Friday, June 17, 2011

Kes Penyelia Asmara Bunuh Pelajar Di Tangguh Lagi..

KANGAR: Mahkamah majistret di sini hari ini menangguhkan sebutan kes seorang penyelia asrama sekolah agama yang dituduh membunuh murid tahun satu, Saiful Syazani Saiful Sopfidee pada Mac lalu kerana laporan bedah siasat belum diterima pihak pendakwa.

Hanif Mohd Ali, 26, yang berasal dari Perak dituduh membunuh kanak-kanak berusia tujuh tahun itu di bilik warden asrama putera Sekolah Rendah Islam Al-Furqan, Jejawi di sini antara 6 petang dan 12 tengah malam, 31 Mac lalu. 


 
Lelaki itu dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.


Ikuti Selanjutnya berita ini di : Berita Harian

1 comments:

Afifah on June 17, 2011 at 4:32 PM said...

penyelia asrama tu waras ke tidak?
harap kalau betul sabit bersalah dapatlah hukuman yang setimpal..

suka2 hati je nak bunuh orang..hish..

Post a Comment

Terima Kasih sebab komen, tapi komen ancaman, ugutan, hasutan akan didelete ya :).jom like fanpage facebook AF :) FB AbdulFarique.com

 

Riwayat Seorang Insan Hina Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!