Assalam kawan-kawan. Sekarang ni bila aku blogwalking banyak blog yang jarang update dan selalu jumpa blog blog bersarang. Sebenarnya, aku juga hampir-hampir tertewas dalam dunia blogging ni. Tapi alhamdulillah masih nak teruskan lagi. Oleh kerana traffik dari SEO dan followers yang stabil, menjadi semangat untuk aku terus up to date.
Serius boring lau masuk blog yang entry tak ber'update' ni. Template blog mekap cantik-cantik. header gila style tapi entry tak berupdate, tak cun juga kan. Jadi kebetulan aku nak kongsikan tips sikit. harap anda semua boleh gunakan lah idea aku ni. Anda yang soal, update entry selalu tapi entry tak berkualiti tak bagus juga. Relax la, kadang-kadang kita ada hari jatuh juga. Macam blog ben ashaari, bukan semua entry abang ben tu hebat-hebat. Entry aku pun sama jugak la. Abang ben jangan marah.
Benar seperti yang dikatakan Saudara Farhan AJ, blogger baru pasti akan penuh idea diawal mula dan pastinya kekeringan isi apabila sekian lama. Tengok je contoh terdekat iaitu AF sendiri. Start berblogging dengan penuh idea sampai boleh buat entry untuk esok gitu. Sekarang ni serius idea dah kering. Sebab tu dari blog peribadi bertukar ke blog info dan SEO entry.
Tapi alhamdulillah. Diatas ajaran Mahaguru SEO AF, Pendekar Berkuda dan Jurulatih SEO , Syafiq Orang Melaka kini AF sedikit berjaya dan berhasil memungut penangan SEO yang menyebabkan AF berjaya naikkan nama di carian google dan laman carian lain-lain. Teringin nak jadi macam BeautifulNara.com yang femes gitu. Huhu.
Ok, bagi anda yang kekurangan idea untuk membuat entry dan meng'update' blog anda, tips AF untuk anda semua adalah :-
1) Bina Bloglist - Tengok entry terbaru rakan - Buat entry balasan/Komen dari entry rakan tadi.
2) Review blog rakan yang lain-lain . ect: review blog, entry, template, header dan lain lain.
3) Menyertai mana-mana kontest atau giveaway yang berkehendakkan entry. ( 2 dalam 1 )
4) Cari mana-mana laman web sumber info, berita dan pendidikan.
5) Ceritakan salah satu pengalaman manis atau terindah anda pada hari tersebut beserta pengajaran dan teladan.
6) Ceritakan salah satu pengalaman pahit atau buruk anda pada hari tersebut beserta pengajaran dan teladan.
7) Rajin walking kat facebook atau twitter, tengok topik hangat yang diperkatakan oleh facebooker yang ceritakan pendapat anda di entry anda.
8) Join segmen. ect : segmen dari 100penulis , ben ashaari dan lain lain.
Adess 8 je la cara-cara yang terbaik setakat ini. Satu je kena ingat. Niat tu penting. Apa yang kita sebarkan ni seolah-seolah kita telah menjadi Penyampai Radio/Pembaca berita/Penyalur Maklumat/Penceramah/Pensyarah/Guru dan lain lain lagi. Jadi apa yang kita sampai tu , niat baik + Pahala. :D
* Tahu tak kenapa AF dan bloggers Syafiq bertukar genre blog ? hehe :D
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment
Terima Kasih sebab komen, tapi komen ancaman, ugutan, hasutan akan didelete ya :).jom like fanpage facebook AF :) FB AbdulFarique.com