Tuesday, October 11, 2011

Himpun - Selamatkan Akidah Umat - 22 Oktober 2011

KUALA LUMPUR: Satu perhimpunan dinamakan Himpunan Sejuta Umat (Himpun), anjuran pertubuhan dan badan bukan kerajaan (NGO) akan diadakan sebagai membantah isu percubaan memurtadkan umat Islam oleh pihak tertentu di negara ini.Simbolik kepada acara itu ialah perhimpunan berskala besar lebih 1,000 NGO yang mewakili umat Islam bertempat di Stadium Shah Alam, dijadualkan 22 Oktober ini.




Pengerusi Himpun, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, program itu satu usaha untuk menzahirkan suara dan pendirian umat Islam di negara ini selepas beberapa siri percubaan memurtadkan umat Islam diadakan secara agresif dan terbuka sebelum ini.


Katanya, usaha Kristianisasi di kalangan orang Islam yang lemah dan terdedah dengan dakyah berkenaan semakin berleluasa tanpa sebarang bantahan dan sekatan daripada umat Islam.



“Mubaligh Kristian bebas memberi khidmat sosial kepada pesakit kronik di hospital, menganjurkan kelas tuisyen untuk anak orang Islam yang diwarnai ajaran agama mereka selain menyebarkan risalah secara terbuka di tempat awam,” katanya pada sidang media di sini, semalam.


Hadir sama, pengerusi bersama Himpun, Dr Yusri Mohamad dan beberapa pemimpin NGO Islam.


Mohd Azmi berkata, Himpun juga berasa terpanggil untuk menganjurkan program berkenaan kerana mengambil kira kurangnya kesatuan suara dan kejelasan sikap berhubung soal ancaman akidah umat Islam yang berpunca daripada fahaman politik dan puak.
 
Sumber : MyMetro
 
22 Oktober 2011

Sabtu

2.00 petang hingga 6.00 petang
Stadium Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

P/s : mari kita pakat-pakat sumbangkan satu ruang ( gutter ) untuk letakkan banner Himpun ni sebagai tanda sokongan :) jom ke website HIMPUN untuk maklumat lanjut .

1 comments:

Umie Nadhirah on October 11, 2011 at 12:41 PM said...

sokong2..!!

Post a Comment

Terima Kasih sebab komen, tapi komen ancaman, ugutan, hasutan akan didelete ya :).jom like fanpage facebook AF :) FB AbdulFarique.com

 

Riwayat Seorang Insan Hina Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!