Wednesday, July 31, 2013

Gambar Dan Info Mengenai Tahi Bintang Fukang!

1.Ditemui di gurun gobi di china pada 2000..setelah dipotong kepada beberapa bahagian baru terserlah kecantikannya.4.5 billion years in the making: Golden olivine meets silvery nickel-iron to create a stunningly beautiful mosaic effect.



Subhanaallah..disebalik cahaya matahari..


Wednesday, September 26, 2012

Kebaikan Apa Yang Aku Harus Lakukan?




  Kekuatan hati akan hadir bila masa hadirnya teman sekeliling menemani hari-hariku. Perjalanan hari lengkap jika kerohanian disisi apabila keceriaan timbul dari si peneman hati yang mempunyai juga masa dan waktunya. Siapalah aku, hanya menghitung hari-hari dengan tembok naturalisasi yang usang. Tak mampu menghalang rasa dan segala hasrat yang cuba-cuba menawan diriku..



  Kepunyaan hatiku adalah milik abadi Sang Pencipta dan kadang-kala aku terjerumus dengan dosa dan menambah lagi dosa yang sekian ada. Pedih terasa hati macam terseksa bila mengenang segala kesilapan tapi kenapa sekarang bukannya dahulu lagi. Kesedaran tak mampu mengubah persepsi diri. Penyesalan menyerang perasaan, kadang kala aku sedar banyak peluang yang diberi olehNya untuk ku walhal adakah aku gunakan peluang itu dengan sebaik mungkin? ..


  Setiap baikku pasti ada kejahatan menghurung perjalanan dan pengumpulan bekalan aku ke sana. Ya Allah hinanya aku disisiMu! Tak ku sedar kerana keadaan dan situasi yang menutup kesalahanku, hijabku terbuka satu persatu. Kenapa masih aku buta? Aku berselindung disebalik kelebihan dan identiti ku tapi mengapa aku tak mampu berubah dan mempergunakan kelebihan yang ku miliki untuk kebaikan sebenarnya? ..


  Aku hanya menunggu kematian ku tiba, menunggu tarikh ku luput.. Apakah kebaikan yang harus aku jalankan? Yang berdosa tetap berdosa tetapi ada pintu kemaafanNya. Tapi kenapa aku tidak menggunakan dengan iman yang kuat...


 Penuh dosaku, manusia cerminku, Malaikat saksiku, Allah hakimku.. .


  


  

Cinta Membuta mata, Mematikan Pintu Hati :(


  Kalau mampu ku sampaikan kata-kata ku pada bukaan mulut berbicara, pasti aku mampu mencapai gunung yang jauh puncaknya. Tapi sayangnya takut ada telinga tak mampu mendengar panahan luahan dari hati kecil yang tak dibasuh dengan kasih sayang. Mulut tertutup mata terpejam lalu membiarkan jari- jemari petah menulis meluahkan perkara yang tersirat..

Cinta yang kosong adalah cinta yang tak punyai kebahagiannya..

 Wujud macam-macam persoalan mendesak hati mencari kronologi kesilapan diri dan cuba untuk membuka 7 lapisan kebahagian, tapi 1 lapisan memakan bertahun-tahun lamanya. Apakah kebahagian mampu wujud khasnya untuk diri sendiri walhal hati jatuh melayang memandang insan yang tersayang tersenyum dan bergembira dengan orang lain dan mengutip sedikit sebanyak kebahagian yang dia punya..

 Penuh dalam hati kosong pada diri. Semua melihat aku tersenyum gembira dan aku sendiri cuba ketawa tunjukkan rasa gembira walhal dalam hati penuh kesedihan dan kecewa dengan keadaan dan waktu yang menghukum segala perbuatan ku. Kunci hati yang ku simpan rapi hilang sekelip mata apabila mata kecilku dan mainan ingatanku melayang gambarmu. Siapakah diriku, aku kosong memandang duniawi tambahan hina dan kecil disisi mereka yang bersaing dengan ku..

  Penaklukan 1001 makna hanya kecil maksudnya bagi penafsir yang bijaksana. Biar ianya tersirat, kerana ianya adalah dari hati dan jiwa untuk sidia yang bernyawa. Kalau diizinkan waktu dan masa, sekurangnya aku boleh mencuba. Persoalannya sekarang, milik siapakah dia itu? Walaupun siapa pun khalifah hatinya, ku harap kau mampu ukirkan kebahagian yang ikhlas untuknya kerana dia adalah puteri khayalan ku.. ;)


  Aku bukan siapa walhal aku tiada nama. Tapi syukurlah aku ada perasaan dan cinta yang Tuhan berikan.. satu Anugerah dariNya . ;')

Friday, July 20, 2012

Monolog Ramadhan : Misteri Plastik Beg Hitam ( Part 1 )

  Monolog Ramadhan : Misteri Plastik Beg Hitam

  Gembiranya hati aku, Ramadhan tiba lagi. Alhamdulillah masih sempat aku merasa selama 20 tahun. Masih aku ingat lagi zaman kenakalan aku. Ketika aku masih berusia 15 tahun, aku sudah tidak terbiasa dengan berpuasa sepenuhnya. Pasti aku akan tinggal puasa 1-2 hari. Kalau puasa pun puasa setengah hari saja..
 
 Haha, tak nampak nakal tapi nampak jahat. Ketika aku berusia 17 tahun, aku rasa dah cukup matang untuk menjalani ibadah puasa. Tapi jahat jugak, ada hari tak puasa ada hari puasa setengah hari. Nahaslah kalau mak aku tahu, tak makanlah aku sekali dengan keluarga aku masa berbuka nanti. Sudahlah terpaksa menyamar puasa, makan sembunyi-sembunyi pulak sikit je..
 
 
  Banyak cara dan skill aku gunakan untuk ponteng puasa. Tambahan pula rupa aku seiras budak cina, makin lagak seperti budak cinalah aku. Semasa keluarga aku bekerja, dapur ibarat tempat aku uji kaji. Habis semuanya aku proses dan terus mencari makanan. Hanya ada, kurma Yusoff Taiyub. Jadi terpaksalah aku membeli di kedai nasi kandar sahaja. Ketika inilah berlakunya misteri Plastik Beg Hitam..
 
 
  Macam biasa lah bulan ramadhan ni kan. Tengok saja Muslim dan muslimat sekeliling yang membawa plastik beg hitam pada waktu tengahari lebih-lebih lagi 'lunch time', pasti ianya menjadi misteri dan tanda tanya. Apa yang ada kat dalam tu? Adakah makanan? Adakah orang ni tak berpuasa? Semuanya menjadi tanda tanya. Bukan apa, aku juga pernah merasa diragui. Berjalan sambil membawa plastik beg hitam di siang hari di bulan ramadhan pasti akan menimbulkan keraguan semua yang melihat..
 
 
  Tatkala mata melihat sekeliling, fikiran pasti melayang-layang. Begitulah sifat dan sikap manusia. Tak perlu jadikan contoh orang lain, aku juga begitu. Hehe. Sambil-sambil aku melihat sekelilingku, aku memesan sebungkus nasi kandar dan sebungkus air untuk santapan tengahari ku dirumah tanpa pengetahuan keluarga. Juga dibungkus dengan plastik beg hitam juga..
 
 
  Misteri plastik beg hitam ini sudah biasa dengan harianku.  Ia bukan lagi tanda tanya, tapi ianya adalah fenomena yang biasa berlaku dibulan ramadhan.. Ya, ianya adalah fenomena. Tak percaya? tunggu dan lihat hari-hari disepanjang ramadhan tahun ini :)

Bersambung..

Biar Aku Habiskan Riwayat aku Sebagai blogger yang terhina lagi hina.

  Assalamualaikum semua. Kehadiran aku dalam dunia ni kembali bukan ingin menyusahkan mana-mana pihak lagi. Cukuplah sekali, ianya menghembus angin lalu terbujur kaku jasadku melihat dunia. Yang dikejar tak dapat, yang berlindung masalah berlipat. Duniawi, aku terlalu memandang serong pada langit. Nasi bukan lagi menjadi bubur, malah menjadi hangit. Ini adalah pengalaman. Pengalaman banyak mengajar aku erti berdikari..
 
 
 Duniaku semakin kelam. Masa depanku semakin gelap dan hitam. Aku harap aku tidak lagi bermimpi, aku mencari cahaya sebenar. Merintih hari-hariku dengan derita. Aku pendusta, aku penjajah. Menjajah hati manusia lain yang ikhlas menghulurkan cahaya kepadaku. Jijik, begitu keji apabila dilakukan sedemikian. Apatah lagi rasa si pelaku sepertiku. Adakah masih ada insan yang sudi membimbing aku kesana? Tidak lagi. Inilah tanggungjawabku. Diriku adalah pemimpin diri sendiri, rakyat ku adalah jiwaku, dan negaraku adalah jasadku..
 
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhg0LZolddbRvD-034YogeLycmzd8IZbkVCmOi1l19n0Ex-6lOxMEQRqGlw8zaZ9XLUSbri2FWpdK0T687obIFklxDofmu-FtQv11wv2O4EVndmfoYHA6T_PmeZZHTtkP9EhBdaqbRbNO8/s400/sedih1.gif
Rintihan jiwa yang memburu, meruntuhkan lagi keimanan dari hari ke hari..

Friday, March 16, 2012

VIDEO YOUTUBE RAJA LAWAK 6 AKHIR FULL

  Salam kawan-kawan , mari kita saksikan video Youtube Raja lawak 6 akhir disini . Haha simple kan ? Jom saksikan :D

Kedudukan Undian MInggu 10 ( Akhir )

Kumpulan ZERO 

Kumpulan 2yol

Kumpulan CUIT

Kumpulan Shiro



Kumpulan Zero Part 2



Kumpulan 2yol Part 2



Kumpulan Cuit Part 2





Kumpulan Shiro Part 2



Persembahan Chef Kecik .



Keputusan Juara RAJA LAWAK 6 . Tahniah SHIRO !!




Saturday, January 28, 2012

Fanpage Facebook Untuk Dijual 2012 | Sewa Iklan di Fanpage Fb Murah.

   Assalamualaikum, saya ada fanpage yang mempunyai lebih 14 ribu peminat/ like, jika anda berminat nak beli boleh emel sy. emel sy untuk mengetahu fanpage tersebut.



Apa kegunaan/ bisnes yg boleh dibuat? Macam-macam boleh..



Kelebihan :

1. Boleh buat bisnes/promote segala benda
2. Boleh Promot muka sendiri(gurau je)
3. Ada potensi untuk up lagi like dan price (Boleh jual balik)
4. Harga fanpage sentiasa naik dan ada permintaan tinggi
5. Boleh sewakan kepada orang yang dipercayai



Antara Bisnes Yang Boleh Buat:

-Bisnes marketing
-Create fanpage baru(perniagaan dll)
-Promote di fanpage baru dan jual..
-Servis naikkan like page..(sedang hot)
-Jual produk..
-Sewa rss feeds kepada blogger...
-Dan banyak lagi..tak larat dah nak taip..



Bayangkan jika 1 fanpage facebook dalam tue ada dekat 14,000 LIKE kalau 1% yang beli, anda sudah dapat 14 pelanggan. kalau banyak fanpage, fuh mantop. Saya letak dalam harga paling rendah RM220 nego. Max bid RM350.

Saya juga menawarkan pakej pengiklanan di fanpage facebook. Diantara pakej-pakej tersebut adalah :-

Pakej A - Iklan di 2 Fanpage ( 20k dan 26k ) 2 Kali sehari , Dibiarkan dalam 20 minit = RM30.

Pakej B - Iklan di 2 Fanpage ( 20k dan 26k ) 1 kali sehari, Dibiarkan dalam 15 minit = RM20.

Pakej C - Iklan di 1 Fanpage ( 20k atau 26k ) 2 kali sehari, Dibiarkan dalam 10 minit = RM10.

Maklumat : Pakej A dan B hanya melalui Bank deposit, Tranfser sahaja melainkan Pakej C boleh melalui topup RM10.

Jika berminat, hubungi saya di email : admin@budakjahat[dot]com atau SMS ke 0174810501 ( SMS sahaja ! ) - Farique.

FANPAGE 14K SUDAH DIJUAL SEPENUHNYA . HANYA TINGGAL PAKEJ IKLAN DI FANPAGE SAHAJA. HARAP MAKLUM.

Friday, January 20, 2012

Izwan Pilus Meninggal Dunia | 20 Januari 2012

Izwan Pilus Meninggal Dunia | 20 Januari 2012 - Al Fatihah.
 
 Ya Allah, macam tak percaya. Tapi itulah maut dan ajal ketentuan Allah. Penyanyi lagu Kembali Senyum, Izwan Pilus telah meninggal dunia pada jam 6.15 petang tadi. Berita kematian itu disampaikan oleh adiknya sendiri iaitu Aril AF ataupun Khairil Azam di laman twitter beliau. Punca kematian masih tidak diberitahu dan diketahui. Sedekahkanlah Al-Fatihah kepada arwah. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin.
 
 
Sumber : Beautiful Nara
 
 

Monday, December 5, 2011

Polis Vietnam Guna Jala Untuk Tangkap Pesalah Jalan Raya

Polis di Vietnam menangkap penunggang motor yang melanggar peraturan lalu lintas dengan menggunakan jala ikan. Tran Van Thuc, ketua polis daerah Thanh Hoa, mengatakan pihaknya telah menahan lebih dari 100 penunggang motor yang membuat kesalahan di jalan-jalan.







Pihak polis Thanh Hoa menerapkan teknik ini sejak 28 Oktober lalu bersempena dengan hari pelancaran kempen keselamatan jalan raya di sana. Namun langkah ini mendapat kritikan rakyat dan polis Thanh Hoa akan menghentikan sementara penggunaan jala ikan sambil mengkaji cara lain yang lebih efektif.






Jaring ikan ini hanya digunakan untuk menangkap penunggang yang cuba untuk melarikan diri walaupun diminta berhenti. Polis Thank Hoa mengatakan cara ini tidak menyebabkan pengunggang motor yang terjaring terluka atau menimbulkan kecelakaan.





Sumber Original: http://www.budakbotak.com/2011/12/polis-vietnam-guna-jala-untuk-tangkap.html#ixzz0329GmYng

Fakta Menarik Tentang Status Facebook Sekarang. | New Function

Mulai November 2011, seluruh pengguna Facebook boleh membuat status sehingga 60,000 huruf pada setiap status. Purata sebuah novel mempunyai 500,000 huruf, jadi sebuah novel lengkap boleh dibaca jika seorang pengguna Facebook meletakkannya dalam 9 status berasingan. Tak percaya?




 
Sumber Original : Budakbotak

Sinopsis KL Gangster 2 Prequel

Sinopsis KL Gangster 2 Prequel



Cerita ini mengisahkan tentang bagaimana 2 orang adik-beradik iaitu Malek(Aaron Aziz) dan Jai(Adi Putra) secara tidak langsung terjebak dalam dunia gangster setelah kematian ayah mereka 10 tahun lalu. Semenjak kematian ayah mereka, kehidupan mereka sekeluarga dalam serba kesusahan di samping ibu(Ku Faridah)mereka sering ketakutan gara-gara ugutan dari kumpulan gangster yang menagih hutang ayah mereka.







Disebabkan kesempitan wang dan keperitan hidup maka Jai menjadi semakin liar hingga sanggup melakukan apa saja demi wang bagi mengubah nasib hidupnya dan mendapat tentangan hebat dari keluarganya. Malek semakin buntu memikirkan masalah yang dihadapi dan ditambah pula dengan laporan dari doktor yang mengesahkan ibunya mengidap penyakit barah. Lagi memilukan apabila adik beliau, Shera telah diperkosa.






Sementara itu,Tailong(Rosyam Nor) merupakan antara gangster terbesar di KL yang giat menjalankan kegiatan-kegiatan haram. Segala tindak tandukTailong tidak disenangi oleh gangster-gangster lain namun terpaksa akur dengan kekuatanTailong.





Pada masa yang sama, King(Riduan Hashim) dan Shark(Syamsul Yusof)

Gambar Keris Taming Sari

Gambar Keris Taming Sari



Keris ini adalah Keris Kerajaan bagi Jawatan Laksamana Melaka, yang akhir sekali dijawat oleh Hang Tuah.



Keseluruhan sarung keris ini diseliputi oleh dedaun emas. Keris ini dihargai sebagai berkeupayaan untuk berlegar di udara ke mana-mana haluan dalam mengejar musuh. Adalah dikatakan bahawa Hang Tuah memberi keris ini kepada Tun Mamat untuk dibawa balik mengadap Sultan pada masa itu kerana beliau terlalu malu untuk mengadap sendiri ke bawah Duli Sultan kerana gagal untuk mendapat Puteri Gunung Ledang untuk baginda. Tatkala Sultan Mahmud meninggalkan Melaka baginda membawa keris ini bersama-sama baginda ke Kampar-Sumatera. Kemudian baginda mengurniakan keris ini kepada anakanda baginda Raja Mudzaffar Shah, yang kemudiannya berangkat ke Perak.






sumber : keris-Alat-Alat Kebesaran Negeri Perak
 

 
 
Keris Taming Sari ini sekarang adalah alat-alat kebesaran Negeri Perak berada dengan Sultan Perak iaitu baginda SULTAN AZLAN MUHIBBUDDIN SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN YUSSUF IZZUDDIN SHAH GHAFARULLAHU-LAH



D.K. , D.K.M. , D.M.N. , D.K. (KELANTAN), D.K. (TERENGGANU),
D.K. (PERLIS), D.K. (JOHOR), D.K. (SELANGOR), D.K. (KEDAH),
D.K.M.B. (BRUNEI), D.K. (NEGERI SEMBILAN), D.K. (PAHANG),
S.S.M. , P.M.N. , P.S.M., D.K.S.A., S.P.C.M. , S.P.T.S. , S.P.M.P. , S.I.M.P.

adakah ini adalah gambar sebenar keris taming sari?

Sumber : Carigold.com

Jom terjah blog ni : Kenapa Perlu Berbohong ?

GRAND PRIX pertama di Tanah Melayu | Johor Bahru

GRAND PRIX pertama di Tanah Melayu  Johor Bahru

Tahukah anda, Perlumbaan Grand Prix pertama di anjurkan di Tanah Melayu sebelum penubuhan Malaysia ialah di Johor Bahru.






Grand Prix pertama dianjurkan oleh Almarhum Sultan Sir Ismail ibni Almarhum Sultan Sir Ibrahim pada 1940 yang ketika itu masih bergelar Tunku Mahkota Johor.


Perlumbaan terbabit adalah bertujuan untuk mengisi tabung perang. 4 perlumbaan dilepaskan dalam acara yang berlangsung selama 2 hari.


Penyertaan hanya terbuka kepada peserta yang dijemput sahaja. Jemputan terbabit dihantar ke semua daerah di Johor termasuk Singapura, Perak, Pulau Pinang dan Melaka.


Grand Prix kedua pula hanya di anjurkan pada 1948.


Kali ini Singapore Motor Club yang baru ditubuhkan ketika itu menjadi penganjur dan menerima sokongan dari Tunku Mahkota sendiri.


Grand Prix pada 1948 ini hanya berlangsung selama 1 hari dengan 4 perlumbaan dilepaskan; iaitu 2 untuk kategori motorsikal dan 2 untuk kategori kereta.


2 kategori motorsikal adalah untuk 350cc ke bawah dan satu lagi ialah 351cc keatas. Kedua-dua perlumbaan kategori motorsikal adalah sebanyak 5 pusingan.


Untuk Kategori Kereta pula ialah untuk kereta 1,500cc kebawah yang berlangsung sebanyang 5 pusingan.


Manakala 1 lagi kategori Kereta ialah untuk kereta Formula One, 1,500cc supercharged dan 4,500cc supercharge dan berlangsung sebanyak 10 pusingan.


Sebanyak 88 penyertaan dicatatkan pada 1950 dan 101 penyertaan pada 1952.

Wednesday, November 30, 2011

INFO: Makna Melayu

Oleh: Shaharir Mohammad Zain

Generasi hari ini rata-rata tidak mengetahui akan sejarah tamadun bangsa Melayu yang tinggi. Sebenarnya, bangsa Melayu merangkumi bukan sahaja Melayu Brunei, Indonesia, Malaysia, Singapura dan Selatan Thailand, tetapi juga Melayu Campa di Vietnam dan Kemboja, serta orang-orang Funan di Kemboja, Melayu Filipina, Madagaskar, Taiwan dan pribumi di Papua New Guinea dan pulau-pulau di Asia-Pasifik.





Perkataan “Melayu” sebenarnya berasal dari bahasa Sanskrit, Malaya atau Malai, yang 
bermaksud “Gunung”; dan “Gunung” itu pula ialah perkataan Melayu moden untuk perkataan 
purbanya “Pnom”. Marko Polo (pengembara Itali 1254-1323) merujuk bangsa atau bahasa Melayu sebagai Malaiur.


Catatan pegawai Portugis di Melaka, de Eradia seorang ahli matematik keturunan Melayu pada sekitar 1600, merujuk bahasa di Melaka sebagai Malaio; manakala catatan China sejak abad ke-6 lagi menyebutnya sebagai Mo-lo-yu, Molo-yoou dan Mo-lo-yeu.


Satu daripada tinggalan ilmu Melayu Funan (pada batu bersurat bertarikh 531 Syaka, tahun Melayu Purba yang bermula pada tahun 78M (609M) yang terkenal ialah sistem angka perpuluhan yang ada simbol sifar (yang sama sistemnya seperti angka sekarang).

Sebelum abad ke-8M lagi Melayu Campa ada mencatatkan di prasastinya tentang kemahiran mereka dalam pelbagai bidang ilmu dengan mengelaskan ilmu-ilmu yang ada pada mereka itu kepada enam bidang ilmu termasuklah bidang sainsnya yang diistilahkannya sebagai horasastera (iaitu astronomi, astrologi, kosmologi dan yang berhubung dengannya seperti matematik dan fizik).

Unit-unit sukatan asasi ciptaan orang-orang Melayu Campa dahulu juga cukup komprehensif, bersistem dan piawai, iaitu unit panjang atau jarak, dinamai li dan chang (kira-kira 10 kaki, unit Inggeris-Melayu yang berasal dari istilah Inggeris(fe e t ) berasaskan panjang kaki seorang raja England abad ke-16.

Warga Asing Pertama Yang Menjalani Hukuman Gantung Sampai Mati Di Malaysia

Warga Asing Pertama Yang Menjalani Hukuman Gantung Sampai Mati Di Malaysia



Pada 9 Nov1983 , 2 rakyat Australia Kevin John Barlow dan Brian Geoffrey Chambers telah ditahan di lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas kerana membawa 141.9 gram dadah jenis heroin . Mereka akhirnya telah didapati bersalah dan dihukum gantung sampai mati di Penjara Pudu pada 7 Julai 1986.

Di awal tahun 1981 dan akhir tahun 1983 Chambers telah melakukan beberapa perjalanan ke luar negara untuk membawa dadah ke Australia. Pada tahun 1980 Chambers dan teman wanitanya telah membawa dadah ke Australia menggunakan ''body packing techniques''. Chambers telah memasukkan dadah tersebut didalam duburnya dan teman wanitanya juga memasukkan ke dalam dubur dan kemaluan sulitnya. Selebihnya dadah itu ditelan.

Kedua-dua mereka menggunakan teknik yang sama pada tahun 1981 apabila transit di Singapura. Pegawai kastam dapat mengesan dadah yang juga dimasukkan ke dalam poket jaket beliau. Mereka dibebaskan selepas memberi rasuah kepada pegawai kastam di sana.

Chambers dan teman wanita membuat keputusan berpindah ke Perth dan semasa dalam perjalanan mereka terlibat dalam kemalangan yang meragut nyawa teman wanitanya pada 20 May 1983 selepas koma.

Perjalanan mereka ke Malaysia telah diaturkan oleh penjenayah Perth iaitu John Asciak. Barlow dan Chambers kemudian memberi keterangan mereka adalah pelancong yang bertemu secara kebetulan di Singapura dan kemudian memilih untuk bersama-sama meneruskan perjalanan ke Malaysia. Untuk mengelakkan dari kegiatan mereka dikesan, Barlow menaiki pesawat ke Singapura dari Perth dan Chambers pula memulakan perjalan dari Sydney. Ini adalah kali pertama Barlow melakukan jenayah membawa dadah.

Setelah bertemu di Singapura, Barlow dan Chambers meneruskan perjalanan menggunakan kereta api ke Pulau Pinang. Paket dadah telah ditanam disebuah pantai di Pulau Pinang. Perancangan awal mereka adalah memasukkan dadah ke dalam dubur mereka dan menelan yang selebihnya.Barlow enggan berbuat demikian kerana masalah kesihatan. Akhirnya Chambers mengalah dan telah membungkus dadah tersesebut ke dalam surat khabar dan dimasukkan ke dalam plastik dan memasukkan ke dalam sebuah beg merah yang baru dibeli oleh Chambers .




Harapan Untukmu Sang Kucing.

    Andai malam gelap gelita, carilah tempat yang menyinari keadaan. Andai panas membadai diri, carilah tempat yang mengindahkan panorama. Tercari-cari dimana si kucing belang, sekejap timbul sekejap hilang. Selalunya ada tatkala siang menjelma, datang berlari kepadaku untuk bermanja. Setelah puas ku intai, setelah puas ku cari rupanya si belang mencari sisa-sisa makanan berdekatan di belakang kedai makan itu. Walaupun dihalau dan diancam oleh pekerja disitu, si belang tetap berusaha untuk mengisi perutnya yang lapar.

                                                               Sekadar gambar hiasan
  

   Pelbagai ancaman seperti disepak, ditolak, dipukul dan lain-lain lagi oleh manusia yang tidak mempunyai rasa kasihan terhadap binatang. Apakah kuatnya gigitan dan cakaran seekor kucing berbanding kekuatan zahir dan batin manusia. Manusia kadang kala tak mengenal erti syukur, manusia kadang kala tak mengenal erti untung. Sabarlah si belang, ketahuilah bahawa pengalaman banyak membina mu.


   Yang dikejar susah untuk dapat, yang tak diingini bergolek mengelilingi diri. Pengalaman mengajar erti kehidupan, merantaulah tatkala diri tertanya-tanya siapakah kita sebenarnya. Dari Pengalaman tersirat Ilmu, Dari pengalaman tersurat pengajaran , tanpa pengalaman melarat diri. Apalah manusia didunia tanpa ilmu belang, Apalah yang akan terjadi di dunia andai pengalaman itu tiada pada manusia, manusia pula akan dipijak, disepak,ditolak,dipukul dan ditipu.


   Tidak mengapalah belang, aku tahu kau tidak berilmu tapi sekurang-kurangnya kau berakal. Kadang-kala manusia ini berilmu tapi tidak berakal. Aku yakin kau mampu untuk menjaga dirimu sendiri. Aku yakin kau boleh kerana aku tahu PENGALAMAN MAMPU MEMANTAPKAN AKAL . Selamat berjuang si belang :) 


Friday, November 25, 2011

Sejarah Wang Kertas Malaysia

Sejarah Wang Kertas Malaysia


 
Bank Negara Malaysia (BNM) mula mengeluarkan wang kertas Malaysia yang pertama pada tahun 1967 mengandungi jenis nilai $1, $5 $10, $50 dan $100. Wang kertas jenis $1,000 dikeluarkan pada 2 September 1968. Reka bentuk asal bagi kesemua wang kertas ini adalah sama bagi semua jenis nilai iaitu muka depannya mengandungi potret DYMM Yang Di-Pertuan Agong yang pertama berserta dengan perkataan Bank Negara Malaysia dan ditandatangani oleh Gabenor BNM Tun Ismail Bin Mohamed Ali. Muka belakang wang kertas mengandungi logo BNM dan dihiasi dengan bentuk geometri






Sempena pelaksanaan rasmi sistem ejaan baru Bahasa Malaysia pada 16 Ogos 1972, BNM telah menggunakan sistem ejaan baru dalam percetakannya tapi masih mengekalkan reka bentuk wang kertas yang sama. Contohnya perkataan "SA-PULOH" ditukarkan kepada "SE-PULUH" pada muka depan wang kertas jenis nilai $10. Pada tahun 1976, langkah keselamatan tambahan iaitu imej pendam (latent image) telah digunakan dimana angka Arab akan timbul kelihatan apabila wang kertas ini dicondongkan sedikit pada suatu sudut.






Pada awal tahun 1982, wang kertas yang dikeluarkan ditandatangani oleh Gabenor BNM baru Tan Sri Aziz Bin Hj Taha. Pada 1 September 1982, BNM telah mengeluarkan 2 jenis nilai baru $20 dan $500. Wang kertas baru pada keseluruhanya mempunyai reka bentuk baru dan mencerminkan kebudayaan Malaysia. Tera air kepala harimau pada muka depan siri lama telah digantikan dengan potret DYMM Yang Di-Pertuan Agong yang pertama. Wang kertas keluaran baru sejak September 1983 dicetak dengan sketsa bangunan atau mercu tanda penting di ibu kota. Saiz ukuran wang juga lebih kecil berbanding dengan wang kertas siri terdahulu.






Pada Februari 1996, BNM telah memperkenalkan RM2 (wang kertas Malaysia dikenali sebagai Ringgit Malaysia,RM). Justeru mata wang jenis nilai RM1, RM5, RM10, RM50 dan RM100 turut diperkenalkan dan direka dengan ciri-ciri keselamatan yang baru. Selepas krisis ekonomi pada tahun 1998, RM500 dan RM1000 telah diberhentikan pengunaannya.
 
Sumber : Carigold

Sejarah Lagenda Mahsuri

Sejarah Lagenda Mahsuri



Mahsuri binti Pandak Maya merupakan seorang gadis kelahiran Pulau Langkawi. Beliau dilahirkan oleh pasangan Pandak Maya dan Mak Andam pada penghujung kurun ke-18 Masihi di Kampung Ulu Melaka, Langkawi. Mahsuri turut digelar sebagai Puteri Mahsuri dan dengan jolokan Puteri Langkawi.






Kehidupan dan sejarah Mahsuri telah dilitupi lagenda pulau tersebut yang sememangnya terkenal dengan lagenda dan kisah rakyatnya. Kisah yang paling popular tentang kehidupan beliau adalah ketika saat akhir sebelum beliau dibunuh yang hingga kini dijadikan sebagai bahan untuk persembahan teater bangsawan hinggalah kepada cerita kanak-kanak.










Kehidupan

Menurut anggaran, kehidupan awal Mahsuri adalah ketika Langkawi di bawah pemerintahan Sultan Abdullah Mukarram Shah III (1778-1797) dan Sultan Ziyauddin Mukarram Shah II ibni al-Marhum Sultan Muhammad Jiwa Zainal Azilin Muadzam Shah (1797-1803) iaitu ketika Pandak Maya baru sahaja berhijrah ke Langkawi.






Dikhabarkan bahawa pasangan Pandak Maya dan Mak Andam (ada menyatakan nama ibunya adalah Mak Endah Alang) datang dari Siam. Pandak Maya boleh dikatakan sabagai orang yang berada di Langkawi kerana mempunyai tanah sawah yang luas dan terlibat dengan perniagaan sarang Burung Layang-layang Padi.






Kelahiran Mahsuri turut dibayangi lagenda apabila sesetengah masyarakat percaya bahawa selepas ibunya (yang tidak pernah mempunyai anak) memakan kerak nasi yang dijumpai di sawah, akhirnya mengandung dan melahirkan seorang anak perempuan bernama Mahsuri. Kehidupan Mahsuri dikhabarkan adalah seperti anak gadis Melayu yang lain yang diasuh dengan tatasusila dan kesantunan masyarakat Melayu. Walau bagaimanapun, dikatakan kejelitaan Mahsuri membawa kepada buah mulut dan kecemburuan masyarakat setempat terutamanya di kalangan kaum wanita.






Mahsuri dikahwinkan dengan seorang pemuda dan pahlawan tempatan iaitu Wan Derus, salah seorang anak kepada wakil Sultan di Langkawi, Wah Yahya (atau dengan gelaran Datuk Pekerma Jaya) dan Wan Mahura.










Fitnah

Ketika pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II ibni al-Marhum Sultan Ziyauddin Mukarram Shah (1803-1843), hubungan Kedah-Siam menjadi keruh. Mahsuri hamil ketika Wan Derus keluar dari Langkawi (tidak diketahui tujuannya tetapi sumber menyatakan beliau berperang dengan tentera Siam di Kuala Kedah). Sepeninggalan beliau, Mahsuri dikhabarkan tinggal bersama ibu bapanya. Ketika waktu tersebut, Deramang, seorang penyair kembara (sesetengah sumber mengatakan beliau peniaga) singgah di Langkawi. Kebolehannya menambat hati penduduk Langkawi lalu dengan ehsan ibu bapa Mahsuri, Deramang tinggal di rumahnya untuk mengajarkan syair dan dendang.






Kepandaian Deramang dalam bersyair menaikkan nama Mahsuri sebagai tuan rumah dan menimbulkan kecemburuan Wan Mahura, ibu mertuanya sebagai isteri pembesar pulau Langkawi. Kelahiran anak Mahsuri, Wan Hakim, mencetuskan fitnah apabila Wan Mahura menuduh Mahsuri bermukah (melakukan hubungan sulit) dengan Deramang.






Atas sebab itu, Mahsuri dan Deramang ditahan dan dijatuhkan hukuman bunuh oleh bapa mertuanya sendiri setelah termakan hasutan isterinya. Tanpa menunggu Wan Derus pulang, Mahsuri dan Deramang di bawa ke Padang Matsirat, pusat Langkawi ketika itu, untuk dijatuhkan hukuman. Mahsuri diikat di sebuah batang pokok dan ditikam dengan tombak. Menurut lagenda, tombak yang digunakan tidak dapat menembusi tubuh Mahsuri. Akibat terseksa,Mahsuri mendedahkan bahawa dia hanya dapat ditikam dengan tombak sakti (terdapat pihak yang menyatakan bahawa senjata itu adalah keris) yang terdapat di alang rumahnya.


Batu penanda tentang kematian Mahsuri.
Kata-kata terakhir Mahsuri amatlah masyhur apabila ia seringkali diulang dalam mana-mana persembahan. Ayat-ayat terakhir Mahsuri adalah berupa sumpahan untuk tidak menghalalkan darahnya jatuh ke bumi kerana beliau mangsa fitnah dan mengutuk pulau Langkawi untuk tidak tenteram dan permai ibarat padang jarak padang tekukur selama tujuh keturunan.






Walaupun dipujuk dan dirayu ibu bapa Mahsuri, hukuman tetap dijalankan dan Mahsuri dibunuh tanpa dosa yang dituduh. Menurut lagenda, Mahsuri mengalirkan darah berwarna putih hanya kerana kata-katanya yang tidak menghalalkan darahnya jatuh ke bumi. Deramang turut dibunuh kemudiannya walaupun bertindak ganas. Mahsuri dikebumikan oleh ibu bapanya bersebelahan dengan harta tebusan yang ingin digunakan untuk menebusnya. Mahsuri dikatakan meninggal pada tahun 1819 Masihi bersamaan 1235 Hijrah.










Sumpahan Mahsuri
Seminggu selepas Mahsuri dibunuh, Wan Derus pulang setelah Kedah gagal menewaskan Siam. Selepas mengetahui akan hakikat tentang isterinya, dia kecewa lalu membawa anaknya, Wan Hakim keluar dari Siam. Sejurus itu, tentera Siam menyerang pulau tersebut. Langkawi hancur dan hangus.






Datuk Pekerma Jaya melarikan diri bersama bersama orang kuatnya, Panglima Hitam. Malangnya, Datuk Pekerma Jaya ditangkap oleh tentera Siam di Sungai Langkanah dan diseksa serta dibunuh dengan kejam. Begitu juga dengan Wan Mahura yang dirogol dan disiksa tentera Siam. Anak mereka, Wan Muhamad Ali bergegas pulang dari Pulau Pinang untuk membalas dendam. Kejayaannya mendorong sultan melantiknya sebagai pengganti ayahnya. Walau bagaimanapun, pulau Langkawi tidak pernah makmur kerana kegiatan lanun dan jenayah yang teruk










Penutup Sumpahan
Sebelum 1980-an, Langkawi memang tidak makmur hinggakan orang mengatakan yang kerbau lebih banyak berbanding manusia di sana. Ketika Tunku Abdul Rahman masih menjadi pegawai daerah, Tunku sentiasa melawat Langkawi tetapi tiada siapa yang tahu di mana tempat pengkebumian Mahsuri. Maka, Tunku mencari sehingga menemui sebuah kubur yang tersembunyi lalu dibinakan sebuah makam, yang dikenali sebagai Makam Mahsuri.






Menjelang 1980-an, Langkawi menjadi lebih makmur (satu daripadanya disebabkan kedatangan pekerja untuk membina makam Mahsuri). Ada yang menyatakan kemakmuran itu disebabkan lahirnya keturunan ketujuh Mahsuri (ada yang mengatakan kelapan) menamatkan segala sumpahan Mahsuri ke atas pulau Langkawi. Keturunan ketujuh Mahsuri iaitu Sirintra Yayee atau Nong May atau nama Melayunya, Wan Aishah binti Wan Nawawi menetap di pulau Phuket, Thailand ketika pertama kali dijejaki.






Kebetulan pula ketika itu, Langkawi menjadi pusat pelancongan dan jualan bebas cukai lalu menarik lebih ramai pengunjung ke pulau itu. Perdana Menteri Malaysia yang keempat, Tun Dr. Mahathir turut membantu mempromosikan Langkawi dengan menambahkan infrastruktur dan menjadikannya pusat pertunjukan seperti LIMA.
 
Sumber : Carigold

GAMBAR | Benda Pertama Di Dunia

Gambar Benda Pertama Di Dunia

Penampakan Sinar-X Pertama (1895): Röntgen's wife hand





Pada 1895, Wilhelm Conrad Röntgen, profesor fizik dari Universiti Wurburg di Jerman telah menerima Hadiah Nobel dalam bidang Fizik pada tahun 1901 kerana penemuan sinar-x beliau.






Pencakar Langit Pertama (1885): Bangunan Insurans Nyawa Di Chicago

 

Ketinggiannya 42 meter di rekodkan pada 1885 di Chicago, Illinois dan dan kemudian diubahsuai semula pada 1931. Gedung ini ialah bangunan untuk Home Insurance Building yang mempunyai 10 tingkat.




Web Server Dan Web Site Pertama (1990): a NeXT computer at CERN



Info.cern.ch adalah alamat website dan web server pertama di dunia. Berjalan menggunakan NeXT computer at CERN. Alamat web lengkap yang pertama kali adalah http://info.cern.ch/hypertext/WWW/TheProject.html yang diperkenalkan dan dibuat oleh Tim Berners-Lee.






Photografi Pertama (1826): "View from the Window at Le Gras"





Berabad-abad kemajuan dalam kimia dan optik, termasuk penemuan kamera obscura, menjadikannya pelopor untuk foto pertama di dunia. Pada tahun 1826, ilmuwan Perancis Joseph Nicéphore Niépce, mengambil foto itu, berjudul "View from the Window at Le Gras" di rumah keluarganya.






Karya Novel Pertama (1007): Tale of Genji


Lebih dari beribu2 tahun-tahun yang lalu lebih kurang 1007M novel yang berjudul Tale of Genji mengisahkan cerita seorang lelaki yang sedang mencari cinta dan banyak kali dia bertemu wanita di sepanjang jalan. Ditulis oleh orang Jepun yang bernama Murasaki Shikibu.





MP3 Player Pertama (1998): MPMan 32MB







DI lancarkan pada tahun 1998, MP3 Player Pertama Di Dunia, terdiri dari 32MB dan 64MB. Harganya pula ialah $69.










Komputer 'Mouse' Pertama (1964): by Douglas Engelbart



Mouse pertama didunia di cipta oleh Douglas Engelbart pada 1964, terdiri darpada dua sliding wheel dan dibuat daripada kayu.










Motor Pertama Di Dunia (1885): Daimler's "riding car"



Kenderaan bermotor pertama dicipta dan dibangunkan oleh orang Jerman iaitu Gottlieb Daimler dan Wilhelm Maybach di Bad Cannstatt (Stuttgart) pada 1885. Walaupun ada yang mengatakan sudah wujud Reitwagen (kereta kuda bermotor). Kendaraan pertama ini digerakkan dengan minyak tanah.


Ada banyak lagi, teruskan membaca :)


Thursday, November 24, 2011

GAMBAR | Kad Pengenalan Pertama Di Malaysia - Tunku Abdul Rahman

GAMBAR | Kad Pengenalan Pertama Di Malaysia - Tunku Abdul Rahman


  Gambar ini dikatakan Kad Pengenalan pertama di Malaysia yang dimiliki oleh Tunku Abdul Rahman. Kesahihan gambar ini mungkin iya kerana didapati oleh sumber yang boleh dipercayai. Jom kita tengok :







Sumber : carigold
 

Riwayat Seorang Insan Hina Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!