Kawan-kawan, siapa yang tak nak tengok kawan-kawan berjaya.. tak kira di dunia dan diakhirat, kejayaan itu pasti ingin kita capai. Tapi kalau kita masih tak sedar siapa diri kita, pasti tak berjumpa dengan baik buruk diri kita ini. Bukan nak mengukur keburukan dan kebaikan diri kita, tetapi mahu memperbaiki keburukan dan menambah kebaikan sepuas-puasnya. Bukan senang kalau tiada usaha, bukan susah kalau ditambah keinginan.
Akal dan fikiran adalah anugerah Allah S.W.T., perlukah kita mensia-siakan kelebihan ini? Gunakan dengan cermat dan sebaik-baiknya. Tak perlu tunjuk baik dengan orang lain, hanya berbuat baik dengan orang lain . Tak perlu membesarkan diri dengan kawan-kawan, hanya merendah diri kerana kita adalah hambaNya. sebesar manapun kita didunia, kecil lagi kita ini dengan Allah S.W.T.
Biarpun susah menemui titik noktah kebaikan, usaha kearahnya pun sudah menjadi satu kebaikan. Usaha, doa kepada Tuhan adalah perlu. Berbudilah kepada manusia, berbudilah kepada haiwan, berbudilah kepada tumbuh-tumbuhan. Sayangilah ciptaan Tuhan, sayangilah diri sendiri kerana SEDARLAH BAHAWA KITA ADALAH HAMBA ALLAH S.W.T.
1 comments:
wah bagus nya! thumbs up laa
Post a Comment
Terima Kasih sebab komen, tapi komen ancaman, ugutan, hasutan akan didelete ya :).jom like fanpage facebook AF :) FB AbdulFarique.com