Friday, July 20, 2012

Biar Aku Habiskan Riwayat aku Sebagai blogger yang terhina lagi hina.

  Assalamualaikum semua. Kehadiran aku dalam dunia ni kembali bukan ingin menyusahkan mana-mana pihak lagi. Cukuplah sekali, ianya menghembus angin lalu terbujur kaku jasadku melihat dunia. Yang dikejar tak dapat, yang berlindung masalah berlipat. Duniawi, aku terlalu memandang serong pada langit. Nasi bukan lagi menjadi bubur, malah menjadi hangit. Ini adalah pengalaman. Pengalaman banyak mengajar aku erti berdikari..
 
 
 Duniaku semakin kelam. Masa depanku semakin gelap dan hitam. Aku harap aku tidak lagi bermimpi, aku mencari cahaya sebenar. Merintih hari-hariku dengan derita. Aku pendusta, aku penjajah. Menjajah hati manusia lain yang ikhlas menghulurkan cahaya kepadaku. Jijik, begitu keji apabila dilakukan sedemikian. Apatah lagi rasa si pelaku sepertiku. Adakah masih ada insan yang sudi membimbing aku kesana? Tidak lagi. Inilah tanggungjawabku. Diriku adalah pemimpin diri sendiri, rakyat ku adalah jiwaku, dan negaraku adalah jasadku..
 
http://3.bp.blogspot.com/_xTQeL723Ulk/S7cwG5NaAfI/AAAAAAAAANI/JjwJ4vSefZk/s400/sedih1.gif
Rintihan jiwa yang memburu, meruntuhkan lagi keimanan dari hari ke hari..
 
 
 Gugurnya aku dimedan perang dunia, menyembuhkan aku dari penyakit dusta. Menyembuhkan aku dari buta mata angkara melihat dunia. Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosaku kepadaMu. Ampunkanlah dosa kedua ibu-bapaku. Amin. Aku menyesali segala perbuatanku. Aku sedar pintu taubat masih terbuka. Aku perlu berusaha mencari jalan ke syurga Firdaus. Aku tak sanggup menjadi hamba dunia..
 
 
 Benar kata pujangga, 'Hidup biar terus berbakti, Bukan hidup hanya menunggu mati'. Alhamdulillah, aku tahu aku sedar. Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Sentiasa memberi penunjuk kepada hamba-hambaNya. Aku banyak buat silap dan salah, tapi aku masih diberikan peluang. Aku masih bernyawa. Aku mahu bangkit, aku tak mahu kekal dengan identiti sekeji ini. Ya, yang umum, aku keji malah hina. Tapi sekurang-kurangnya bukankanlah sedikit ruang kemaafan kepadaku andai sekalipun kau hilang rasa sayang, kepercayaan dan kecintaan kepadaku..
 
Setiap sesuatu yang dimiliki, tak semestinya kekal selamanya...
 
 
  Sempena bakal menyambut Ramadhan Al-Mubarak kali ini, aku berterima kasih dan syukur pada Allah S.W.T kerana aku masih lagi bernafas dan merasai lagi Ramadhan yang indah ini. Secara terbuka aku memohon seribu kemaafan kepada semua yang pernah aku buat silap dan salah secara sengaja atau tidak sengaja. Biarlah kalau aku pergi nanti tenang disana. Pada bulan yang mulia ini, aku ingin mencari kebaikan dan aku bukanlah seperti aku yang dulu yang angkuh lagi duniawi. Biar aku habiskan riwayat aku yang hina ini disini. Semoga menjadi pengajaran kepada semua..
 
 Ikhlas dari hati, Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada semua umat Islam didunia. Assalamualaikum W.B.T..  

http://3.bp.blogspot.com/_ShOJKgX9XPs/SLy6-LqMT7I/AAAAAAAAArc/kJIHkt9IW0w/s400/ramadhan5nu8.jpg

4 comments:

Norashiqin Kamaruzaman on July 20, 2012 at 11:50 AM said...

heheh, BL pon nak minta maaf gak kalau ade terbuat Af terguris hati ke ape ke...=)

semoga bulan ramadhan kali ini dipermudahkan segala urusan beribadah semua... =) salam Ramadhan AF

Abdul Farique on July 20, 2012 at 12:03 PM said...

@Norashiqin Kamaruzaman Saya pun nak mintak maaf kat BL. kalau selama ni pernah buat salah silap secara sengaja atau tak sengaja dengan BL. maaf sangat2 ...

Phat on July 20, 2012 at 12:40 PM said...

sama la ngan aku maaf atas segala salah silap..selamat berpuasa

Abdul Farique on July 20, 2012 at 12:45 PM said...

@Phat sama bro gua mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki ~~

Post a Comment

Terima Kasih sebab komen, tapi komen ancaman, ugutan, hasutan akan didelete ya :).jom like fanpage facebook AF :) FB AbdulFarique.com

 

Riwayat Seorang Insan Hina Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!