Wednesday, November 30, 2011

Harapan Untukmu Sang Kucing.

    Andai malam gelap gelita, carilah tempat yang menyinari keadaan. Andai panas membadai diri, carilah tempat yang mengindahkan panorama. Tercari-cari dimana si kucing belang, sekejap timbul sekejap hilang. Selalunya ada tatkala siang menjelma, datang berlari kepadaku untuk bermanja. Setelah puas ku intai, setelah puas ku cari rupanya si belang mencari sisa-sisa makanan berdekatan di belakang kedai makan itu. Walaupun dihalau dan diancam oleh pekerja disitu, si belang tetap berusaha untuk mengisi perutnya yang lapar.

                                                               Sekadar gambar hiasan
  

   Pelbagai ancaman seperti disepak, ditolak, dipukul dan lain-lain lagi oleh manusia yang tidak mempunyai rasa kasihan terhadap binatang. Apakah kuatnya gigitan dan cakaran seekor kucing berbanding kekuatan zahir dan batin manusia. Manusia kadang kala tak mengenal erti syukur, manusia kadang kala tak mengenal erti untung. Sabarlah si belang, ketahuilah bahawa pengalaman banyak membina mu.


   Yang dikejar susah untuk dapat, yang tak diingini bergolek mengelilingi diri. Pengalaman mengajar erti kehidupan, merantaulah tatkala diri tertanya-tanya siapakah kita sebenarnya. Dari Pengalaman tersirat Ilmu, Dari pengalaman tersurat pengajaran , tanpa pengalaman melarat diri. Apalah manusia didunia tanpa ilmu belang, Apalah yang akan terjadi di dunia andai pengalaman itu tiada pada manusia, manusia pula akan dipijak, disepak,ditolak,dipukul dan ditipu.


   Tidak mengapalah belang, aku tahu kau tidak berilmu tapi sekurang-kurangnya kau berakal. Kadang-kala manusia ini berilmu tapi tidak berakal. Aku yakin kau mampu untuk menjaga dirimu sendiri. Aku yakin kau boleh kerana aku tahu PENGALAMAN MAMPU MEMANTAPKAN AKAL . Selamat berjuang si belang :) 


1 comments:

Anonymous said...

ok..sangat terharu :)..sayangilah kucing2....

Post a Comment

Terima Kasih sebab komen, tapi komen ancaman, ugutan, hasutan akan didelete ya :).jom like fanpage facebook AF :) FB AbdulFarique.com

 

Riwayat Seorang Insan Hina Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!