang ada, Cerita sekadar rekaan semata-mata dan mempunyai motif dan mesej yang ingin disampaikan ^_^ ...
Nukilan : Abdul Farique
2 comments:
jiwang la dia.. sangat puitis ayat2 yg disusun tapi .. tetttt ( sensored) haha..
:'(
Post a Comment
Terima Kasih sebab komen, tapi komen ancaman, ugutan, hasutan akan didelete ya :).jom like fanpage facebook AF :) FB AbdulFarique.com