Sunday, June 19, 2011

Gambar Puting Beliung Teluk Buih, Air Papan, Mersing | 18 Jun 2011 | Mersing Tornado

  
 
Angin kencang selama 10 minit turut rosakkan khemah peniaga

MERSING: “Saya hanya mampu berdoa agar puting beliung itu tidak menghala ke arah kami yang sedang berniaga kerana ngeri mengenangkan ribut memusnahkan Bazar Ramadan Melaka tahun lalu yang mengorbankan beberapa mangsa
 
 
"Doa kami dimakbulkan apabila puting beliung itu menghala ke arah Teluk Buih, tetapi tempiasnya saja sudah cukup untuk merosakkan beberapa gerai di sini,” kata Rosli Derani, 42, peniaga pasar lambak Jalan Makam, di sini. 



Katanya, ketika kejadian kira-kira jam 3.30 petang kelmarin itu, dia yang berniaga sup tulang dapat melihat dengan jelas pusaran angin bergerak menghala ke Teluk Buih sambil tempiasnya terasa sehingga ke kawasan perniagaan itu.

Walaupun puting beliung yang dilihat bermula dari Pulau Setindan berhampiran Pantai Teluk Buih itu tidak menghala ke pasar lambak, tempiasnya sudah cukup menyebabkan hampir 10 khemah peniaga rosak bersama puluhan bot gentian kaca milik nelayan yang diterbangkan angin. 


Baca Selanjutnya di : Berita Harian


Sumber dan gambar : Berita Harian


  Serius, first time aku tengok pusaran puting beliung kat malaysia.. aku selalu nampak 'waterspout' je kat padang kota lama tu. Ni first time aku dengar.. fuhh. Alhamdulillah tiada sesiapa yang terkorban semalam..

2 comments:

Unknown on June 19, 2011 at 4:02 PM said...

yeker?? ayie tak thu plak..nampak sgt tak bace berita..thnkx for the info..

p/s; ayie follow blog nie

naqiah on June 20, 2011 at 12:45 AM said...

erk.. besar nye

Post a Comment

Terima Kasih sebab komen, tapi komen ancaman, ugutan, hasutan akan didelete ya :).jom like fanpage facebook AF :) FB AbdulFarique.com

 

Riwayat Seorang Insan Hina Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!