Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Wednesday, November 30, 2011

INFO: Makna Melayu

Oleh: Shaharir Mohammad Zain

Generasi hari ini rata-rata tidak mengetahui akan sejarah tamadun bangsa Melayu yang tinggi. Sebenarnya, bangsa Melayu merangkumi bukan sahaja Melayu Brunei, Indonesia, Malaysia, Singapura dan Selatan Thailand, tetapi juga Melayu Campa di Vietnam dan Kemboja, serta orang-orang Funan di Kemboja, Melayu Filipina, Madagaskar, Taiwan dan pribumi di Papua New Guinea dan pulau-pulau di Asia-Pasifik.





Perkataan “Melayu” sebenarnya berasal dari bahasa Sanskrit, Malaya atau Malai, yang 
bermaksud “Gunung”; dan “Gunung” itu pula ialah perkataan Melayu moden untuk perkataan 
purbanya “Pnom”. Marko Polo (pengembara Itali 1254-1323) merujuk bangsa atau bahasa Melayu sebagai Malaiur.


Catatan pegawai Portugis di Melaka, de Eradia seorang ahli matematik keturunan Melayu pada sekitar 1600, merujuk bahasa di Melaka sebagai Malaio; manakala catatan China sejak abad ke-6 lagi menyebutnya sebagai Mo-lo-yu, Molo-yoou dan Mo-lo-yeu.


Satu daripada tinggalan ilmu Melayu Funan (pada batu bersurat bertarikh 531 Syaka, tahun Melayu Purba yang bermula pada tahun 78M (609M) yang terkenal ialah sistem angka perpuluhan yang ada simbol sifar (yang sama sistemnya seperti angka sekarang).

Sebelum abad ke-8M lagi Melayu Campa ada mencatatkan di prasastinya tentang kemahiran mereka dalam pelbagai bidang ilmu dengan mengelaskan ilmu-ilmu yang ada pada mereka itu kepada enam bidang ilmu termasuklah bidang sainsnya yang diistilahkannya sebagai horasastera (iaitu astronomi, astrologi, kosmologi dan yang berhubung dengannya seperti matematik dan fizik).

Unit-unit sukatan asasi ciptaan orang-orang Melayu Campa dahulu juga cukup komprehensif, bersistem dan piawai, iaitu unit panjang atau jarak, dinamai li dan chang (kira-kira 10 kaki, unit Inggeris-Melayu yang berasal dari istilah Inggeris(fe e t ) berasaskan panjang kaki seorang raja England abad ke-16.

Monday, October 17, 2011

MALAYSIA SUDAH WUJUD LEBIH 100 TAHUN YANG LEPAS

 Nama MALAYSIA sudah wujud lebih 100 tahun yang lepas
 Mengikut buku "The Reluctant Politician" bio Tun Dr Ismail, MALAYSIA ditakrifkan pada: Malay shire (Kawasan Pentadbiran Melayu)
Nama Malaysia sudah termaktub Dalam Buku Ripley's Believe It Or Not cetakan pertama tahun 1929.
Nama, lagu negaraku dan bendera MALAYSIA berasal dari barat.






The Pirates Of Malaysia (Italian: I Pirati Della Malesia) is an exotic adventure novel written by Italian author Emilio Salgari, published in 1896. It features his most famous character, Sandokan, and is a sequel to The Tigers Of Mompracem.






1) Kajian yang telah dijalankan oleh UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA dari Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polis kata nama MALAYSIA sudah ada pada tahun 1889 lagi. Perancangan penjajah barat memecah-belahkan dan melemahkan dunia Melayu sudah beratus-ratus tahun dirancang oleh FREEMASON!

2) Kritikan perancangan penubuhan negara MALAYSIA pada tahun 1937 oleh penasihat luar USA Rupert Emerson yang membentangkan kertas kerjanya di HARVARD UNIVERSITY!. 10 tahun selepas batu asas FREEMASON (gerakan sulit yang diasaskan oleh yahudi) diletakkan di Northam Road di Pulau Pinang. Semasa perletakan batu asas FREEMASON tu pada tahun 1927, Rupert Emerson baru sahaja menjawat jawatan professor di Harvard University. USA panggil dia "Specialist On Nationalism In Asia" mungkin salah seorang ahli kuat FREEMASON ni.

4) Kenapa FILIPINA suatu ketika dahulu pernah nak tuntut nama MALAYSIA, sebelum Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura dapat dulu dulu nama MALAYSIA?. Rupa-rupanya perancangan negara MALAYSIA sudah ada kertas kerjanya beratus tahun sebelum diisyhtiharkan "Merdeka", dan yang amat jelas ialah kertas kerja penubuhan negara MALAYSIA serta kritikannya di HARVARD UNIVERSITY pada tahun 1937 oleh Rupert Emerson yang merupakan PENASIHAT LUAR USA pada ketika itu serta professor of political science and international relations in Harvard University.

5) Dokumen rahsia USA mengenai penubuhan negara Malaysia bertajuk seperti dibawah telah dibuang oleh USA di dalam website rasmi dia setelah artikel mengenainya diterbitkan di Universiti Teknologi MARA. Kuat betul perisik CIA ni "Foreign Relations, 1964-1968, Indonesia; Malaysia-Singapore; Philippines.Editor: Edward C. Keefer General Editor: David S. Patterson, United States Government Printing Office, Washington, 2001."

6) Dato Onn Jaafar: pengasas Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR), tulisan asal ڤرتوبوهن كبڠسأن ملايو برساتو atau nama sekarang telah diInggeriskan menjadi United Malay National Organisation (UMNO) atas sebab British mengharamkan semua parti yang tidak di Inggeriskan.

7) Ucapan terakhir Dato Onn Jaafar sebagai Yang DiPertua UMNO pada 26 Ogos 1951:

“Oleh kerana saya mempunyai beberapa peluang dapat melihat sesuatu gerak langkah, sesuatu perbuatan atau cadangan yang hendak dijalankan di Tanah Melayu ini; langkah-langkah dan perbuatan yang mendatangkan kebimbangan kepada diri saya sendiri.

Saya dapat peluang itu oleh kerana dapat melihat tempat-tempat yang tidak dapat dimasuki kebanyakkan orang. (adakah Dato Onn Jaafar sudah berjaya masuk ke dalam salah satu loji FREEMASON di Tanah Melayu ketika itu?). Melihat gerak langkah dan cadangan-cadangan yang hendak didatangkannya ke atas Tanah Melayu ini.

Malang mulut saya tertutup, malang saya berkata mulut saya ini tertutup tidak dapat menzahirkan kepada umat Melayu Semenanjung ini apa yang diketahui oleh saya dalam masa menyempurnakan pekerjaan-pekerjaan dan tanggungan saya itu…“

Rujukan : (Mohamed Abid, 2003, muka surat 191-192)




Penubuhan salah satu loji FREEMASON oleh penjajah pada tahun 1927 di Pulau Pinang, upacara perletakan batu asas.

8) Gagasan USA tentang Malaysia sepertimana yang dihasratkan Rupert Emerson (kemungkinan besar ahli FREEMASON) menjadi kenyataan pada tahun 16 September 1963 bilamana Singapura, Tanah Melayu (atau suka dikenal sebagai Malaya), Sabah dan Sarawak bersama-sama menubuhkan Malaysia. Brunei di saat akhir, menarik diri daripada menyertai Malaysia, dan kekal dibawah naungan jajahan Inggeris hingga ke tahun 1984. manakala Singapura pula menyertai Malaysia setakat tahun 1965.

9) Pendokong gagasan Nusantara Melayu Raya seperti Lim Chin Siong dan Said Zahari yang menentang penubuhan Malaysia sebagai projek kolonial A.S, juga beranggapan Singapura sememangnya sudah menjadi bahagian Tanah Melayu, tidak timbul persoalan tentang Singapura masuk Malaysia. Kita tidak akan semudahnya melupakan derita suatu pengorbanan cita-cita masa lalu yg gagal. Perlembagaan rakyat dan gabungan Putera AMCJA, perang anti British darurat, dan kemerdekaan, Barisan Sosialis dan penangkapan ISA terhadap hampir kesemua wakil rakyat Parti Rakyat dan Parti Buruh, Adun, Ahli Parlimen, Ahli Pihak Berkuasa Tempatan, juga pemimpin bahagian dan cawangan, pengharaman pilihanraya majlis tempatan atas kemenangan hampir seluruh kerusi kepada Barisan Sosialis. Presiden Pas, Dr Burhanudin Al-Helmy juga turut merengkok di dalam ISA atas tuduhan konunnya menentang penubuhan Malaysia. Hal ini ditulis Pak Said Zahari, yang dipenjara ISA oleh Lee Kuan Yew di Singapura, selama 17 tahun tanpa bicara, dalam buku memoirnya “Meniti Lautan Gelora.”

10) Jadi bukan Tunku Abdul Rahman lah yang mencipta nama Malaysia. Jika begitu tertipulah kita gamaknya dan sudah tentunya juga mereka inilah yang telah mencatur dan mengatur (indirect rule) siapa yang patut memerintah dan generasi yang bagaimana patut dilahirkan oleh negara Malaysia itu kelak.

Baca lagi jom ,




10 Manusia Tertinggi Di Dunia Sepanjang Sejarah

10 Orang Manusia Tertinggi Di Dunia Sepanjang Sejarah

1.Robert Wadlow,8' 11.1?




Robert Wadlow adalah manusia raksasa tertinggi dalam sejarah. Beliau sering disebut sebagai Alton raksasa kerana berasal dari Alton, Illinois.

Pada masa kematiannya ditimbang beratnya 440 paun dan tidak menunjukkan tanda-tanda berhenti berkembang.

Beliau lahir tahun 1918, anak sulong dari lima bersaudara. Beliau meninggal dunia pada usia 22 tahun akibat infeksi yang disebabkan oleh melecet pada buku lali.

Kerandanya ditimbang berat setengah ton dan 12 pallbearers diperlukan untuk dibuat. Dia telah disemadikan dalam sebuah kubah solid beton, keluarganya bimbang takut tubuhnya akan diintervensi akibat perasaan ingin tahu para pencari berita.

2.Johan Aason,8' 9-1/4?





Johan dilahirkan di Amerika setelah beberapa tahun ibunya berpindah dari Norwegia. Menariknya ibunya juga mempunyai ketinggian badan 7'2 ".

Menurut sijil kematiannya dari hospital Mendocino , pada masa meninggal dunia tercatat tinggi badannya 9'2 "- jika sijil ini benar, maka beliau adalah manusia paling tinggi di dunia sepanjang sejarah. Dia disemadikan di Montana.



3.John Rogan,8'9?





John Rogan lahir pada 1868 dan beliau adalah normal sehingga berumur 13 tahun.Tingginya semasa beliau meninggal dunia adalah 8'9 " .

Akibat penyakit ditimbang beratnya hanya 175 paun. Beliau meninggal dunia pada tahun 1905 akibat komplikasi dari penyakit yang dihidapi.


4.John F Carroll,8'7?



John Carroll (lahir pada 1932) dilahirkan di Buffalo, New York dan dikenali sebagai Buffalo raksasa. Walaupun banyak mendapat rawatan perubatan, pembesarannya sangat cepat.

Beliau membesar tujuh inci dalam beberapa bulan. Beliau meninggal dunia pada tahun 1969 dan pada masa itu ketinggianya tidak dicatatkan ,namum dipercayai bahawa beliau memiliki ketinggian badan hampir sembilan kaki.

5.Leonid Stadnyk,8'5?




Leonid Stadnyk lahir pada tahun 1971 di Ukraine. Beliau adalah ahli bedah haiwan berdaftar dan tinggal bersama ibunya. Pada masa ini beliau dicatat sebagai manusia tertinggi menurut Guinness Book of Records.

Sekumpulan ahli perniagaan Ukraine menyumbangkan antena parabola dan komputer untuk Stadnyk dan sekarang beliau boleh akses Internet.

5 lagi .. teruskan ..



Idi Amin Dada - Presiden Yang Gila Lagi Kejam

Idi Amin Dada - Presiden Yang Gila Lagi Kejam


Idi Amin Dada-bekas Presiden Uganda yang mati dalam buangan di Jeddah, Arab Saudi,17Ogos2003,dilabelkan sebagai gila,seorang badut,sadis,diktator,pembunuh kejam hingga kepada kanibal.




Dalam tempoh lapan tahun berkuasa 1971- 1979 - selepas mengulingkan Presiden Milton Obote yang ketika itu berada di Singapura,Idi Amin mendapat tempat di media serata dunia ekoran pelakuan ganjilnya. Sesekali tindak-tanduknya kelihatan kejam,adakalanya berlagak bagai si dungu dan pada masa yang lain seperti terlalu bijak.Dia pernah mengarahkan empat lelaki kulit putih memikulnya di atas tandu, kemudian mengarahkan jurugambar merakamkan gambarnya itu untuk ditunjukkan kepada dunia bahawa bangsa kulit hitam lebih mulia dapipada orang berketurunan kulit putih yang selama ini menjajah negaranya.

Tanpa segan silu, Idi Amin membunuh secara kejam suku kaum lain yang cuba menentangnya kemudian menyimpan kepala-kepala mereka didalam petisejuk di istananya.

Disenaraikan serba ringkas perlakuan manusia aneh yang bernama Idi Amin Dada ini untuk difikir-fikirkan:

IdiAmin dilahirkan pada 1925,bagaimanapun tarikh yang sebenar tidak diketahui kerana tiada rekod yang jelas.Bapanya daripada Kakwa, suku kaum minoriti disempadan Uganda-Sudan,sementara ibunya daripada suku Lugbara. Kedua-dua suku kaum ini berkomunikasi menggunakan bahasa Sudan.

Menyertai pasukan King African Rifles-sebuah unit khas untuk bangsa kulit hitam dalam Pasukan Tentera British-pada tahun1946 hanya sebagai tukang masak.Dia dinaikkan menjawat pangkat sarjan bukan kerana kebolehan,tetapi sikapnya yang pandai mengambil hati pengawai British dengan merelakan dirinya menjadi badut dalam banyak acara di kem.

Ketika memakai pakaian seragam tentera,Idi Amin pernah menyeksa anak bangsanya yang menentang penjajah British dengan mengerat kemaluan mereka hidup-hidup. Dia kemudiannya terkekeh-kekeh melihat mangsanya terkinja-kinja menahan sakit. Suatu ketika IdiAmin pernah berlari bogel dijalan raya diNakuru,selepas polis tentera cuba memberkasnya ketika 'buat hal' dengan isteri sahabat baiknya.



Sepanjang menjadi Presiden,IdiAmin membunuh lebih 500,000 rakyatnya daripada pelbagai suku kaum tanpa sebab-sebab tertentu. "Teragak nak bunuh,dia akan lakukan!" menurut bekas Menteri Kesihatan Uganda yang juga sahabatnya,Dr. Henry Kyemba.
Idi Amin sesekali akan mencampakkan mayat mangsanya ke Sungai Nil,di tempat yang banyak buaya.Dia akan bertepuk tangan dan bersorak-sorak gembira setiap kali buaya-buaya menyambar mayat yang dihumbankannya itu.



baca lagi ..



Tragedi Pos Dipang 26 Ogos 1996 | Banjir Lumpur

Tragedi Pos Dipang 26 Ogos 1996 | Banjir Lumpur


Kebanyakan penduduk Perkampungan Orang Asli Pos Dipang, Kampar, Perak hanya mampu terperap di rumah masing-masing kerana hujan terlalu lebat ketika itu. Hujan sejak jam 12 tengah hari, masih tidak berhenti walau sudah enam jam berlalu.

Tiba-tiba, satu dentuman kuat berselang-seli dengan derauan hujan dari arah bukit di belakang kampung berkenaan, kedengaran. Penduduk tersentak, tertanya-tanya apakah bunyi aneh itu. Beberapa minit kemudian mereka sekali lagi mendengar satu bunyi pelik. Belum sempat mereka memikirkan apa-apa, dinding rumah mereka terus pecah dan air bercampur lumpuh menerjah ke dalam.


Tragedi Pos Dipang : Kejadian berlaku pada 29 Ogos 1996, korbankan 39 nyawa manakala lima lagi dilaporkan hilang.

Rempuhan arus deras menyebabkan ada penduduk tercampak keluar dari rumah masing-masing manakala beberapa rumah yang terletak di tebing Sungai Dipang terus runtuh dan dihanyutkan.

Sebaik menyedari banjir lumpur mula membaham perkampungan Orang Asli itu, penduduk mula panik, jeritan mula kedengaran di mana-mana dan ada antara mereka mula meluru keluar daripada kediaman untuk menyelamatkan diri.

Bagaimanapun, sebaik keluar dari rumah, dengan pantas juga arus deras menyambar. Ramai penduduk dibawa bergulungan sambil tenggelam timbul bersama arus, beberapa kali badan mereka terhentak dan tercucuk dahan kayu.

Keadaan berlaku tanpa diduga. Ketika dibawa arus, jeritan meminta tolong terus bergema sebelum mulut dimasuki air berlumpur. Sesetengah mereka tersangkut pada pokok manakala sesetengah lain ghaib tenggelam di bawah air banjir. Sekelip mata, puluhan mangsa dihanyutkan entah ke arah mana.

Arus deras turut menghanyutkan batang pokok besar yang dipercayai ditinggalkan di atas bukit di hulu penempatan itu ketika kerja penebangan balak dijalankan beberapa tahun sebelum itu.

Hentaman balak dan rempuhan banjir menyebabkan 30 rumah musnah, 20 lagi rosak dan puluhan penduduk kampung yang kebanyakannya terdiri daripada Orang Asli hilang dalam tragedi itu.

Mereka yang terselamat, berpaut pada pohon atau apa saja yang mampu mengelakkan mereka daripada hanyut. Dalam ketakutan, mereka mengharapkan supaya petaka itu segera berakhir.

Petang mula beranjak ke malam dan suasana sekitar mula menjadi gelap. Pasukan penyelamat yang menyedari tragedi buruk berlaku di kawasan berkenaan segera bergegas ke lokasi kejadian walau pandangan dihijab kelam.

Seramai 400 anggota penyelamat membabitkan polis daerah Kinta, pasukan bomba pusat, pasukan 2 Briged Rejimen Renjer Diraja Ipoh, Pasukan 69 Komando Pasukan Polis Hutan (PPH) Ulu Kinta, Batalion Ketiga PPH Bidor, kakitangan Pejabat Daerah Kampar dan Pasukan Pertahanan Awam dari Ipoh memulakan gerakan mencari mangsa.

Mayat pertama iaitu seorang wanita Orang Asli berusia lingkungan 30 tahun, ditemui kira-kira jam 1.30 pagi. Operasi mencari terus dijalankan.

Ketika itulah, pasukan penyelamat mula menyedari yang operasi mencari bukanlah sesuatu yang mudah dijalankan. Arus masih mengalir deras, cuaca amat gelap berikutan terputusnya bekalan elektrik.

Mereka mencuba semampu boleh sementara menunggu malam bertukar siang bagi meneruskan kerja mencari mangsa. Sebaik matahari menjelma, terteralah pemandangan yang begitu menggerunkan.

Pagi semalam, Perkampungan Orang Asli Pos Dipang tidak seperti itu tetapi selepas 24 jam berlalu, hujan lebat menukarkan landskap kampung berkenaan menjadi kawasan bencana!

Pasukan penyelamat meneruskan operasi mencari. Dalam kesukaran, mereka terpaksa menggali timbunan tanah bercampur lumpur setebal kira-kira 1.5 meter dan mengalihkan pokok yang tumbang untuk mencari kemungkinan mayat mangsa di bawahnya.

Pihak penyelamat hanya menggunakan tenaga manusia untuk mencari mayat mangsa dan

keadaan tempat kejadian yang berselerak dipenuhi kesan runtuhan rumah dan pokok tumbang menyebabkan kerja mencari lebih sukar dilakukan.

Bantuan juga sukar disampaikan kerana jambatan di Sungai Dipang yang menghubungkan kampung itu dengan Kampar roboh dilanda arus, menyebabkan pasukan bantuan terpaksa melalui jalan jauh iaitu Chenderiang dari Tapah.

Sehingga berakhirnya hari kedua kejadian iaitu 30 Ogos 1996, tragedi banjir lumpur itu mencatatkan penemuan 15 mayat mangsa manakala 27 lagi dipercayai masih hilang dihanyut banjir lumpur.

Operasi yang dijalankan kemudian terus mencatatkan penambahan jumlah mangsa yang maut terdiri daripada bayi seawal tujuh bulan sehingga ke penduduk tua berusia 70 tahun. Malah satu daripada mayat mangsa tragedi banjir lumpur itu dijumpai hanyut sehingga ke Sungai Kinta, Malim Nawar, kira-kira 48 kilometer dari tempat kejadian.

Pada 11 September 1996 iaitu selepas 13 hari berlalu, operasi mencari mangsa dihentikan dengan jumlah angka korban tragedi banjir lumpur Perkampungan Orang Asli Pos Dipang, dicatatkan kepada 39 orang manakala lima lagi masih hilang dan gagal ditemui.







FAKTA TRAGEDI POS DIPANG

Baca seterusnya ..




Tragedi 'Hiroshima Sungai Buluh' | 7 Mei 1991

Tragedi Hiroshima Sungai Buluh. Letupan paling kuat dan dahsyat dalam sejarah Malaysia berlaku pada petang Selasa, 7 Mei 1991 di Sungai Buluh, Selangor. Anggaran Masa Letupan ialah pada pukul 3.45 petang yang mengorbankan 26 orang di samping 83 orang yang cedera. Jumlah Kutipan Derma Tabung Bencana dianggarkan sebanyak RM935,688.18.


 





  Kekuatan letupan dan kesan kemusnahan yang dihasilkan menyebabkan tragedi itu turut digelar ‘Hiroshima Sungai Buluh’ berikutan ledakan menggegarkan itu diibaratkan seakan-akan peristiwa bom atom dijatuhkan pesawat Amerika ke wilayah Jepun itu semasa Perang Dunia kedua.


  Begitulah andaian kesan letupan 200 tan belerang yang berpunca dari sebuah kilang mercun di kawasan itu sehinggakan percikan bunga api dan serpihan bertebaran jauh malah kesan gegaran dirasai sehingga tujuh kilometer dari lokasi tragedi. Bunyinya yang kuat bagaikan letupan bom berkuasa tinggi dan kesan gegarannya memecahkan cermin tingkap rumah di bandar Seri Menjalara dan Selayang, yang terletak kira-kira tujuh kilometer jauhnya dari kilang itu.


 


  Lagi gambar dan cerita ...



10 Kemalangan Paling Mahal Di Dunia

10 kemalangan Paling Mahal Di Dunia


10.Titanic ($150 Juta)



Karamnya Titanic mungkin tragedi yang paling terkenal didunia, Hollywood pernah menghasilkan filem dari kejadian ini. Pada jam 11:40 malam 14 April 1912, peninjau kapal ini mengesan sebuah aisberg yang besar ketika berlayar di 400 batu ke selatan Grand Banks of Newfoundland. Tragedi Titanic melanggar aisberg semasa membuat trip percutian pertama mengorbankan 1500 hartawan. Kapal ini melibatkan kos $7 Juta untuk dibina dan antara yg paling mewah dan mahal ketika itu.($150 Juta Sekarang)


9. Tanker Truck vs Bridge ($358 Juta)



Pada 26 Ogos 2004 sebuah kereta berlanggar dengan sebuah lori tangki yang membawa 32 ribu liter minyak di Whiethel Brigde di Jerman. Lori tangki tersebut merempuh pagar dan terjatuh 100 kaki ke bawah Jambatan Authobahn Highway menyebabkan letupan besar yang memusnahkan “load-bearing” jambatan tersebut. Kerja2 sementara untuk membaiki Jambatan ini melibatkan $40 Juta dan kos menukarkan jambatan $310 Juta.


8. MetroLink Crash ($500 Juta)



Ianya berlaku pada 12 september 2008, jam 4.22 petang di daerah Chatsworth, Los Angeles telah dicatatkan sebagai kejadian kemalangan keretapi paling buruk di dalam sejarah California di mana 25 orang terbunuh dan 135 yang lain cedera. Kejadian berlaku apabila keretapi barang Union Pacific bertembung berhadapan dengan keretapi komuter Metrolink. Keretapi Metrolink dipercayai melanggar isyarat merah sebelum memasuki trek di mana keretapi barang berkenaan berada. Ianya berpunca dari kesilapan konduktor yang cuai membalas SMS serta tersalah memasuki laluan semasa pertukaran rail di Stesen California. Tindakan undang-undang dijangkakan melibatkan nilai lebih $500 juta.


7. B-2 Bomber Crash ($1.4 Billion)



B-2 Stealth Bomber. Ianya merupakan Pesawat Pengebom US Airforce paling mahal yang pernah dibina. The Spirit of Kansas ini pernah diterbangkan selama 5,176 jam. Dua orang krew yang sedang mengendali pesawat berkenaan terselamat sebelum ia terhempas. Kemalangan B-2 bomber berlaku di Guam Airbase pada Februari 2008 sejurus sahaja ianya berlepas. Pasukan penyiasatan membuat kesimpulan, ianya disebabkan oleh “Flight Computer System” dimana data arahan secara tiba-tiba mengarahkan Pesawat membuat “nose-up move” menyebabkan ianya hilang kawalan dan terjatuh. Ianya melibatkan sebuah B-2 Bomber dari 21 buah yg pernah dibina oleh US.

Sejarah Jambatan Pulau Pinang | Terpanjang di Asia Tenggara

Jambatan Pulau Pinang merupakan jambatan yang terpanjang di Asia Tenggara dan ketiga terpanjang di dunia. Ia adalah sepanjang 13.5 kilometer di mana 8.4 kilometer daripadanya merentasi laut. Ia menghubungkan Lebuhraya Jelutong di Bayan Lepas, Pulau Pinang dengan tanah besar semenanjung di Seberang Prai.

Ia bermula daripada idea mantan Ketua Menteri Pulau Pinang kedua, Tun Dr. Lim Chong Eu.

  Cetusan itu dilahirkan setelah beliau berpendapat sebuah jambatan perlu didirikan bagi menghubungkan Pulau Pinang dan Butterworth di tanah besar sekitar tahun 1950-an.
Kerja pembinaan bermula pada tahun 1982 dan siap dibina pada tahun 1985, hanya 3 tahun sahaja dan ia memakan belanja sebanyak RM 850 juta. Jambatan ini membawa kebanggaan kepada negara. Ia diakui sebagai pencapaian kejuruteraan yang cemerlang di dunia.



   Ini adalah kerana struktur tengahnya merupakan antara jambatan kabel-penahan (''cable-stayed bridge'') yang terawal di dunia. Ia mula dibuka pada 14 September 1985 untuk kenderaan awam. Panjang keseluruhan jambatan Pulau Pinang adalah 13.5 Km, yang menjadikannya antara jambatan terpanjang di dunia. Sebelum tahun 1985, Pengangkutan utama untuk pergi ke pulau ialah feri yang masih beroperasi sehingga sekarang.


  

1) Panjang keseluruhan: 13.5 km (8.4 batu)
2) Panjang melintasi air: 8.4 km (5.2 batu)
3) Laluan Pulau Pinang: 1.5 km (1.0 batu)
4) Laluan Seberang Prai: 3.6 km (2.2 batu)
5) Laluan: 4 Laluan (6 laluan pada sekarang)
6) Tinggi menara dari aras air: 101.5 Meter
7) Tinggi jambatan dari aras air: 33 Meter
8) Gantungan utama: 225 Meter
9) Gantungan hujung: 107.5 Meter
10)Gantungan lain: 40 Meter
11)Had laju: 80 km/j






Tarikh-tarikh Penting :

Awal 1970 an - Tun Abdul Razak mencadangkan pembinaan jambatan bg menghubungkan Seberang Perai dgn Pulau Pinang.

Akhir 1970 an - Tun Hussein Onn merancang utk membinanya.

23 Julai 1981 - Menteri Kerja Raya, S Samy Vellu mengumumkan jambatan Pulau Pinang akan mengikut konsep Jambatan San Fransisco Golden Gate.

Tahun 1982 - Pembinaan bermula.

3 Ogos 1985 - Perasmian oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad.

14 Sept 1985 - Pembukaan rasmi jambatan kepada kenderaan awam.

Sunday, October 16, 2011

Gambar | Mykad Baru 2012 | Kad Pengenalan Malaysia


Gambar Mykad Baru 2012 yang akan digunakan mulai awal januari tahun depan. Kad pengenalan baru ini lengkap dengan ciri keselamatan yang kukuh dari sebelumnya. Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan mengeluarkan MyKad baru yang dipertingkatkan ciri-ciri keselamatannya serta tahap kualitinya, kata Menteri Dalam Negeri.


Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, MyKad baru itu dapat menangani isu pemalsuan MyKad serta masalah berkaitan kualiti dan ketahanannya terutama berkenaan kualiti cip yang sering dibangkitkan oleh sesetengah pihak.


Beliau yang juga Ahli Parlimen Semberong berkata demikian selepas menghadiri majlis pelancaran pengeluaran MyKad Satu Hari di JPN Kluang dan pengeluaran MyKad dengan strukur baru.

Saturday, August 13, 2011

Gambar | Wang Kertas RM6 Akan Dikeluarkan | 2011

Gambar Wang Kertas RM6 Akan Dikeluarkan 2011

   Assalam kawan-kawan, buat pengetahuan korang semua wang kertas RM6 akan dikeluarkan pada malam raya aidilfitri 2011. Dikatakan tujuan wang kertas RM6 dikeluarkan kerana untuk memudahkan pemberian kepada adik-adik, kakak-kakak, abang-abang, makcik-makcik, pakcik-pakcik, tok nenek, jiran sebelah rumah dan kawan sekampung yang datang beraya dirumah.


   Dengan itu kerajaan akan mengeluarkan wang kertas RM6.00 pada malam raya aidilfitri 2011 iaitu pada 29 Ogos 2011. Rupa wang kertas RM6.00 Begitu unik sekali dan design wang kertas RM6.00 dilhamkan dari wang kertas RM1.00 dan RM5.00. Keunikan dan kecantikan reka bentuk wang kertas RM6.00 memang kreatif dan indah kerana reka bentuk matawang tersebut dibuat dengan menggunakan dua tona warna iaitu biru dan hijau.


   Jom tengok gambar wang kertas RM6 terbaru ini , read more untuk maklumat lanjut :-


Thursday, August 11, 2011

Gambar | Mamat Sepah Dan Rafida ( Fida ) Bercinta - Oh Bulan

Gambar Mamat Sepah Dan Rafida Fida Bercinta - Oh Bulan 

“Tak sangka pertemuan di lokasi lakonan sekitar 6 bulan lepas membuatkan kami berdua semakin hari semakin rapat,” kata Mamat, ahli kumpulan lawak Sepah, yang memenangi gelaran Maharaja Lawak tempoh hari.



Gambar Mamat Sepah dan Fida 


“Dalam tempoh mengenali satu sama lain ini, saya & Fida tak berani lagi nak mengaku bercinta. Kami lebih selesa mengatakan hubungan kami erat, memang baik. Bukan apa, kami risau juga kalau terjadi apa-apa, kan. Andai kata ditakdirkan, insyallah jodoh kami tidak ke mana,” jelas Mamat mengenai status hubungannya bersama Rafidah Ibrahim, 25, bekas Juara Pencarian Siti Nurhaliza Mencari Bintang Pantene 2007.

Mamat juga berkongsikan pandangannya mengenai sebuah siri prank show yang pernah dilakonkan oleh Fida untuk sebuah televisyen swasta, yang ditayangkan sekitar awal bulan Julai lepas.

Baca Selanjutnya di : SYAFIQ - Mamat Sepah Dan Fida Bercinta


Nota : Wow, Shuib Sepah dah kahwin, agak-agak lepas ni Mamat pulak ke ? :D

Sumber : Oh Bulan


Wednesday, August 10, 2011

Arlene Tan Bukan Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara | Bukti Salinan Report Polis

Arlene Tan Bukan Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara Bukti Salinan Report Polis   


  Kini kecoh lagi apabila Nor Arlene Tan Binti Khalid yang dikatakan sebagai Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara oleh pengodam terkenal iaitu GaySec yang telah cuba membongkar identiti Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara yang menghina agama Islam. Kekeliruan berlaku seketika setelah Nor Arlene Tan membuat Laporan Polis menafikan tuduhan itu dan itu semestinya sebagai satu bukti. Kenapa bukti ? baca lagi.. 




  Kenyataan dari Arlene Tan Dari Blog beliau :-



Monday, August 8, 2011

Gambar | Makcik Hajjah Siti Al-Wuzara Didedahkan | Gaysec

Gambar Makcik Hajjah Siti Al-Wuzara Didedahkan | Hackers Gaysec


Gambar penghina Islam yang telah meng'edit' gambar-gambar Ka'abah dan meletakkan wajah lady gaga di atas ka'abah telah berjaya dibongkarkan oleh Gaysec melalui operasi beliau iaitu ops Ramadhan. 


berikut adalah gambar wajah yang menghina ka'abah dan agama islam ini.


  


Inilah wajah yang menghina Islam dan Nabi Muhammad S.A.W. Ciptaan Allah S.W.T memang molek dan cantik-cantik, tapi bila hati dah berubah hitam, muka sekadar hiasan saja.


Lagi gambar :-

Sunday, August 7, 2011

KEPUTUSAN PERLAWANAN PERSAHABATAN MALAYSIA VS SELANGOR 6 OGOS 2011

KEPUTUSAN TERKINI PERLAWANAN HARIMAU MALAYA VS SELANGOR PERSAHABATAN 6 OGOS 2011


  Selepas 2 perlawanan persahabatan di antara Malaysia vs Indonesia dibatalkan 10 ogos nanti, skuad Harimau Malaya pula akhirnya bermain dan menguji 7 pemain baru malaysia dengan perlawanan persahabatan dengan Selangor pada 6 ogos jam 10 malam tadi di stadium Shah Alam. Jom kita tengok keputusan perlawanan ini.




KEPUTUSAN PENUH
Malaysia (0) vs (1) Selangor

  Gol dijaringkan pada babak kedua dimana Rudie Ramli berjaya memecah masuk ke pintu gol Malaysia . Berita selanjutnya akan menyusuli .


Sumber : Ilustrasiku.com

 * Jom ke sini untuk membaca cerita mengenai Header dan life seorang blogger ni : Review Header Aku Dan Life Aku. - Alepridz


Friday, August 5, 2011

Senarai Nama Baru Pelatih Skuad Malaysia 2011

Senarai Nama Baru Pelatih Skuad Malaysia 2011 - 7 Nama baru Yang Dipanggil K.Rajagobal

7 Pemain baru dimasukkan didalam skuad bolasepak Malaysia oleh Datuk K.Rajagobal iaitu Norhafiz Zamani Misbah Khyril Muhymeen Zambri, Joseph Kalang Tie, Faizal Muhamad, Shahrom Kalam serta dua penjaga gol, Farizal Marlias dan Norazlan Razali mungkin akan membantu skuad bolasepak malaysia agar lebih mantap lagi.


7 muka baru ini dimasukkan untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Khairul Fahmi Che Mat, Mahali Jasuli, Muslim Ahmad, Fadhli Shas, K. Gurusamy, Izzaq Faris Ramlan dan Ahmad Fakri Saarani yang akan terbang ke slovakia untuk menyertai kem latihan disana untuk skuad olimpik negara.

Monday, August 1, 2011

JADUAL WAKTU BERBUKA PUASA DAN IMSAK 2011 SELURUH MALAYSIA

JADUAL WAKTU BERBUKA PUASA DAN IMSAK RAMADHAN 2011 | 1432H MALAYSIA


   Salam ramadhan, berikut adalah jadual waktu berbuka puasa dan imsak bagi seluruh negeri termasuk pulau pinang, kedah, perlis, selangor, perak, pahang, melaka, negeri sembilan, terengganu, kelantan, johor, Wilayah persekutuan, sabah dan sarawak.


  

   Saya menyediakan file PDF download untuk paparan yang lebih jelas dan mudah dibaca. Anda dikehendaki untuk memuat turun file jadual waktu berbuka puasa dibawah ini. Sila klik link yang diberikan dibawah ini :-

Sunday, July 31, 2011

RANKING MALAYSIA - FIFA WORLD RANKING UPDATE 27 JULAI 2011

   Perlawanan timbal balik Malaysia vs Singapura pada 28 julai 2011 lalu telah berkesudahan dengan 1-1 dan kekalahan terpaksa dipikul oleh skuad malaysia akibat kekalahan di tempat lawan. RANKING MALAYSIA dalam FIFA WORLD RANKING telahpun di UPDATE pada 27 JULAI 2011 untuk RANKING ASIA dan RANKING DUNIA. Agak-agak Malaysia ditempat ke berapa ? Jom tengok :-


Ranking Asia
klik gambar untuk tumbesaran

Ranking Dunia
klik gambar untuk tumbesaran
  
   Nampaknya Malaysia terpaksa menerima hakikat ini. didalam ranking dunia malaysia dah jatuh 5 anak tangga dan ranking asia jatuh 2 anak tangga. Pencabar terdekat, Indonesia naik 4 anak tangga dalam ranking dunia dan singapura naik 1 anak tangga dalam ranking dunia. Tahniah buat Indonesia dan Singapura. Tahniah juga buat skuad Malaysia yang berhempas pulas menaikkan nama Malaysia dipersada dunia , tapi nasib tak menyebelahi kita. Mungkin suatu hari nanti ? :)




tags : world football ranking update, ranking dunia malaysia 2011, malaysia dalam ranking dunia 2011, malaysia tempat ranking dunia 2011, ranking malaysia ranking dunia 2011, ranking malaysia fifa ranking dunia 2011, malaysia ranking dunia 2011, football malaysia ranking 2011, ranking skuad malaysia dunia 2011 

Thursday, July 28, 2011

VIDEO JARINGAN GOL MALAYSIA VS SINGAPURA 28 JULAI 2011 | YOUTUBE

VIDEO JARINGAN GOL MALAYSIA VS SINGAPURA | SINGAPORE 28 JULAI 2011 YOUTUBE VIDEO


   Bagi yang terlepas ataupun tidak dapat untuk menyaksikan jaringan gol Perlawanan Malaysia vs Singapura 28 julai 2011 yang bermula semenjak 8.45 malam ini, AF bawakan video-video gol perlawanan ini untuk tatapan anda semua. Segala video hasil dari youtube akan diletakkan disini setelah diupload ketika perlawanan ini sudah tamat .





  Bagi yang ingin menyaksikan gol-gol ketika Singapura membaham skuad Malaysia ditempat lawan, anda boleh menonton di sini :- VIDEO GOL SINGAPURA VS MALAYSIA 23 JULAI 2011 . Jom kita tengok video gol malaysia vs singapura 28 julai 2011 ni pulak , :-



KEPUTUSAN TERKINI MALAYSIA VS SINGAPURA 28 JULAI 2011

KEPUTUSAN TERKINI | KEPUTUSAN SEMASA MALAYSIA VS SINGAPURA ( SINGAPORE ) 28 JULAI 2011

   Perlawanan Malaysia vs Singapura akan berlangsung pada malam ini dan tentu-tentunya Malaysia perlu sekurang-kurangnya menang 2-0 untuk perlawanan pusingan kedua pra kelayakan piala dunia 2014 Brazil zon asia selepas kekalahan 5 - 3 di tempat lawan. Apa-apa pun pertahanan Malaysia harus diperkuatkan dan Penjaga Gol haruslah rajin bertindak. Pemain tengah pasukan Malaysia memiliki stamina yang tinggi terutamanya S Kunalan dan Amirulhadi Zainal.



   Malaysia juga memiliki satu lagi tonggak terbaik bahagian tengah iaitu Safiq Rahim (Kapten) tetapi tidak dapat bermain untuk perlawnan ini oleh kerana mengasari pemain singapura di tempat lawan pada 23 julai 2011. Berikutan diatas kontroversi skandal yang sedang berlaku diatas penjaga gol malaysia, Khairul Fahmi Che Mat sedikit merosakkan prestasi beliau yang sebelum ini beraksi amat baik ketika piala AFF Suzuki berlangsung. Ok lah itu saja ulasan dari AF untuk anda semua . Jom tengok Keputusan Terkini Malaysia vs singapura dibawah ini. :-


Saturday, July 23, 2011

VIDEO GOL MALAYSIA VS SINGAPURA - 23 JULAI 2011

YOUTUBE GOL JARINGAN MALAYSIA VS SINGAPURA 23 JULAI 2011 PRA KELAYAKAN PIALA DUNIA 2014 BRAZIL
Saksikan jaringan gol malaysia vs singapura untuk kelayakan piala dunia brazil 2014 peringkat asia disini. Adakah Syafiq Rahim berjaya menjaringkan Gol kencang dari tendangan percuma beliau dan apakah safee sali berjaya mengekang gawang pihak lawan ? saksikan video gol jaringan malaysia vs singapura ini.


  Khas untuk sesiapa yang terlepas untuk menyaksikan perlawanan tadi. Nantikan Jaringan Gol Malaysia vs Singapura pula pada malam nanti..! Hope kita dapat tengok banyak Gol pasukan Malaysia laa..
 
Video Gol Malaysia vs Singapura
 

Riwayat Seorang Insan Hina Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!