Sunday, April 4, 2010

10 Kelebihan Ilmu Berbanding Harta

 Harta ini hanyalah sementara sahaja , Harta juga dapat menaikkan nama di kalangan orang-orang yang kaya raya dengan harta . Tapi , ilmu ini bukannya untuk sementara . Ianya akan dibawa juga ke akhirat kelak , Jadi yang pentingnya adalah Ilmu-ilmu yang bisa dimanfaatkan . Kehidupan memang lengkap dengan harta , tapi kehidupan tidak sempurna dengan ketiadaan ilmu yang dibimbing .

Diantara Kelebihan ilmu berbanding Harta ;

1. Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu adalah pusaka nabi-nabi, manakala harta adalah pusaka Qarun dan Firaun.




2.Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu memelihara kamu, tetapi kamu pula yang memelihara harta.



3.Ilmu lebih baik daripada harta kerana orang yang berilmu ramai taulannya dan sebaliknya orang yang berharta ramai seterunya.



4.Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu apabila dinafkahkan akan bertambah, tetapi harta pula apabila dinafkahkan akan berkurangan.



5.Ilmu lebih baik daripada harta kerana orang yang berilmu diseru dengan nama yang mulia, manakala orang yang berharta diseru dengan nama bakhil.



6.Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu tidak perlu dipelihara daripada pencuri, tetapi harta perlu dipelihara daripada pencuri.



7.Ilmu lebih baik daripada harta kerana orang yang berilmu akan diberi syafaat diakhirat nanti, manakala orang yang berharta akan dihisab hartanya.



8.Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu tidak akan binasa, manakala harta pula akan binasa.



9.Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu itu melembutkan hati dan harta pula mengeraskan hati.



10.Ilmu lebih baik daripada harta kerana yang berilmu mendakwa kehambaan dan yang berharta mendakwa ketuhanan.
 
 
Nota Ringkas Abdul Farique : Andai kata kita kaya dengan harta , tidak salah untuk kita sedekahkan pada yang tidak mampu kerana itu juga sebahagian tanggungjawab kita . Sama juga kalau kita kaya dengan ilmu , ajarkan ia kepada muslimin dan muslimah kita . InsyaAllah , kaya raya kita di Sana nanti '', .

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih sebab komen, tapi komen ancaman, ugutan, hasutan akan didelete ya :).jom like fanpage facebook AF :) FB AbdulFarique.com

 

Riwayat Seorang Insan Hina Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!