Monday, October 17, 2011

Idi Amin Dada - Presiden Yang Gila Lagi Kejam

Idi Amin Dada - Presiden Yang Gila Lagi Kejam


Idi Amin Dada-bekas Presiden Uganda yang mati dalam buangan di Jeddah, Arab Saudi,17Ogos2003,dilabelkan sebagai gila,seorang badut,sadis,diktator,pembunuh kejam hingga kepada kanibal.




Dalam tempoh lapan tahun berkuasa 1971- 1979 - selepas mengulingkan Presiden Milton Obote yang ketika itu berada di Singapura,Idi Amin mendapat tempat di media serata dunia ekoran pelakuan ganjilnya. Sesekali tindak-tanduknya kelihatan kejam,adakalanya berlagak bagai si dungu dan pada masa yang lain seperti terlalu bijak.Dia pernah mengarahkan empat lelaki kulit putih memikulnya di atas tandu, kemudian mengarahkan jurugambar merakamkan gambarnya itu untuk ditunjukkan kepada dunia bahawa bangsa kulit hitam lebih mulia dapipada orang berketurunan kulit putih yang selama ini menjajah negaranya.

Tanpa segan silu, Idi Amin membunuh secara kejam suku kaum lain yang cuba menentangnya kemudian menyimpan kepala-kepala mereka didalam petisejuk di istananya.

Disenaraikan serba ringkas perlakuan manusia aneh yang bernama Idi Amin Dada ini untuk difikir-fikirkan:

IdiAmin dilahirkan pada 1925,bagaimanapun tarikh yang sebenar tidak diketahui kerana tiada rekod yang jelas.Bapanya daripada Kakwa, suku kaum minoriti disempadan Uganda-Sudan,sementara ibunya daripada suku Lugbara. Kedua-dua suku kaum ini berkomunikasi menggunakan bahasa Sudan.

Menyertai pasukan King African Rifles-sebuah unit khas untuk bangsa kulit hitam dalam Pasukan Tentera British-pada tahun1946 hanya sebagai tukang masak.Dia dinaikkan menjawat pangkat sarjan bukan kerana kebolehan,tetapi sikapnya yang pandai mengambil hati pengawai British dengan merelakan dirinya menjadi badut dalam banyak acara di kem.

Ketika memakai pakaian seragam tentera,Idi Amin pernah menyeksa anak bangsanya yang menentang penjajah British dengan mengerat kemaluan mereka hidup-hidup. Dia kemudiannya terkekeh-kekeh melihat mangsanya terkinja-kinja menahan sakit. Suatu ketika IdiAmin pernah berlari bogel dijalan raya diNakuru,selepas polis tentera cuba memberkasnya ketika 'buat hal' dengan isteri sahabat baiknya.



Sepanjang menjadi Presiden,IdiAmin membunuh lebih 500,000 rakyatnya daripada pelbagai suku kaum tanpa sebab-sebab tertentu. "Teragak nak bunuh,dia akan lakukan!" menurut bekas Menteri Kesihatan Uganda yang juga sahabatnya,Dr. Henry Kyemba.
Idi Amin sesekali akan mencampakkan mayat mangsanya ke Sungai Nil,di tempat yang banyak buaya.Dia akan bertepuk tangan dan bersorak-sorak gembira setiap kali buaya-buaya menyambar mayat yang dihumbankannya itu.



baca lagi ..





Senjata yang digemari ketika melakukan pembunuhan ialah pisau belati atau tukulbesi.Walaupun tiada bukti kukuh mengatakan Amin seorang kanibal- makan daging manusia- tetapi setiapkali ada wartawan bertanyakan perkara itu,Amin akan menjawab: "Cubalah sendiri...".Menurut laporan,peti sejuk di istananya sentiasa di penuhi daging,tulang dan kepala manusia.

IdiAmin membunuh salah seorang isterinya.Wanita malang itu dikerat-kerat,kemudian dia mengarahkan doktor mencantumkan mayat itu semula. "Supaya dapat anak-anak melihat mayat ibu mereka." katanya.

Dia pernah mengahwini lima wanita sekaligus. Daripada semua perkahwinan itu serta skandalnya dengan ramai wanita,termasuk seorang wanita kulit putih,IdiAmin dikurniakan 34 orang anak-halal dan haram!

Pada suatu majlis harijadinya,Amin menjemput rakan-rakan,terdiri daripada pengawai tinggi tentera dan polis kemajlis makan malam bersama keluarga di istana. Ditengah-tengah hidangan, dia meletakkan kepala manusia yang dihias indah seperti menu utama.
Menurut Duta Uganda ke Amerika ketika itu, Dr Solomon Asea,Idi Amin sepatutnya jadi pesakit dan tinggal dihospital, bukannya menjadi Presiden. "Amin tak siuman...kalau tak, takkan dia bermain gitar dan melalak-lalak menyanyi selepas membunuh."

Media Barat mengejek Amin sebagai badut selepas beliau mengutus surat kepada Presiden Nixon ketika itu, Richard Nixon semasa heboh skandal Watergate: "Saya akan minta sendiri pertolongan Tuhan untuk selesaikan masalah anda," tulisnya.

Idi Amin mengelar dirinya raja seluruh makhluk didarat dan hidupan dilaut. "Sayajuga adalah penakluk sebenar Empayar British" katanya pada suatu perhimpunan rasmi.

Selepas setahun menjadi presiden,Idi Amin mengusir lebih 50,000 bangsa India dari Uganda selepas cintanya ditolak seorang gadis India yang menetap diKampala.Akibatnya ekonomi negara itu tunggang-langgang kerana selama ini orang Indialah yang memacu ekonomi Uganda.

Dia pernah melompat kedalam kolam renang dengan pakaian field marshall semasa menghadiri suatu majlis diplomatik kerana terlalu gembira.

Idi Amin gemar memakai terlalu banyak pingat pada bajunya sehingga dia kelihatan susah untuk bergerak. Pernah sekali bajunya koyak kerana terlalu berat dengan pingat yang entah dari mana dikutipnya.

Tidak ramai yang tahu,Idi Amin sebenarnya buta huruf dan tidak tahu langsung berbahasa Inggeris.Kerana itulah,dia mengambil masa yang panjang untuk menandatangani sesuatu dokumen.

Idi Amin menulis surat rasmi mengajak Presiden Tanzania,Julius Nyerere bertinju, semasa hubungan kedua-dua negara retak."Jika awak setuju saya akan ikat sebelah tangan saya kebelakang" antara yang ditulisnya. Bagaimanapun Nyerere tidak melayan hasrat Idi Amin itu.

Kejatuhan kerajaan pimpinan Idi Amin adalah kerana para balacinya yang terdiri daripada rakan dan kroni yang suka mengampu. Kebanyakan mereka pula adalah sepertinya- buta huruf!.
Akhirnya Idi Amin diusir dan menjadi pelarian di negara orang.
Dia meninggal dalam buangan di Jeddah.


Idi Amin cukup seronok melihat orang lain takutkannya apatah lagi jika orang itu berkulit putih. Sekumpulan wartawan berkulit putih di paksa mengangkat sumpah taat setia sebelum dibenar membuat laporan.


Sumber : Carigold



0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih sebab komen, tapi komen ancaman, ugutan, hasutan akan didelete ya :).jom like fanpage facebook AF :) FB AbdulFarique.com

 

Riwayat Seorang Insan Hina Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!