Lieya Juwieta Ku
Lieya Juwieta ku – Menceritakan kisah cinta diantara faizal dan lieya juwieta .
Bermulanya dari pengenalan diantara mereka yang sangat romantic dan berkahir dengan kesedihan dan kematian . Lieya juwieta seorang gadis kampung yang manis , sopan , lawa dan menjadi pujaan lelaki yang bernama faizal . Seorang lelaki yang berkerjaya dan seorang lelaki yang penyayang dan berpegang teguh pada janji . faizal dan lieya telah bercinta sehingga berkahwin . akibat kehadiran bekas kekasih lieya juwieta , hubungan rumah tangga faizal semakin jurang . apakah jalan cerita faizal dan lieya seterusnya ? saksikanlah , Lieya Juwieta ku .
Inspirasi dari Liya Juwita – Barongan .
BAB 1 – Pengenalan
Bab 2 – Semakin Lama Semakin ,
Bab 3 – Derita Dan Sengsara
Bab 4 – Surat Terakhir Dari Ku
Bab 5 – Kematian dan Kesudahan .
Disclaimers : novel ini hanya percubaan dan permulaan sahaja . tiada apa kaitan mengenai sesiapapun . setiap persamaan adalah kebetulan . jika mempunyai kesalahan , hubungi saya di facebook.com atau di Farique.suzuran@yahoo.com
Lieya Juwieta Ku ( Bab 1 )
Pengenalan ..
Faizal berkerja sebagai seorang pengurus disebuah syarikat swasta berdekatan dengan kompleks membeli belah . berusia 25 tahun . beliau juga boleh dikatakan usahawan yang Berjaya . seorang yang berpewatakan yang sederhana dan memliki raut wajah yang macho . faizal juga seorang anak yatim piatu , beliau kehilangan ibubapa dari beliau berusia 6 tahun lagi . faizal pada ketika itu dijaga sepenuhnya oleh datuk dan nenek beliau . faizal juga adalah anak tunggal hasil perkahwinan kedua ibubapanya selama 5 tahun itu.
Pada suatu hari , ketika faizal sedang berjalan menuju ke keretanya , faizal terlihat seorang gadis yang amat menarik perhatiannya . gadis itu sedang menunggu bas . beliau ingin mendekati gadis itu , tapi perasaan malu membuak-buak dalam hatinya . lalu gadis itu pergi begitu saja apabila bas tiba . Faizal dengan perasaan hampa terus membuka pintu kereta dan terus bergerak ke rumahnya . dalam senak sepi , faizal teringat raut wajah gadis itu . ternyata faizal sudah mulai jatuh cinta pandang pertama . faizal seorang yang tidak reti bercinta dan seorang yang pemalu .
Keesokan harinya , faizal keluar ke pejabat beliau dan melakukan tugas seperti biasa . hari ini hari sabtu , kerja setengah saja . kebetulan hari ini adalah hari lahir neneknya yang ke-68 tahun . beliau ingin membeli sepasang baju kurung buat nenek tercinta . sesudah tamat waktu berkerja , faizal terus bergegas ke kompleks membeli belah di sebelah syarikatnya . Beliau sambil berjalan dengan hati yang gembira , faizal telah singgah ke sebuah butik yang menjual baju kurung . alangkah gembiranya hati dia kerana sales assistant di butik tersebut adalah gadis yang dia lihat di perhentian bas itu semalam .
Dalam keadaan yang malu , faizal meminta bantuan gadis tersebut untuk memilih baju kurung yang cantik dan sopan . ‘’ beli baju kurung untuk isteri ke untuk kekasih awak ni ? ‘’ , Tanya gadis tersebut . faizal dengan malunya pun bertanya , ‘’ tak de la , baju kurung ni untuk nenek saya . saya mana la kahwin lagi , kekasih pun tak lagi . orang yang minat kat saye . hehe ‘’, kata faizal . Gadis tersebut sambil tersenyum membawa baju kurung pilihan faizal ke counter . ‘’rm250 encik’’, kata gadis tersebut . dengan senangnya faizal memgeluarkan dompetnya dan diberikan wang itu kepada gadis tersebut . setelah selesai pembayaran , faizal mula cuba bercakap dengan berani dari sebelumnya . ‘’ hmm , cik ni nama ape ek ? ‘’, kata faizal . lalu gadis tersebut menjawab ‘’nama penuh lieya juwieta , panggil lieya je ‘’, kata gadis itu . ‘’ohh lieya , sedapnya nama lieya ni . lieya tinggal dimana ? ‘’, tanya faizal . ‘’ tinggal kat kampong je , kampong ulu paya tu .‘’, jawab lieya .
Lalu kebetulan dalam masa itu , butik itu dikujungi ramai orang . jadi lieya kurang melayan faizal . tapi faizal tetap menunggu lieya untuk bertanya sesuatu .dia menunggu di luar butik. faizal sudah mula berani mendekati wanita . apabila butik tersebut kembali sunyi , faizal masuk semula dan terus menuju ke lieya . ‘’ lupa saya nak Tanya , ‘’awak umur berapa ? boleh tak saya nak nombor fon awak ? saya Cuma nak berkawan dengan awak je . ‘’, Tanya faizal . lieya dengan bersikap terbuka menjawab ‘’ umur saya 24 tahun , hmm boleh je , 01240616000 , tapi awak jangan call selalu k . nanti family saya marah ‘’, . ‘’ awak takut family ke takut kat boyfriend awak nie ‘’, kata faizal . ‘’ sorry ye , saya takda boyfriend dan tiada masa untuk semua ni’’,jawab lieya ‘’, ohh awak rugi , xpe la . saya kena balik dah . nanti kita sembang-sembang lagi k . assalamualaikum’’, Kata faizal . lalu faizal dengan hati yang senang , membawa bungkusan baju kurung it uterus ke keretanya .
Setelah sampai ke rumah , faizal terus menuju ke dapur untuk melihat hidangan yang dimasak oleh neneknya . ‘’ maaf le faizal , nek masak ni je hari ni . nek letih hari ni , orang gaji kamu yang balik cuti , nek orang je la kena buat semua ‘’, Kata nenek . Faizal melihat nenek dengan penuh simpati , mempimpin nenek ke ruang tamu . sambil melihat datuknya duduk terbaring menonton tv . ‘’ nenek , nahh . surprise . selamat hari lahir nek ! ‘’, kata faizal sambil memberi baju kurung yang dibelinya tadi . ‘’ wahh cantik ya , mesti mahal ni . terima kasih cu ‘’, kata nenek sambil tersenyum . ‘’kat nenek je faizal beli ? kat atok xde ke ? ‘’, kata atuk faizal sambil bergurau . ‘’ada atuk , nah tomyam campur . atuk ngn nenek kan suka . tp xleh makan selalu k , t sakit plak ‘’, kata faizal sambil menghulurkan tomyam itu kepada nenek .
Lalu faizal sekeluarga menjamu makanan yang dimasak neneknya dengan tomyam itu . sesudah itu mereka pun solat waktu maghrib berjemaah . sesudah itu , faizal terus ke biliknya dan teringat tentang gadis yang bernama lieya juwieta tu . ‘’ aku nak telefon dia ke tak nak ni ? japg aku fon kacau plak . hmm fon je la ‘’, bisik faizal . lalu faizal terus menghubungi lieya ,
Faizal : assalamualaikum , lieya
Lieya : waalaikumsalam , ni sapa ek ?
Faizal : ala , ni faizal la . kan petang tadi kite dah berkenalan ..
Lieya : ohh , maaflah . tak kenal number awak .
Faizal : tak apa . saya menganggu ke ?
Lieya : ehh , takde la . saya baru lepas makan je .
Faizal : ohh , awak da sampai rumah ke ?
Lieya : a’ah .
Faizal : ok alhamdulillah . awak esok kerja ke ?
Lieya : hari ahad , staff kerja kedai ni mana ada cuti . . keja la .
Faizal : oh yeke , hmm balik pukul berapa ?
Lieya : pukul 5 ptg . kenapa ye ?
Faizal : saya ingat nak ajak keluar .. itu pun kalau sudi .
Lieya : hm , ok la . tapi kejap je k . saya kena balik awal nanti family bising .
Faizal : ok,ok . no problem . saya hantar awak balik sekali k .
Lieya : ehh , takpe saya boleh balik naik bas . anyway , kita nak ke mana ?
Faizal : takpe , saya bawa awak keluar saya la kena hantar awak balik . kita pergi makan nak ?
Lieya : ok la . pergi makan ke ? ok la . esok saya call awak k .
Faizal : ok terima kasih lieya . assalamuaikum . bye .
Lieya : waalaikumsalam . sama-sama awak . bye jugak .
Setelah tamat perbualan itu faizal dengan hati gembiranya , terus keluar dari bilik dan menonton tv bersama nenek dan atuknya . setelah sudah melakukan aktiviti harian , pada tepat pukul 11.00 malam . faizal terus ke biliknya dan teringat raut wajah lieya juwieta . sehinggalah faizal terlena . Keesokan harinya faizal bangun pada pukul 5.30 pg dan terus sembahyang waktu subuh . setelah selesai sembahyang faizal bergegas bersama-sama datuk dan neneknya ke taman untuk berjogging dan bersenam . setelah itu faizal balik ke rumah , lalu faizal terus mandi . sesudah mandi , faizal terus tertido akibat keletihan . faizal terjaga pada pukul 4.00 ptg . teringat akan temujanji beliau dengan lieya juwieta . lalu faizal terus bergegas mandi dan bersiap .
Sampai di kompleks itu , faizal terus menuju ke butik lieya . lieya sudah pun bersedia untuk keluar bersama-sama faizal . lalu faizal membawa lieya ke sebuah restoran di kompleks tersebut . sambil makan , faizal pun bertanya ‘’ hm boleh tak kalau kita berkawan ?’’ Tanya faizal . ‘’ boleh la . ape la faizal ni . kalau tak , buat ape lieya jumpa dengan faizal ‘’, jawab lieya sambil tersenyum . ‘’ bagi respond Nampak lieya ni ‘’, bisik faizal sambil tersenyum . mereka pun bercakap lebih lama disitu . dan sesudah makan , faizal pun menghantar lieya pulang . sesampai di rumah lieya , terlihat mak dan ayah lieya menjenguk ke luar rumah dari jendela . faizal terus dijemput naik ke rumah lieya oleh lieya . lalu faizal bersalam-salaman dan memperkenalkan dirinya kepada keluarga lieya . lieya mempunyai 4 adik beradik . lieya yang ke -2 . yang pertama abangnya , lee 28 tahun. yang ketiga liena 22 tahun dan yang keempat liesa 19 tahun .
Keluarga lieya sememangnya keluarga yang baik , bersopan santun dan bercakap lembut . ‘’kamu kerja ape ?’’, Tanya ibu lieya . ‘’ staff kat office je makcik’’, jawab faizal . dalam masa yang sama , faizal menyembungikan identitnya sebagai pengurus besar syarikat beliau . faizal berazam akan memyembungikan kekayaan beliau sehingga kalau ditakdirkan faizal dan lieya berkahwin . faizal memang menyimpan perasaan buat lieya . faizal tak mahu lah lieya juga jatuh cinta padanya semata-mata diatas harta faizal. Setelah habis berkenalan dengan keluarga lieya , faizal terus pulang ke rumahnya .
Setelah 3 bulan faizal dan lieya berkawan , faizal sudah mula jatuh hati dan cuba untuk meluahkan perasaan faizal kepada lieya . suatu hari , entah bagaimana , faizal telah berani memegang tangan lieya kerana lieya hamper terjatuh ketika berjalannya . lieya bagaikan tersentak dan terkejut akibat tangannya dipegang oleh faizal . lieya sambil tersenyum mengucapkan terima kasih kepada faizal kerana menyelamatkannya dari terjatuh . pada suatu hari , faizal telah membawa lieya ke sebuah taman . dalam keadaan yang malu , faizal mengeluarkan sebentuk cincin di poketnya .’’ sudi kah kalau awak menjadi milik saya ? sudikah awak menjadi kekasih saya ?’’, faizal dengan beraninya bertanya . lieya duduk malu diatas kelakuan faizal . faizal menggasak soalan itu berulang-ulang lagi . ‘’ hm , awak , hmm sebenarnya saya pun nak camtu jgak tapi saya nak anggap sebut dulu . saya takut saya ni bertepuk sebelah tangan je . rupanya awak pun simpan perasaan tu kan’’, kata lieya sambil tersengih .
Faizal dengan senang hati apabila mendengar kenyataan lieya terus menyarungkan cincin itu di jari manis lieya . lalu mereka berdua telah menjadi sepasang kekasih . faizal selalu menghantar dan mengambil lieya dirumah ke tempat keja . membeli hadiah untuk lieya . keluar berjalan-jalan dengan lieya . makan bersama-sama dengan lieya . lieya segalanya bagi faizal . pada suatu hari , lieya pun bertanya kepada faizal .’’ zal , bila zal nak bertunang ngn lieya ?’’, Tanya lieya dengan soalan cepumas nya . ‘’ uiks , lieya betul ke ni ? lieya betul-betul nak ke ni ? zal tak kesah tapi lau nak tunang biar beberapa bulan sudah la . zal tak nak tunggu lama-lama . hehe ‘’, jawab faizal . ‘’ ok , lieya tak kisah asalkan zal setuju je ‘’, jawab lieya sambil bergembira . lalu diatas persetujuan keluarga lieya , faizal dan lieya telah pun bertunang selama 4 bulan .
Pada bulan yg 2 sebelum mereka diijab kabulkan , faizal telah kehilangan atuk dan neneknya yang terkorban ketika kereta milik atuknya dilanggar sebuah lori tanah . dulunya arwah ibubapa faizal juga pergi meninggalkannya akibat kemalangan . kini atuk nenek faizal mengikutinya . alangkah sedihnya faizal disaat ini . faizal meratapi pemergian arwah atuk dan neneknya . kini faizal kembali sepi . faizal hanya bertemankan lieya untuk menjalani kehidupan ini . Sesudah 4 bulan tarikh pertunangan mereka , faizal dan lieya kini diijab kabulkan sebagai sepasang suami isteri , lieya lah menjadi penawar duka faizal .
Bersambung….
( Lieya Juwieta Ku bab 2 )
Lieya Juwieta ku ( Bab 2 )
Semakin lama semakin …
Kini lieya dan faizal telah dikurniakan cahaya mata mereka yang pertama , nurul fazrieya anis bt mohd faizal . diatas kelahiran fazrieya , faizal masih menyimpan rahsia kekayaan beliau daripada lieya . tetapi hidup mereka tidaklah sesusah mana . apa yang diminta lieya , pasti faizal akan makbulkan . kadang-kadang lieya menajdi hairan dari mana faizal memiliki wang untuk memenuhi permintaan , apa yang dijawab faizal , pinjam . ‘’lieya , sekarang lieya dah jadi mama tau , hehe , lieya , zal sayang dan cintakan lieya sampai zal mati , zal akan jaga lieya sampai zal mati ! zal janji ngn lieya ! zal tak kan kahwin lain ! ‘’, kata faizal kepada isterinya . lieya hanya tersenyum sambil mengucup tangan faizal .
Selama 3 tahun mereka mendirikan rumah tangga , rupanya jurang sudah mula muncul . lieya tidak mahu menjadi suri rumah dan lieya hendak berkerja . katanya jemu tinggal dirumah . pada mulanya faizal tak mengizinkan tetapi tiap-tiap hari lieya mengulangi kenyataan yang sama , faizal izinkan saja . faizal mengambil seorang pembantu rumah baru , nenek tunggal berusia 48 tahun warganegara Malaysia .
Lieya mendapat kerja disebuah pejabat sebagai setiausaha . hubungan lieya dengan faizal makin jurang . lieya jarang pulang ke rumah , alasannya overtime dan ke oversea . tiap-tiap hari begitu . hanya sebulan sekali dua saja lieya pulang ke rumah . faizal dengan biasa saja , senyum . tapi dalam hati , marah . faizal menjadi pelik dengan perangai lieya , jarang bercakap , cepat panas baran , dan yang buat faizal bengang , lieya kerap bercakap telefon dengan seseorang sehinggalah 2 jam bercakap dan kerap bersms dengan seseorang . bila ditanya , jawapannya sama , fon klient . faizal hanya menggelengkan kepala . faizal pasti ada sesuatu yang kena dengan lieya ni . sesudah 2 bulan faizal bersabar dengan sikap lieya , lieya mula berubah , lieya berhenti kerja disitu dan kembali menjadi suri rumah . faizal bersenang hati dengan perubahan sikap lieya itu .
Rupa-rupanya , ada udang disebalik batu . lieya sering keluar ketika faizal berkerja dan pulang 1 jam sebelum faizal pulang . semuanya dicerita oleh mak jah itupun setelah dipaksa , pembantu rumah faizal . faizal fikir mungkin itu kawan-kawannya . faizal tak endahkannya sahaja . satu hari , faizal terpaksa pulang lewat kerana tugasnya dipejabat terlalu sibuk . faizal balik pukul 11 malam . faizal terpaksa kerana berjumpa dengan klient wanitanya . ketika itu lieya masih menunggu faizal , sesampai faizal dirumah . lieya terus menuju ke arahnya . ‘’ pukul berapa baru balik ni ?? keluar dengan betina pulak ?’’, Tanya lieya . ‘’, astaga , agak-agakla lieya , zal busy sikit kat pejabat tu . maaflah ‘’, jawab faizal sambil terkejut dengan soalan isterinya itu . ‘’ kau jangan cuba lindungi agenda kau kat aku k , kawan aku bagitau kau keluar dengan perempuan mane ntah , kau ape hal ? dulu aku balik lambat kau bising , skank ni !!! ‘’, jerit lieya .
Faizal dengan penuh kesabaran menjawab ‘’, zal jumpa client je tu . kalau lieya tak percaya amik no fon dia , lieya Tanya kat dia sendir . lieya sabar la zal xcurang ngn lieya la ‘’, jawab faizal . ANAK MEREKA HANYA MENANGIS DIRUANG TAMU KERANA KETAKUTAN . LALU FAZRIEYA DIBAWA OLEH MAK JAH KE BILIK MAK JAH . MAK JAH JUGA NAMPAK KETAKUTAN . ‘’ kau fikir aku adik-adik kau ke bodoh ? kau tak payah tipu aku k . selama ni kau byk main pompuan . member aku dah cita smua la . aku dah fedup ngn kau , aku benci kau jantan s.AL . kau blah la . ceraikan aku , aku x nak lelaki macam kau ni ! MUKTAMAD ! CERAIKAN AKU ! ‘’, JERIT LIEYA . FAIZAL DALAM KEADAAN TERKEJUT DAN SEDIH BERKATA ‘’ LIEYA , LIEYA INGAT TAK JANJI FAIZAL DULU MASA LIEYA LAHIRKAN FAZRIEYA , ZAL DAH JANJI , ZAL SYG LIEYA SORANG JE , ZAL CINTAKAN LIEYA SORANG JE , ZAL TAK KAN KAWEN NGN PEREMPUAN LAIN KECUALI LIEYA , ZAL AKAN JAGA LIEYA . ZAL TAK LUPA SEMUA ITU LIEYA . ITU JANJI ZAL ! ‘’, JAWAB FAIZAL . ‘’ AKU TAK NAK AMIK TAU PASAL TU , KATA-KATA KAU MACAM BUDAK-BUDAK . DEPAN CAKAP LAIN , BELAKANG CAKAP LAIN .
Faizal yakin ini semua adalah agenda lieya nak meminta cerai daripada faizal . faizal telah terdengar perbualan lieya yang berjanji dengan seseorang agar membuatkan faizal menceraikannya . faizal cuba bertanyakan hal sebenarnya mengapa buat begini kerana faizal tahu perkara itu . lieya yang Nampak kaku dan terkejut berkata ‘’ itu bukan hal kau . tinggalkan aku . ceraikan aku ! tolong ceraikan aku sekarang!!!’’, jerit lieya bagaikan dirasuk 7 hantu . faizal masih tidak menyebut kata cerai kepada lieya lagi , faizal menuruti kata-kata lieya untuk dihantar pulang ke kampungnya . faizal , lieya dan fazrieya bertolak sekali menaiki kereta faizal . sesampai di rumah . faizal dihalang naik oleh lieya . lieya menceritakan sesuatu kepada keluarga dia . tiba-tiba abang lee dan kawan-kawan datang kepada faizal dan membelasah faizal . habis muka faizal lebam sana sini . faizal bertanya ‘’ abg , kenapa pukul saya ?? apa salah saya ?? ‘’, Tanya faizal . ‘’kau balik kau fikir sendiri apa masalahnya ! aku nasihat jgn curang adik aku , kau curang jgak ! kau blah sebelum aku bunuh kau ‘’, jawab abang lee .
Faizal dengan serba salah berjalan bercapik-capik ke keretanya apabila orang tua lieya sudah tidak mengambil tahu tentang faizal lagi . faizal fikir dah habis , rupanya faizal dicekik dari belakang oleh abg lee dan abg lee memaksa faizal melafazkan kata cerai kepada adiknya . abang lee memang tak suka kalau anak mempermainkan adiknya tapi faizal tak begitu . akhirnya faizal yang sedang sesak nafas akibat dicekik akhirnya terpaksa akur dan melepaskan lafaz cerai talak 1 buat lieya . dari segi raut wajah lieya , terukir kegembiraan diatas senyumannya ketika faizal terpaksa melafazkan cerai . fazrieya dituntut faizal di mahkamah tapi rayuannya ditolak . faizal kembali hidup sepi . kini semua yang faizal sayangi telah pergi .
Faizal hanya mengesat airmatanya ketika terkenang memori bersama-sama lieya . Kini faizal berubah sikap menjadi seorang yang kerap murung , kerap bersendirian dan kerap menangis . rumah teres 2 tingkat milik faizal itu disekedahkan kepada mak jah yang selama ini hidup merempat setelah ditinggalkan anak-anaknya . faizal telah pun berpindah rumah di pulau pinang . Syarikat milik faizal tersebut telah berpindah ke pulau pinang . setelah 3 bulan tanpa berita lieya , akhirnya adik lieya , liena telah memberitahu lieya telah berkahwin dengan bekas kekasihnya dahulu . liena juga menghantarkan gambar2 perkahwinan lieya bersama-sama suami barunya , zairi . dengan perasaan hampa dan kecewa , faizal terus bersedih lagi . bergenang airmata faizal . Maka benarlah sangkaan faizal , lieya masih berhubung dengan bekas kekasihnya yang sekarang ini suaminya masa faizal dan lieya berkahwin dahulu . apalah nasib faizal .
Pernah sekali faizal tereserempak lieya ketika faizal ke sebuah kompleks membeli belah dahulu , faizal cuba mengekori dan faizal telah kantoi dengan lieya sehingga lieya memberi penampar dan memaki hamun faizal didepan orang ramai . selama 3 tahun penceraian mereka , faizal tidak jatuh hati dengan mana-mana perempuan dan faizal hanya ingat lieya , lieya dan lieya sahaja . setiap hari raya aidilfitri faizal pasti akan ke rumah lieya untuk melihat lieya dan anaknya . Tapi faizal tidak disambut malah dipukul , dibelasah dan dimaki hamun oleh suami lieya , lieya dan abang lee didepan sanak saudara lieya yang mengunjungi rumah lieya . malunya faizal , tetapi faizal tak endahkan itu , biarkan dipukul sekuat mana pun , asalkan faizal dapat melihat lieya dan fazrieya . itulah makna hari raya aidilfitri bagi faizal . faizal juga tiap-tiap bulan tidak lupa bank in duit nafkah zahir untuk lieya .
Perkahwinan lieya dan zairi tidaklah sekuat mana , lieya baru mendapat tahu zairi seorang kaki judi , kaki perempuan dan kaki botol . zairi hanyalah memakai topeng ‘manusia’ selama 3 tahun sahaja dan selepas itu zairi melepaskan pekung didada . zairi yang dahulu kerja sebagai room manager di sebuah hotel kini sudah dibuang . zairi sibuk bermain judi tanpa memikirkan lieya , balik ke rumah saja , mesti barang-barang bergharga lieya dikebasnya serta duit-duit fazrieya dan duit-duit nafkah zahir dari faizal terpaksa diberika kepadanya . abang lee tidak mahu berbuat apa-apa lagi kerana zairi banyak berjasa dengan abang lee dan abang lee risau , zairi adalah ketua kepala samseng di kampong tersebut . Kadang-kadang bila zairi xdapat duit dari lieya , pasti lebam muka lieya dibelasah zairi . lieya tak mampu berbuat apa-apa lagi …
Pada suatu hari ketika itu 2 hari sebelum raya aidilfitri yang keempat bagi faizal , ketika zairi betul-betul perlukan duit akibat kekalahan judi tetapi tidak dapat duit dari lieya , zairi telah bernekad mahu memberikan lieya kepada kawannya yang menang itu sebagai sajian yang hadiah kemenangan . lieya memberontak , tapi lieya tak mampu berbuat apa-apa , mak dan ayah lieya cuba Bantu lieya akhirnya mereka juga dibelasah . abang lee tiada di kampong masa tu , Setelah lieya dibawa oleh zairi untuk kawannya , lieya didapati tidak pulang ke rumah seclass="MsoNormal" style="color: black; text-align: justify;">
Bersambung…
( Lieya Juwieta ku Bab 3 )
Liya Juwieta ku ( Bab 3 )
Derita dan Sengsara …
Faizal dalam keadaan terkejut terus mencari lieya , atas dasar cintanya . faizal hanya menggunakan find finder dari nombornya . didapati berada di pulau pinang . faizal mencari di merata tempat di sekitar kawasan yang tertera itu . berkat doa faizal , faizal Berjaya temui lieya hasil maklumat dari kawan faizal , seorang perkerja maxis center . faizal dapat trace nombor lieya . faizal nekad terus bergegas ke kawasan itu seorang diri . akhirnya faizal telah memilih rumah yang tepat .
Faizal pada mulanya terdengar bunyi perempuan menangis yang tersekat-sekat dirumah itu . pada mulanya faizal buat-buat bertanyakan alamat . apabila pintu dibuka faizal terus mendengar bunyi tangisan itu kuat sedikit . daripada nak Tanya alamat faizal terus terajang pemuda itu . didalam rumah itu mempunyai 5 lelaki . habis semua lelaki dibelasah oleh faizal . sahh! Lieya lah itu . faizal terus membuka ikatan di badan lieya dan faizal mendukung lieya ke kereta faizal . dalam perjalanan untuk keluar itu , tiba-tiba pedang samurai melibas ke arah lengan kiri faizal . terbelah lukanya . faizal dalam kesakitan menggunakan kudrat yang ada untuk melawan samseng itu . akhirnya samseng itu tumbas .
Lieya terus pengsan disebalik melihat luka yang terbelah di lengan kiri faizal . lieya memang begitu , pantang tengok darah . faizal dengan perasaan simpati terus membawa lieya ke rumah orang tuanya . sesampai ke rumah orang tuanya . faizal disambut oleh sanak saudara lieya yang khuatirkan keselamatan dia . faizal tidak memandang sesiapa , hanya mencari wajah anaknya saja di rumah lieya .’’mana rieya ? mana rieya ni ?’’, bisik hati faizal . tiba-tiba faizal terpandang abang lee yang berjalan menuju ke arahnya . faizal mulai rasa seriau terus masuk ke dalam kereta dan terus bergerak keluar dari rumah lieya . faizal seriau keran risau dibedal lagi . sebenarnya abang lee menuju ke faizal mahu untuk berterima kasih dan meminta maaf tapi disalah sangka oleh faizal . ketika faizal didalam perjalanan untuk pulang kerumahnya . faizal telah mengalami kemalangan . kereta faizal telah terjatuh kedalam gaung kerana mengelak daripada sebuah kereta di arah berlawanan yang membawa kereta di situ .Berita mengenai kemalangan faizal tidaklah seheboh mana , faizal koma di wad ICU selama lima hari .
Setelah lieya sedar dari pengsan , lieya terus bertanyakan dimana faizal kepada semua orang disekeliling tu , tapi jawapan mereka , faizal dah balik . ‘’ mula-mula abang tengok faizal macam cari sesuatu . dia dok mengintai intai kat rumah kita . abang yakin yang dia nak tengok rieya . niat abang menuju kat dia sebab abang nak berterima kasih dan minta maaf kat dia pastu abang nak ajak dia naik atas , jumpa rieya , tapi dia terus lari . dia salah sangka la tu . mungkin dia takut kat abang rasanya . maafkan abang dik kalau cara abang ni salah. takpa nanti kita cari dia k ‘’, kata abang lee dengan wajah yang bersalah . lieya terus mengalirkan airmata . Lieya mulai risau , kalau-kalau samseng-samseng tadi cari dia . tetak dia , libas dia dengan pedang . lieya terus menangis tanpa henti . lieya pun menceritakan hal sebenarnya , Lieya minta cerai bukan sebab faizal curang , tapi sebab bekas kekasihnya . lieya masih ada hati dengan bekas kekasihnya walaupun lieya dan berkahwin dengan faizal .
Ayah , mak , sanak saudara lieya terkejut dengar pengakuan lieya itu . lieya merayu-rayu meminta maaf diatas kesalahan itu . lieya langsung tak senang duduk apda malam tu sebab terlalu risaukan faizal . lieya cuba menghubungi no faizal tapi tak dapat . selama lieya berkawan , bertunang dan berkahwin dengan faizal , faizal tak pernah tutup fon tapi kali ini , tak dapat . lieya sangat bimbang . akhirnya lieya tertidur jua akibat mengantuk . tapi akibat terlalu risau lieya terjaga apabila photo frime perkahwinan lieya dan faizal terjatuh dari dinding . lieya merasai ada sesuatu benda buruk berlaku .
Pada malam esoknya hari raya aidilfitri itu , ketika orang muslim sedang membuat persediaan menyambut hari raya aidilfitri pada keesokan hari , lieya bergegas ke pulau pinang mencari faizal . akhirnya apabila lieya berjumpa dengan kawan-kawan faizal , lieya telah diberitahu bahawa faizal berada di icu hospital pulau pinang kerana kemalangan . sudah 2 hari faizal koma . lieya hamper pengsan apabila mendengar berita tersebut . lieya terus bergegas ke hospital dan mencari faizal akhirnya lieya bertentang muka jua dengan faizal . tapi faizal dalam keadaan tidak sedar , kesan-kesan lebam pada badan-badannya dan mukanya membuatkan hati lieya runtuh . lieya terus menangis apabila melihat keadaan faizal yang 50-50 itu ,
Doktor kata , faizal mengalami kecederaan dalaman . dalam otaknya ada darah beku . bukan 50-50 tapi 10-90 jangka hayat untuk hidup . faizal juga hanya menggunakan oksigen bantuan untuk bantuan pernafasan . faizal mengalami kesan impak akibat terjatuh dari gaung yang tinggi .’’zal bangun zal , jangan buat lieya macam ni . lieya nak zal bangun , tolong zal lieya tak sanggup tengok zal camni . zal lieya merayu , lieya xsanggup . bangunlah zal’’, berkata lieya yang sedang menangis teresak-esak sambil mengoyang-goyangkan badan faizal . ternyata , ianya tidak memberi kesan kepada faizal .
Lalu ishak , kawan kepada faizal yang datang melawat faizal di hospital dan juga kawan kepada lieya terkejut melihat lieya disisi faizal . ‘’lieya kau bukan ke dah cerai ngn zal , bukan ke kau dah tak nak tgk dia ??? apesal kau datang jgak ?’’, kata ishak kepada lieya . lieya tak mampu menjawab apa-apa soalan yang ishak . lieya terus menangis . ishak mula malas bercakap byk , terus memberikan sesuatu kepada lieya . ‘’nah ni zal amanah kan untuk aku suruh bagi kat kau lieya . aku ingat nak post laju esok . alang-alang kau dah ada , kau baca lah’’, kata ishak . lieya terus menyentap sampul itu dan …
Bersambung…
( Lieya Juwieta ku BAB 4 )
Lieya Juwieta ku ( Bab 4 )
Surat terakhir dari ku …
Dalam suasana hening yang sepi , lieya pun terus membuka sampul itu dan membaca surat tersebut :-
‘’ Buat bekas isteri yang tercinta , lieya . apa khabar kamu ? aku harap sihat-sihat saje la . dah lama aku tak tengok kamu . aku rindu…
Anak kita macam mane ? sihat x ? aku rindu kat dia … aku dah bank in duit untuk kamu dan anak kita . nanti senang kamu nak beli apa-apa . kereta yang ter’parking’ kat depan rumah kamu tu , adalah kereta kamu . aku belikan , aku tengok kamu asyik berjalan kaki saja . aku Cuma takut ada apa-apa jadi kat kamu saja . aku tak nak ada benda buruk berlaku kat kamu . aku sayang kamu …
Lieya , aku berterima kasih sgt-sgt sebab bagi aku rasa apa itu cinta dan kasih sayang walaupun sekejap saja aku dapat rasa . aku dah anggap ape yang kamu buat kat aku dulu tu , macam debu je . aku dah tiup . aku tak kesah , memang layak insan biasa macam aku ni terima macam tu . apa nak buat , bukan salah kamu . ini takdir aku . maaflah aku ganggu kamu , aku Cuma .. sepi . aku kesunyian …
Kadang-kadang time aku sorang-sorang kat rumah ni , aku kerap tengok album kamu . . entah la , aku Cuma rindu kamu sgt-sgt . kamu jangan marah . cincin perkahwinan kita , aku masih simpan . gambar2 masa kita kahwin dulu pun masih simpan . aku masih ingat lagi , kamu suruh aku buang semua itu , bakar smua tu , maaflah lieya , aku tak sanggop . aku tak sanggop bakar gambar kamu sebab pengganti kamu kat sisi aku ni , hanya gambar kamu saja . aku dah tak dak kamu lieya …
Aku tahu , walaupun mengalir airmata darah aku sekalipun , kamu takkan kembali untuk aku kan … aku redha lieya , aku anggap benda ni hanyalah mimpi buruk aku . tapi , masalahnya aku tak dapat lupakan perempuan yang aku kahwini dalam mimpi buruk aku tu …betul kata kamu lieya , aku bodoh . aku selalu kena belasah dengan abg kamu , sebab aku bertandang kat rumah kamu semata-mata nak tengok kamu dan anak kita …aku ikut kamu dari belakang dan kantoi dengan kamu , sampai aku kena penampar kat depan orang ramai , aku kena maki ngn kamu . hehehe , aku takut kalau ada orang datang buat benda tak elok kat kamu ja …kamu jangan salah faham …
Lieya , semenjak kamu takde , aku tak lalu nak makan nasi da . aku hanya mengidam nasi ayam yang kamu suka masak seminggu 4 kali tu . aku kempunan . katil yang dulu kita selalu tidur skali tu , sekali pun aku tak usik cadar katil tu , tak basuh cadar katil tu dan aku tak tido kat katil tu sebab aku takut bau kamu hilang . Aku Cuma ada yang tu ja . aku dah tak dapat bau kamu macam dulu da . macam-macam kan aku ni .
Lieya , aku teringat masa kamu lahirkan fazrieya dulu . aku tengok muka kamu masa nak beranak dulu , aku Nampak kamu berusaha dan kamu berjuang semata-mata fazrieya . aku respect kamu . pastu masa kamu letih selepas bersalin , aku la kena masak , aku basuh baju , kena kemas rumah , tolong bawa kamu pergi mandi , dodoikan anak dan kamu-kamu skali lena . aku rasa macam aku lak isteri . hehe , indahnya masa tu .
Lieya maafkan aku,
Lieya , hati aku hanyalah untuk kamu . tiada mengubat luka-luka aku ni selainkan kamu yang merawatnya . walaupun kamulah yang menghiris hati aku ni . Mungkin inilah dosa-dosa aku selama ni balasan di dunia . warkah ni adalah yang terakhir saja dari aku . lepas ni aku tak boleh kacau kamu da , aku tak boleh datang rumah kamu da , aku tak boleh ikut kamu dari belakang da dan kamu tak dapat penampar aku da , kamu tak dapat maki aku da , abg dan kawan2 abg kamu tak dapat belasah aku da .. aku pun tak tau kenapa camtue dan aku pun tak tau kenapa aku cakap macam ini . aku sendiri pun pelik .
Lieya , lepas ni kalau kamu terasa nak cari aku ke terasa rindu aku ke , kamu lupakan je la . rileks suda . hehe , tapi tu kalau lah …aku rasa kamu tak nak cari aku dah kot . buat semak je aku ni babe . hehe . kamu jaga diri elok-elok , jaga anak kita elok-elok . kalau dia dah besar , jangan bagitau aku ni daddy dia . kamu kata zairi tu daddy dia k . aku taknak dia ada bapa yang seteruk aku ni .
Lieya , kau lupakan aku terus k sebab lepas ni aku mesti hilang dari pandangan kamu dah . kalau aku dah mati nanti , aku tak nak kau datang kubur aku , aku tak nak kau melawat kubur aku , siram air mawar ke ape ke , Bukan sebab aku benci kat kamu , tapi aku takut aku tambah tersiksa dalam kubur tu nanti . siksa sebab aku Nampak kamu lagi . aku nanti bertambah rindu …kang malam-malam aku keluar dari kubur g umah kamu baru kamu tau . ahakss ,
Baiklah lieya , aku tak nak la tulis panjang2 sgt , aku takut kamu tak larat nak baca pastu koyak plak macam hari tu . hehe , lieya , take care …I love u so muchhh , forever seperti mana yang aku janji kat kamu dulu . I miss you so muchhh , take care dear .. hmm bye . good bye darling……
Ikhlas dari ,
INSAN HINA . ‘’ .
Berderai airmata lieya menahan kesedihannya . lieya benar-benar menyesal dengan apa yang dilakukannya selama ini . lieya tersalah pilih pasangan . lieya menyesali perbuatannya . lieya terus mengoyang-goyangkan badan faizal . faizal kelihatan pucat dan badannya semakin sejuk . kedengaran takbir raya mengoyangkan hati hati lieya . ‘’ dah la lieya , mari lah balik . kita sembahyang hajat untuk zal . mudah-mudahan dengan berkat tuhan , zal sembuh . jom lieya ‘’, pujuk mak lieya . mula-mulanya lieya endah tak endah ja . lieya tak puas tatap wajah faizal . akhirnya setelah berkali-kali dipujuk . lieya pun balik ke hotel yang baru diorang check in petang tadi . setiap 10 minit skali , lieya berdoa . sampai teresak-esak . adik lieya , lisa merasai kesedihan kakaknya , ..
Bersambung …
( Lieya Juwieta ku Bab 5 )
Lieya Juwieta Ku ( Bab 5 )
Kematian dan Kesudahan
Lieya berada diambang rindu . lieya mula teringat kata-kata manis beliau ketika bercinta dengan faizal dulu , lieya berjanji akan menjadi isteri yang soleh dan akan menjaga makan minum faizal ketika kahwin nanti . tapi setelah semua ini berlaku , lieya telah melanggar janjinya . lieya dihantui rasa bersalah kepada faizal .lieya memang untuk faizal , hati lieya dan mata lieya kini hanya berpaling untuk faizal saja . pengalaman dan kesilapan lieya dahulu telah lieya perbaiki . Zairi telah ditahan oleh pihak berkuasa kerana memiliki 1 kg ganja didalam simpanan beliau . sejahat-jahat zairi , zairi bukanlah seorang penadih dadah . tetapi akibat diperdaya oleh rakan-rakan judi beliau , zairi membantu menjual ganja secara tertutup diatas niat berkerja . akhirnya zairi bakal menerima hukuman gantung sampai mati diatas kesalahan akta dadah merbahaya itu .
Bila diajukan soalan tentang zairi kepada lieya , jawapan lieya , tak tau tak tau . lieya sudah benci dengan manusia yang bernama zairi itu . ‘’ Dah la kak , jangan lah termenung macam ni , tak elok kak . insyaAllah abg faizal selamat , doakan kat dia kan lagi bagus dari kak termenung camni ‘’. Kata liesa . lieya tersentak atas nasihat adiknya . terus beliau bersembahyang hajat dan berdoa untuk faizal sehinggalah lieya tertidur . ‘’hari ni hari raya aidilfitri, sepatutnya hari ni faizal mesti akan datang tgk fazrieya ngn akak kan’’, liesa memecang kesunyian lieya . hati lieya mula luluh mendengarnya . setelah sudah melakukan adat pada hari raya aidilfitri di sebuah hotel , lieya sekeluarga terus bergegas ke hospital untuk melihat keadaan faizal .
Masa dalam perjalanan , lieya berasa tak sedap hati . lieya risau jadi apa-apa kat faizal . Setelah sampai di hospital , lieya-lah orang pertama berlari menuju ke bilik wad faizal . apa yang lieya lihat sama , faizal tiada perubahan . faizal dah koma tiga hari dah . lieya terus resah . ‘’ sabar lah lieya , nak buat macam mana , da takdir je mcm ni . lieya menangis ni buat apa , kesian kat dia . rasa sedih . bagilah dia berjuang dulu untuk bangkit semula ‘’, kata mak lieya . lieya hanya senyap saja . lieya memang banyak berubah . daripada seorang yang ceria , banyak bercakap , degil , pelawak menjadi seorang yang kerap termenung , kerap menangis , pendiam , hilang selera makan . sikap pelik lieya adalah dia masak nasi ayam hanya untuk dua orang dan dia akan duduk bagaikan menunggu seseorang balik . kesiannya lieya ..
Masa melawat telah pun tamat . lieya terpaksa pulang . lieya merenung ke wajah faizal seperti tak puas hati kerana tak dapat melihat faizal senyum , tak dapat lihat faizal gelak . lieya terus melangkah pergi meninggalkan katil faizal . sesampai ke hotel , lieya hanya makan biskut dan roti saja . nasi bungkus yang dibeli di kedai tadi , sedikit pun lieya tidak menjamah . lieya berikan kepada rieya . malam itu aktiviti harian liesa tetap sama . sembahyang hajat dan berdoa untuk kesejahteraan faizal . lieya benar-benar ikhlas mahukan faizal semula . menyesal kemudian tak berguna lagi . sikapnya tetap sama , diam , diam , diam dan diam . keluarga lieya nak bercakap dengan lieya pun susah . lieya hanya angguk dan geleng saja . peritnya perasaan lieya sekarang ni , tiada sapa yang mengerti …
Keesokan hari pada hari raya aidilfitri ke 2 , bersamaan koma faizal yang ke 4 hari .lieya bangun seperti biasa , solat subuh , lieya dan sekeluarga sekali bergegas ke hospital dengan harapan agar faizal sedar dari koma . apabila lieya menolak pintu bilik wad faizal . lieya amat terkejut , lieya menangis teresak-esak . lieya tak sangka , semua ini berubah . lieya terus berlari kea rah faizal . apa yang lieya lihat adalah , faizal sudah Berjaya membuka mata ! lieya amat gembira , lieya bersyukur kepada tuhan kerana doanya setiap pagi dan malam telah termakbul . faizal yang melihat lieya menangis sambil tersenyum padanya lalu faizal mengesat airmata lieya walaupun sedaya upaya faizal cuba mengangkat tangannya . ‘’ sayang , maafkan lieya . lieya rindu kat zal . lieya janji lieya takkan buat lagi macam ni kat zal . lieya janji . lieya insaf zal . lieya nak zal . lieya tersalah pilih . lieya minta maaf zal’’, kata lieya sambil meletakkan dahinya ke badan zal . zal hanya mengangguk tanda setuju .
Keluarga lieya juga bersyukur kerana faizal sudah sedar dan mereka bergembira melihat lieya sudah boleh tersenyum dan bercakap . ‘’ faizal , syukurlah awak dah sedar , tapi awak tak boleh keluar hospital lagi . kena buat rawatan lagi . awak tinggal di wad dulu selama 2 minggu ya .selepas itu , kalau awak semakin pulih , kami akan lepaskan awak ‘’, kata doctor yang membuat lawatan . sebenarnya faizal telah sedar pada pukul 6 pagi tadi . lieya mendengar berita dari doctor tersebut lalu membisikkan sesuatu ditelinga faizal . ‘’ sayang , lepas zal dah keluar , kita rujuk balik k . ‘’, bisik lieya . faizal sambil tersenyum lalu mengganguk tanda setuju . tiba-tiba faizal beralih ke kiri dan kana .’’ sayang cari apa ?’’, tanya lieya . faizal terus membuka bekas pam oksigennya dan berkata . ‘’ fazrieya mana ?’’, kata faizal . lieya tersenyum lebar mendengar pertanyaan faizal . ‘’ ok sayang , lieya akan bawa rieya datang tgk awak tapi kena janji selalu makan ubat dan banyak rehat’’, kata lieya sambil mencium dahi faizal . faizal baru saja melakukan pembedahan membuang darah di otaknya . ternyata ialah Berjaya .
Setelah 2 minggu lebih faizal di hospital . faizal telah pun pulih sepenuhnya . faizal juga telah pulang ke kampung lieya dan tinggal disana . setelah seminggu , faizal dan lieya telah rujuk kembali . mereka melakukan kenduri kesyukuran . kini faizal dan lieya kembali intim seperti mana mereka masa bercinta dulu . faizal dan lieya telah dikurniakan seorang lagi cahaya mata . lelaki dan diberi nama mohd faiz . kehadiran mohd faiz memberikan sinar buat hidup mereka .
Kesudahannya faizal telah pun menceritakan kerjaya sebenarnya dan faizal telah membina empayar kediaman banglo 4 tingkat dan banglo tersebut diberi nama Lieya juwieta sempena nama lieya . hidup faizal sekeluarga amat senang sekarang apabila bisnes syarikat faizal mula naik keuntungannya . lieya juga sudah tak fikirkan apa-apa lagi kecuali faizal dan keluarga saja . zairi pula , telah selesai menjalani hukuman gantung sampai mati . ibubapa lieya juga telah mengerjakan haji bersama-sama faizal dan lieya …inilah lieya juwieta ku ! sekian .
Moral Dan kesimpulan
: Kenapa tajuk bab ini kematian dan kesudahan . kesudahan ceritanya sudah terlerai tapi kematian pula , dimana ? kematian yang penulis maksud hanyalah mati-nya perasaan curang oleh lieya . tidak perlu lah kita kalau tak mampu tunaikan . kesetiaan yang sejati mampu membuatkan kita berkorban . janganlah curang , curang ini umpama dadah . meracuni rumah tangga kita . semoga novel ini menjadi teladan bagi pembaca novel saya . nantikan simple novel ke-2 dari saya yang bertajuk dayana : Ku meratap pemergianmu hasil inspirasi dari lagu dayana – dayana . terima kasih . salam . jadilah follower blog ini k!