Friday, July 22, 2011

Cemburu Dan Dengki Di Dunia Blogger - Itu Biasa lahh .

    Assalam kawan-kawan. ''Ada satu blog yang telah aku terjah ( stalk je ), followers beriban-riban. Aku pun follow la. Tunggu punya tunggu, tak follow-follow aku balik pun. Dah letak link aku kat shoutbox dia, mungkin dia buta kot. 

Geramm !! Kasi Hancur sama diaa !!!


Tak pandang langsung link aku. Geramnya, Unfollow terus. Lepas tu ada satu blog ni, suka buat design pastu suka bagi kelebihan kat blogger otai (blogger otai ? ada ke ? cehh). Bila aku minta tolong buatkan, tak boleh pulak.


    Lepas tu untunglah, blogger otai tu naikkan nama dia, naikkan traffik dia, naikkan followers dia dan naikkan hidung dia serta macam-macam lagi la kasi naik. Hehhh aku geramlah ! tenshen la ! Nama dia senang-senang je pukul naik macam tu. Aku ni yang lama tak naik-naik pun . Puihh ! Sana sini ada nama dia, backlink dia.''





   Haa tudiaa.. Contoh situasi entry-entry cemburu dan dengki. Kutukan, Kedengkian dan Cemburu Di Dunia Blogger mahupun dunia realiti ini pastinya tak lari dalam kehidupan ini. Rasa dengki dalam hati itu pastinya akan wujud apabila kita setiap seseorang itu boleh berjaya sedangkan kita dah cuba macam-macam tapi tak menemui kejayaan lagi. Haha, macam-macam lah.




   Sebetulnya, tak kira sama ada alam maya mahupun dunia sebenar sekalipun, kita kena bijak dan pandai menggunakan akal fikiran sedikit. Tahu lah tak pandai itu tak pandai ini, tapi sekurang-kurangnya belajar. Sia-sialah wujudkan sekolah, wujudkan tips dan toturial bagai. Simpan kita punya hasad dengki, kemudian belajar macam mana nak jadi macam 'dia' tu. 

Kata Kawan seblogger , tapi dengki-dengki... fuhh




   Bab follow tu , itu biasa lah. Masa dan keadaan berbeza. Masing-masing bloggers mempunyai pegangan dan pendirian mereka sendiri. Tak semuanya sama seperti aku, aku jenis follow balik je sesiapa yang follow aku. Tapi mungkin orang lain tak, diorang akan follow blog yang diorang suka. Itu hak orang, jangan memaksa. lain orang lain cara..






   Bab macam bodek-bodek tu, korang tak payah lah ambil hati nak dengki-dengki sebab korang pun tak pandai mengambil hati orang. Korang main hadang je. Cuba belajar macam mana nak mengambil hati orang. Kalau kita pandai ambil hati orang, takkan orang nak langgar kita. Mengambil hati orang ni pun penting dalam bisnes, begitu juga didunia maya ni. Bab ikhlas dan tak ikhlas ni terletak pada diri korang, sebab kalau bagitau aku ikhlas dah tak ikhlas dah kan :)




   Huhu, pendapat tak bernas kan. Hehe. Bagi pendapat aku, cemburu itu perlu dan dengki itu tak perlu. Cemburu pun biarlah berpada-pada dan bertempat. ( macam ayat cinta ) . Aku pun cemburukan sorang blogger ni, Syafiq namanya. Pageviews dia dah potong aku, sedangkan aku dah leading dulu. Bro Syafiq ni pun dah akui, dia cemburu dengan followers aku yang lebih dari dia. Aku nak potong pageviews dia dan pastinya dia pun mahukan jumlah followers macam aku. ( bukankah ini satu perasaan cemburu yang sihat? ) .




   Baiklah, makin lama aku menaip makin banyak point-point yang aku fikir tadi hilang. Berhenti disini sebelum lebih merapu. Bagi aku satu je, Bila timbul perasaan dengki kepada orang lain, MUSUH kita dibelakang.. tapi MUSUH kita itu mahu membantu kita.. Membantu kita menjatuhkan orang yang kita dengki tu.. Dan masa itu, ( tepuk tangan kuat-kuat ) "Hen Tau Wa'' , MUSUH kita pandai.. kita tampak bangan* :) Cemburu dengan blogger itu blogger ini ? INGAT !




Maksud MUSUH didalam entry ini :- Syaitan Laknatullah 

 Ini hanyalah entry nasihat yang membina.. apa yang buruk datangnya dari diri sendiri dan yang baik datangnya dari Allah S.W.T. , bab entry ni dan kebenarannya, korang nilailah sendiri oke :)

7 comments:

Unknown on July 22, 2011 at 9:55 PM said...

haha..dari mana la ko copy entri yg offensive camtu. tp mmg hakikat ramai yg cuba naikkan blog melalui blogger otai. tak nak usaha naik sndiri dgn sokongan kawan2 yg sama level dgn dia.

Abdul Farique VS Syapik. persaingan yg sihat. bagus2..dengki ke arah +ve takpe..jgn jadi anon pg kutuk2 kat komen dia dah la. kehkeh..

admin on July 22, 2011 at 10:02 PM said...

@Jejaka Terhangat: ekk ? aku copy ke ? copy idea kot ? hehhe . naikkan blog melalui blogger otai itu oke la.. nampak mcm membantu.. ini ada yang dengki-mendengki dengan menjadi anon bagai la.. huhuhu . thanks komen JT , aku ngn syapik memang dari awal kenal sampai sekarang.. FIGHTINGG ja :DD

Shiqin Sunshine on July 22, 2011 at 10:04 PM said...

hehhe yup2 betol tu....hahha, igtkan nak luah perasaan tak puas hat tadi .....=p

huhu...

Syafiq Mokhtar on July 22, 2011 at 10:22 PM said...

usaha kita, hasil kita, semuanya beharga kalau kita betul2 berusaha dan ikhlas.. walaupun x"semua" orang nampak hasil kita..tetapi diantara "semua" tu mesti ada yg segelintir nampak hasil usaha kita, boleh jadi yg segelintir tu juga mungkin terselit blogger2 otai..andai kata seglintir pun xde..cuba lagi..mesti bakal ada kelak..semua orang bermula dari angka "1" baik pageview ataupun followers.. syabas bro.. entri ni best..

Puan Kutu on July 22, 2011 at 10:46 PM said...

malas nk fikir pasal dengki mendengki nie..nk blogging dgn aman.huhu..

Mas Ahmad Safwan on July 23, 2011 at 1:13 AM said...

.haihh , tu macam hang dah aim dekat aku haaa

Nightroad on July 29, 2011 at 6:16 AM said...

salam ziarah sni bro...

kalau ak x follow ,tapi selalu lepak sni bolehkan?
^^

akan dtg lg insyaallah..

Post a Comment

Terima Kasih sebab komen, tapi komen ancaman, ugutan, hasutan akan didelete ya :).jom like fanpage facebook AF :) FB AbdulFarique.com

 

Riwayat Seorang Insan Hina Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!