Tuesday, June 14, 2011

Doktor Pelatih Hilang Sejak 16 Mei Ditemui

JITRA: Seorang doktor pelatih yang dilaporkan hilang hampir sebulan ditemui selamat di sebuah pusat beli-belah di Kuantan Sabtu lalu tetapi tidak dapat menyatakan dengan jelas apa yang sebenarnya berlaku

Dr Mohd Noor Azam Mohd Nazri, 26, memberitahu pemberita di rumah keluarganya di Taman Bunga Raya di sini hari ini, bahawa sepanjang dilaporkan hilang, beliau langsung tidak sedar apa yang berlaku sehingga membawanya ke Kelantan, Terengganu dan Pahang.

"Apa yang saya tahu, saya mendengar arahan daripada satu suara yang saya tidak pasti datang dari mana. Saya rasakan kehilangan saya hanya empat hari sahaja," katanya.
Mohd Noor Azam adalah lulusan Akademi Perubatan Moscow dan sedang menjalani latihan di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar sejak Oktober tahun lalu. 

Menceritakan detik beliau ditemui, Mohd Noor Azam berkata beliau ditahan oleh seorang pengawal keselamatan di sebuah pasar raya di Kuantan kerana tidak membayar makanan yang dimakannya. 

Ketika saya ditahan, mereka telah memeriksa dompet saya untuk memastikan sama ada saya betul-betul tiada wang atau sebaliknya. Ketika mereka membuka dompet saya itu, baru saya berada dalam keadaan sedar. 

"Sebaik sahaja sedar, saya berasa sangat lapar dan letih. Kaki juga berasa sangat lenguh, mungkin saya berjalan terlalu jauh," katanya. 
Beliau dilaporkan hilang pada 16 Mei selepas dihantar ke tempat kerja oleh bapanya. 

Mohd Noor Azam berkata bahawa semasa berjalan menuju ke pejabatnya, beliau mendengar suara yang pernah didengarnya sebelum ini dan ketika itulah beliau tidak sedar apa-apa. 

Ibunya, Natrah Shaari, 52, berkata beliau menerima mengenai penemuan anaknya itu daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan semasa beliau dan keluarga dalam perjalanan ke Kuantan. 

"Kami tergerak hati untuk pergi sendiri mencari Azam di Kuantan selepas diberitahu dia ada mengeluarkan duit di sebuah mesin ATM di sana," katanya. 

Natrah berkata ketika sampai di IPD Kuantan, dia melihat anaknya berada dalam keadaan sihat tetapi pakaian yang dipakainya lusuh dan bukan miliknya. 

"Beg kerjanya juga tiada sebaliknya dia menggalas sebuah beg mengandungi berus gigi, berus sabut, kain pelikat, kemejanya yang sudah lusuh dan beberapa barang lagi yang bukan miliknya," katanya. 

Sebelum kejadian itu, Mohd Noor Azam pernah hilang dua kali tetapi kehilangannya itu hanya dua hari sahaja. - BERNAMA



Sumber : Bharian

3 comments:

nuyui a.k.a miss YUI on June 14, 2011 at 4:36 PM said...

kesiannya dia..

xguan toi yg p pedajal dia tu..

Unknown on June 14, 2011 at 4:48 PM said...

kena buatan org ni...

SITI ARFAH on June 14, 2011 at 6:06 PM said...

Kcian kt doktor pelatih tu. Mst kne pukau. Moga idop dia pasni lbih terjamin hendak-Nya. huhu

Post a Comment

Terima Kasih sebab komen, tapi komen ancaman, ugutan, hasutan akan didelete ya :).jom like fanpage facebook AF :) FB AbdulFarique.com

 

Riwayat Seorang Insan Hina Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!