Assalam kawan-kawan, wahh SPM nak dekat ni. Aku gementar sebab hanya belajar matematik dari dulu sampai sekarang tak habis-habis untuk topik pertama. Nampaknya aku tak mampu belajar sendiri, terpaksalah belajar di mana-mana pusat tuisyen nanti. Contest 5.0 yang akan aku buat pada 20 ogos ni terpaksa aku tangguhkan sehingga habis peperiksaan SPM nanti. Owh untuk maklumat korang, contest 4.0 aku telahpun aku tutup dan keputusan telahpun keluar. Jadi yang mana ada join contest ni sila ke SINI .
Oleh kerana aku nak lebih kepada pelajaran nanti, aku ingat nak private je blog ni ataupun nak remove kan je blog ni ( diberikan masa 90 hari untuk unremove smula oleh google ) tapi aku rasa dengan cara tu akan jatuhkan 100% blog aku yang telah aku habiskan masa dan wang aku selama ni. Tapi alhamdulillah, dengan bantuan rakan blogger iaitu Syafiqorangmelaka yang sudi mengemas kini blog aku, jadi aku melupakan hasrat tu dan beliau akan mengambil alih blog ni. InsyaAllah lepas SPM ni aku menyusul balik dengan contest2 yang bakal aku buat nanti. Jadi lepas 02/09/2011 ni segala penulisan di entry blog bukan lagi dari aku sehingga habis SPM ni. Harap maklum.
Sebelum tu aku mahu minta kerjasama kepada semua yang telah aku 'berhutang' ( melalui contest, pengiklanan dan sebagainya ) sila hubungi aku di facebook dan aku akan selesaikan sebelum hari raya aidilfitri 2011. Kepada sesiapa yang telah aku berjanji untuk memberikan header, sila cari aku di facebook ok. Aku akan gunakan perkhidmatan dari alieff.com sebagai ganti secara percuma. hubungi aku dan aku akan berhubung dengan alieff ya.
''Berikut mengenai Isu Arlene Tan yang dikatakan identiti Makcik hajjah Sitt Al-Wuzara oleh Penggodam GaySec dan aku juga salah seorang blogger yang menyebarkan mengenai berita itu , Disini aku mengambil kesempatan untuk meminta maaf diatas penyebaran berita itu setelah Arlene Tan menafikannya dan pengakuan salah maklumat oleh GaySec. Sekali lagi aku memohon maaf kerana mengeluarkan kenyataan yang tidak pasti. ''
Sebelum aku melabuhkan tirai untuk entry ni, aku ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang sudi membantu aku tak kira apa saja sama ada mengenai blog ataupun peribadi. Terima kasih juga aku ucapkan buat semua bloggers yang sudi menyertai jelajah 1,000 blog aku sehingga berjaya membuahkan hasil yang terbaik.
Dikesempatan ini aku ingin meminta maaf secara terbuka pada Fariqscorpio diatas kebiadapan aku di BCR, pada Mas Ahmad Safwan diatas isu hosting, pada Ainina Jelani diatas isu peribadi dan kepada semua yang mungkin aku terkasar bahasa, mengeluarkan kenyataan palsu dan menyakiti hati sesiapa. Sekian dariku, Assalamualaikum.
* Apa yang baik dariku datangnya dari Allah S.W.T , dan apa yang salah dariku datangnya dari kesilapan diri sendiri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
15 comments:
wah! macam sedih plak baca ayat2 hang.. ala, releks la bro, pejam celik pejam celik dah abes SPM n hang boleh blogging balik..
btw, Good Luck ye untuk SPM..
Tibai semua subjek bagi dapat A.. ;)
MySuaraBlog: Penyakit Makan Benda Pelik
bgs2.. semoga berjaya..
lps nie boleh tukar tagline jd riwayat insan yg berjaya..^_^
gudluck spm
good luck bro!
AF, jangan diucapkan selamat tinggal. :tlg
Do the best, Be the best, beat the rest and all the best for your SPM. :ohno
jum kita spm sesama :)
gudluck !
study molek AF.. blog ni nanti2 boleh naikkan trafik lagi..
p/s: :yes boleh kejar follower AF balik *gelakjaat* ^___^)v
gud luck for ur spm!! buat elok2.. hehehe..
Samala, akk ada test! Tinggalkan blog sekejap..
selamat berjuang!semoga success!
oh gud luck!!!
http://mallowello.blogspot.com/
Good luck for your SPM
Restoran Nelayan Taman Tasik Titiwangsa
Tak perlu remove just privatekan saja...
http://www.sinarraudah.com/2011/08/teguran-dari-salah-seorang-blogger.html
EH? Baru pasan, orang tu nak amek SPM ke? Hehe
selamat berjaya ..may success be with you :)
Post a Comment
Terima Kasih sebab komen, tapi komen ancaman, ugutan, hasutan akan didelete ya :).jom like fanpage facebook AF :) FB AbdulFarique.com