“Tak sangka pertemuan di lokasi lakonan sekitar 6 bulan lepas membuatkan kami berdua semakin hari semakin rapat,” kata Mamat, ahli kumpulan lawak Sepah, yang memenangi gelaran Maharaja Lawak tempoh hari.
Gambar Mamat Sepah dan Fida
“Dalam tempoh mengenali satu sama lain ini, saya & Fida tak berani lagi nak mengaku bercinta. Kami lebih selesa mengatakan hubungan kami erat, memang baik. Bukan apa, kami risau juga kalau terjadi apa-apa, kan. Andai kata ditakdirkan, insyallah jodoh kami tidak ke mana,” jelas Mamat mengenai status hubungannya bersama Rafidah Ibrahim, 25, bekas Juara Pencarian Siti Nurhaliza Mencari Bintang Pantene 2007.
Mamat juga berkongsikan pandangannya mengenai sebuah siri prank show yang pernah dilakonkan oleh Fida untuk sebuah televisyen swasta, yang ditayangkan sekitar awal bulan Julai lepas.
Nota : Wow, Shuib Sepah dah kahwin, agak-agak lepas ni Mamat pulak ke ? :D
Sumber : Oh Bulan



