Showing posts with label BolaSepak. Show all posts
Showing posts with label BolaSepak. Show all posts

Wednesday, November 23, 2011

VIDEO GOL YOUTUBE MALAYSIA 0 - 2 SYRIA 23 NOVEMBER 2011 | KELAYAKAN OLIMPIK 2012

VIDEO GOL YOUTUBE MALAYSIA 0 - 2 SYRIA 23 NOVEMBER 2011|KELAYAKAN OLIMPIK 2012


 
Perlawanan diantara Malaysia menentang Syria atau lebih kepada Harimau Malaya menentang Helang di Stadium Nasional Bukit Jalil pada jam 8.45 Malam, 23 November 2011 tadi berkesudahan dengan kekalahan kepada Syria sebanyak 2 gol berbalas 0. Apakan daya, sudah menjadi takdir dan tiada jodoh kemenangan untuk perlawanan ini. Jom layan gol-gol dari skuad Syria, kita lihat bagaimana gawang gol kita bocor...


Video Gol Pertama Syria



Video Gol Kedua Syria



Jom layan Perlawanan Malaysia vs Syria 2 tahun lepas ( Malaysia 4-1 Syria )



Bagaimana pun, Malaysia bermain dengan keadaan yang begitu letih berikutan perlawanan diantara Malaysia menentang Indonesia pada Final Sukan Sea Indonesia 2011. Kelihatan gugup dibahagian pertahanan. Penyudah gagal untuk meletakkan sebarang gol. Pemain tengah kelihatan letih. Apakan daya, bukan kemenangan buat Malaysia. Apa-apa pun, jangan lupa pada perlawanan Malaysia vs Bahrain 27 November 2011 pada pukul 8.45 malam. Diharap sokongan terhadap bolasepak diteruskan. HARIMAU MUDA DIHATIKU :) 



Tags: video gol malaysia vs syria 23 november 2011, video gol malaysia vs syria olimpik 2011, video gol malaysia vs syria kelayakan olimpik 2011, video gol malaysia vs syria olimpik 2011 23 november 2011, video gol syria 23 november 2011, video gol malaysia 23 november 2011.

Monday, November 21, 2011

VIDEO GOL YOUTUBE MALAYSIA VS INDONESIA - PENALTI | FINAL SUKAN SEA INDONESIA 2011

VIDEO GOL YOUTUBE MALAYSIA VS INDONESIA - PENALTI | FINAL SUKAN SEA INDONESIA 2011


  Tahniah diatas kejayaan skuad bolasepak Malaysia yang berjaya memenangi pingat emas acara bola sepak Sukan Sea Indonesia 2011 yang berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno yang hampir dipenuhi penyokong Indonesia. Alhamdulillah, semua pemain Malaysia mampu untuk mengawal emosi dan mampu mengawal mental kerana psikologi sokongan. Tahniah kepada Hero kita, Khairul Fahmi Che Mat yang menunjukkan prestasi yang terbaik dan Baddrol Bakhtiar yang berjaya menjaringkan gol penalti yang terakhir dan memberikan kemenangan keatas Malaysia secara agregat Penalti , Malaysia 4 - 3 Indonesia hasil dari seri 1-1 .




Ayuh kita saksikan video-video gol hasil dari Perlawanan ini , 


Video Gol Asrarudin - Minit 34



Video Gol Gunawan - Minit 5



Video Gol Malaysia 1-1 Indonesia



Video Gol Penalti Malaysia 4-3 Indonesia



tags: video gol malaysia vs indonesia sukan sea 2011, video gol malaysia vs indonesia final sukan sea 2011, video gol penalti malaysia vs indonesia sukan sea 2011, video gol baddrol bakhtiar penalti sukan sea 2011, video khairul fahmi selamatkan gol sukan sea 2011.

Saturday, November 19, 2011

VIDEO YOUTUBE GOL MALAYSIA 1-0 MYANMAR | SUKAN SEA 19 NOVEMBER 2011

VIDEO YOUTUBE GOL MALAYSIA 1-0 MYANMAR | SUKAN SEA 19 NOVEMBER 2011


  Tahniah diatas kejayaan Malaysia kerana berjaya menumpaskan pasukan Myanmar pada separuh akhir sukan sea 26' Indonesia 2011 dan bermakna Malaysia akan menentang sama ada Indonesia ataupun Vietnam untuk bertembungan ke FINAL bolasepak sukan sea 2011. Tahniah diatas Fakri Shaarani pada minit ke 84. Gol tunggal kemenangan buat Malaysia itu mengembirakan jurulatih pasukan dan pastinya menggembirakan seluruh rakyat Malaysia. Semoga Malaysia berjaya memungut pingat Emas bagi acara ini. Jom kita layan video gol dari Fakri Shaarani yang berjaya menumpaskan pasukan Myanmar :)





tags: gol fakri shaarani, video gol fakri shaarani sukan sea 2011, video gol malaysia vs myanmar 1-0, video gol malaysia vs myanmar 19 november 2011, video gol malaysia 1-0 myanmar shakri shaarani.



LIVE STREAMING MALAYSIA VS MYANMAR 19 NOVEMBER 2011 | SUKAN SEA INDONESIA 2011


LIVE STREAMING MALAYSIA VS MYANMAR 19 NOVEMBER 2011 | SUKAN SEA INDONESIA 2011
Bola sepak Separuh akhir Sukan SEA Indonesia 2011 akan mempertemukan Malaysia menentang Myanmar, manakala tuan rumah Indonesia pula bakal berentap bersama Vietnam.
Malaysia dilihat sedikit beruntung kerana tidak bertemu Vietnam yang dilihat salah satu pasukan yang merbahaya pada temasya sukan SEA kali ini. Namun begitu kita juga tidak boleh begitu memandang ringan saingan yang bakal diberikan oleh pasukan Myanmar keran sudah semestinya mereka juga mahu menempah tempat ke final sekaligus muncul sebagai pemenang pingat emas.
Diharap pasukan Malaysia mampu mempamerkan rentak permainan yang bertenaga dan hebat seperti aksi ketika mereka menumbangkan tuan rumah Indonesia pada perlawanan akhir peringkat kumpulan A Khamis lepas.

LIVE STREAMING LINK . 100% 


*klik link diatas untuk live online streaming malaysia vs myanmar separuh akhir sukan sea Indonesia 2011 - 5 petang 19 november 2011


Thursday, November 17, 2011

VIDEO YOUTUBE GOL MALAYSIA 1-0 INDONESIA | 17 NOVEMBER SUKAN SEA 2011

VIDEO YOUTUBE GOL MALAYSIA 1-0 INDONESIA | 17 NOVEMBER SUKAN SEA 2011


Tahniah buat Syahrul Azwari kerana berjaya menjaringkan gol tunggal buat pasukan Malaysia dan berjaya ke separuh akhir dengan menentang Myanmar dan pasukan Indonesia akan menentang Vietnam. Semoga berjaya Malaysia ku :)



tags: video gol malaysia vs indonesia 1-0, video gol youtube malaysia vs indonesia sukan sea, video gol syahrul azwari malaysia

KEPUTUSAN PENUH/SEMASA MALAYSIA VS INDONESIA 17 NOVEMBER 2011

KEPUTUSAN PENUH/SEMASA MALAYSIA VS INDONESIA 17 NOVEMBER 2011
Berikut adalah Keputusan Penuh dan Keputusan semasa Malaysia vs Indonesia 17 November 2011 bagi Sukan Sea XXVI (26). Berikut adalah jumlah gol dan jikalau mempunyai sebarang video gol dari youtube, admin akan letakkan disini sekali. untuk VIDEO GOL , KLIK SINI
Keputusan PENUH

Malaysia [ 1 ] – [ 0 ] Indonesia

17 November 2011 | 8 malam
Stadium Gelora Bung Karno


Hanya satu mata yang diperlukan untuk skuad Harimau Muda layak ke separuh akhir dalam acara bola sepak Sukan SEA XXVI.Peluang untuk Malaysia nampaknya agak mudah dicapai,berikutan,menurut sumber pada aksi perlawanan terakhir Kumpulan A pada 17 November 2011 ini dikhabarkan Indonesia hanya akan menurunkan skuad kedua mereka,selepas menyedari mereka sudah’pun layak ke separuh akhir.

Sukan Sea 2011 Indonesia
Namun itu hanyalah coretan di’atas kertas,tetapi disebalik aksi 90 minit mungkin Indonesia ada maksud disebaliknya.Mungkin juga dengan cara ini mereka boleh merehatkan pemain utama mereka bagi mendapatkan rehat secukupnya bagi menghadapi pusingan yang seterusnya.Apa yang pasti setiap pasukan mempunyai rahsia strategi yang tersendiri.

Sunday, August 7, 2011

KEPUTUSAN PERLAWANAN PERSAHABATAN MALAYSIA VS SELANGOR 6 OGOS 2011

KEPUTUSAN TERKINI PERLAWANAN HARIMAU MALAYA VS SELANGOR PERSAHABATAN 6 OGOS 2011


  Selepas 2 perlawanan persahabatan di antara Malaysia vs Indonesia dibatalkan 10 ogos nanti, skuad Harimau Malaya pula akhirnya bermain dan menguji 7 pemain baru malaysia dengan perlawanan persahabatan dengan Selangor pada 6 ogos jam 10 malam tadi di stadium Shah Alam. Jom kita tengok keputusan perlawanan ini.




KEPUTUSAN PENUH
Malaysia (0) vs (1) Selangor

  Gol dijaringkan pada babak kedua dimana Rudie Ramli berjaya memecah masuk ke pintu gol Malaysia . Berita selanjutnya akan menyusuli .


Sumber : Ilustrasiku.com

 * Jom ke sini untuk membaca cerita mengenai Header dan life seorang blogger ni : Review Header Aku Dan Life Aku. - Alepridz


Friday, August 5, 2011

Senarai Nama Baru Pelatih Skuad Malaysia 2011

Senarai Nama Baru Pelatih Skuad Malaysia 2011 - 7 Nama baru Yang Dipanggil K.Rajagobal

7 Pemain baru dimasukkan didalam skuad bolasepak Malaysia oleh Datuk K.Rajagobal iaitu Norhafiz Zamani Misbah Khyril Muhymeen Zambri, Joseph Kalang Tie, Faizal Muhamad, Shahrom Kalam serta dua penjaga gol, Farizal Marlias dan Norazlan Razali mungkin akan membantu skuad bolasepak malaysia agar lebih mantap lagi.


7 muka baru ini dimasukkan untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Khairul Fahmi Che Mat, Mahali Jasuli, Muslim Ahmad, Fadhli Shas, K. Gurusamy, Izzaq Faris Ramlan dan Ahmad Fakri Saarani yang akan terbang ke slovakia untuk menyertai kem latihan disana untuk skuad olimpik negara.

Sunday, July 31, 2011

RANKING MALAYSIA - FIFA WORLD RANKING UPDATE 27 JULAI 2011

   Perlawanan timbal balik Malaysia vs Singapura pada 28 julai 2011 lalu telah berkesudahan dengan 1-1 dan kekalahan terpaksa dipikul oleh skuad malaysia akibat kekalahan di tempat lawan. RANKING MALAYSIA dalam FIFA WORLD RANKING telahpun di UPDATE pada 27 JULAI 2011 untuk RANKING ASIA dan RANKING DUNIA. Agak-agak Malaysia ditempat ke berapa ? Jom tengok :-


Ranking Asia
klik gambar untuk tumbesaran

Ranking Dunia
klik gambar untuk tumbesaran
  
   Nampaknya Malaysia terpaksa menerima hakikat ini. didalam ranking dunia malaysia dah jatuh 5 anak tangga dan ranking asia jatuh 2 anak tangga. Pencabar terdekat, Indonesia naik 4 anak tangga dalam ranking dunia dan singapura naik 1 anak tangga dalam ranking dunia. Tahniah buat Indonesia dan Singapura. Tahniah juga buat skuad Malaysia yang berhempas pulas menaikkan nama Malaysia dipersada dunia , tapi nasib tak menyebelahi kita. Mungkin suatu hari nanti ? :)




tags : world football ranking update, ranking dunia malaysia 2011, malaysia dalam ranking dunia 2011, malaysia tempat ranking dunia 2011, ranking malaysia ranking dunia 2011, ranking malaysia fifa ranking dunia 2011, malaysia ranking dunia 2011, football malaysia ranking 2011, ranking skuad malaysia dunia 2011 

Thursday, July 28, 2011

VIDEO JARINGAN GOL MALAYSIA VS SINGAPURA 28 JULAI 2011 | YOUTUBE

VIDEO JARINGAN GOL MALAYSIA VS SINGAPURA | SINGAPORE 28 JULAI 2011 YOUTUBE VIDEO


   Bagi yang terlepas ataupun tidak dapat untuk menyaksikan jaringan gol Perlawanan Malaysia vs Singapura 28 julai 2011 yang bermula semenjak 8.45 malam ini, AF bawakan video-video gol perlawanan ini untuk tatapan anda semua. Segala video hasil dari youtube akan diletakkan disini setelah diupload ketika perlawanan ini sudah tamat .





  Bagi yang ingin menyaksikan gol-gol ketika Singapura membaham skuad Malaysia ditempat lawan, anda boleh menonton di sini :- VIDEO GOL SINGAPURA VS MALAYSIA 23 JULAI 2011 . Jom kita tengok video gol malaysia vs singapura 28 julai 2011 ni pulak , :-



KEPUTUSAN TERKINI MALAYSIA VS SINGAPURA 28 JULAI 2011

KEPUTUSAN TERKINI | KEPUTUSAN SEMASA MALAYSIA VS SINGAPURA ( SINGAPORE ) 28 JULAI 2011

   Perlawanan Malaysia vs Singapura akan berlangsung pada malam ini dan tentu-tentunya Malaysia perlu sekurang-kurangnya menang 2-0 untuk perlawanan pusingan kedua pra kelayakan piala dunia 2014 Brazil zon asia selepas kekalahan 5 - 3 di tempat lawan. Apa-apa pun pertahanan Malaysia harus diperkuatkan dan Penjaga Gol haruslah rajin bertindak. Pemain tengah pasukan Malaysia memiliki stamina yang tinggi terutamanya S Kunalan dan Amirulhadi Zainal.



   Malaysia juga memiliki satu lagi tonggak terbaik bahagian tengah iaitu Safiq Rahim (Kapten) tetapi tidak dapat bermain untuk perlawnan ini oleh kerana mengasari pemain singapura di tempat lawan pada 23 julai 2011. Berikutan diatas kontroversi skandal yang sedang berlaku diatas penjaga gol malaysia, Khairul Fahmi Che Mat sedikit merosakkan prestasi beliau yang sebelum ini beraksi amat baik ketika piala AFF Suzuki berlangsung. Ok lah itu saja ulasan dari AF untuk anda semua . Jom tengok Keputusan Terkini Malaysia vs singapura dibawah ini. :-


LIVE STREAMING MALAYSIA VS SINGAPURA (SINGAPORE) ONLINE - 28 JULAI 2011

LIVE STREAMING MALAYSIA VS SINGAPURA | SINGAPORE ONLINE - 28 JULAI 2011 : PUSINGAN KEDUA KELAYAKAN PIALA DUNIA 2014 ZON ASIA


  Perlawanan diantara Malaysia menentang Singapura untuk perlawanan pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia Brazil 2014 Zon Asia akan bermula di stadium Bukit Jalil pada 28 julai 2011 jam 8.45 malam. Objektif perlawanan pada malam ini adalah Malaysia perlu menang 2-0 untuk menyekat skuad singapura untuk terus mara ke hadapan.








  Dianggarkan lebih 85,000 tiket sudah habis ditempah dan dijual dan pastinya anda akan tidak dapat merasa bahang di stadium bukit jalil jika anda baru ingin membeli tiket. Tetapi kekecewaan anda untuk menyaksikan perlawanan ini secara langsung akan terubat kerana menurut sumber, RTM 1 akan menyiarkan perlawanan ini secara langsung seawal jam 8.30 malam dan Astro Arena turut membuat liputan langsung perlawanan Malaysia vs Singapura ini.



Saturday, July 23, 2011

VIDEO GOL MALAYSIA VS SINGAPURA - 23 JULAI 2011

YOUTUBE GOL JARINGAN MALAYSIA VS SINGAPURA 23 JULAI 2011 PRA KELAYAKAN PIALA DUNIA 2014 BRAZIL
Saksikan jaringan gol malaysia vs singapura untuk kelayakan piala dunia brazil 2014 peringkat asia disini. Adakah Syafiq Rahim berjaya menjaringkan Gol kencang dari tendangan percuma beliau dan apakah safee sali berjaya mengekang gawang pihak lawan ? saksikan video gol jaringan malaysia vs singapura ini.


  Khas untuk sesiapa yang terlepas untuk menyaksikan perlawanan tadi. Nantikan Jaringan Gol Malaysia vs Singapura pula pada malam nanti..! Hope kita dapat tengok banyak Gol pasukan Malaysia laa..
 
Video Gol Malaysia vs Singapura
 

Riwayat Seorang Insan Hina Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!