Sunday, February 6, 2011

Lagu Yang Membawa kenangan


    Salam , entry aku kali ni mengenai 'Lagu Yang Membawa Kenangan' yang bermaksud lagu-lagu apa yang aku minat dan membawa maksud yang mendalam untuk aku . Kalau korang ada tak rugi kan 'sharing' ! . Jangan tipu ok kalau korang kata korang tak pernah bercinta . Semua orang pernah merasa dicintai dan menyintai . Entry ini lebih kepada perasaan dan jiwang sikit . Huhu .

   Siapa yang tak pernah rasa bahagia dan putus cinta , angkat tangan ? Korang memang dasyat :) . Alhamdulillah k . Aku juga pernah merasa tu . Sebab tu hanya lagu menjadi kenangan aku . Ye la , kenangan kan yang menjadikan kita lebih berhati-hati dan lebih cemerlang untuk episod hidup seterusnya .

kalau nak baca lagi tekan button Read More ya !





Oke aku teruskan dan 'straight to the point' oke . Diantara lagu lagu yang menjadi kenangan untuk aku adalah :-



Sayang - Menara
Lagu yang membawa aku kepada kenangan dan pengalaman ketika aku tercinta lebih serius ( bukan cinta monyet ) pada tahun 2008 . Ini masa aku merasai apa itu cinta sebenarnya . Memang membuatkan aku hanyut dalam percintaan . Akhirnya aku putus jua dengannya kerana sikap dan ego aku sendiri . Memang salah aku . Maafkan aku .



https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi6Y2rD0ab-ova9nu1EfJV8FMi5yb5yKXzzD2RIE-AgRq3UGV_QFb5gsD7AY4nI9kWKXgoRyG6svOPVYBQ52Y2tM9zKeKzndGjY_Ntec-1C-PEAjO4trjUpeMFr4p_8jzK0MUBbNXKtwVKB/s320/Black+Rose+-+Black+Rose+%2790+-+(1990).jpg
Penantian - Blackrose
Lagu ni memang menyentuh perasaan aku apabila aku bercinta dengan seorang gadis ini . Memang hangat waktu aku bercinta dengan dia . Akhirnya kami putus diatas kehendak dia . Aku cuba kembali kepadanya . Akhir sekali aku putus asa dan aku bangkit dari jatuh .




Realiti Insan - Santeekee
Pertama kali dengar lagu ni masa kat karoeke Bukit Jambul . terus membangkitkan semangat aku dari perasaan cinta yang terlalu . Akhirnya dari sini aku telah menemui cinta baru . Huhu .

http://upload.wikimedia.org/wikipedia/ms/thumb/a/a3/Meditasi_-_Demi_Rindu_%2795_-_(1995).jpg/220px-Meditasi_-_Demi_Rindu_%2795_-_(1995).jpg
Biar Pedih Kasih Memanjang - Meditasi
Lagu ni aku akan dengar bila aku teringat cinta aku yang pertama kali muncul dalam hidup aku . Cinta yang sulung lahir dalam hati aku . ''Kepastian terbenam luka di hatiku'' . huhu .


Mekar Dijiwa - Xray
Lagu masa aku bercinta dan merasai kegembiraan yang tak pernah aku rasa selama ni . Hangatnya . huhu :)



Sepi Tanpa Cinta - Spring
Haha . Lagu ni akan menyentuh perasaan aku bila aku berada dalam kesunyian . Masa baru baru putus cinta la kan . Biasalah tu rasa sepi . hehe '' Ku rasa sepi tanpa cintamu , bagai malam tiada cahaya'' . 




Biar Berjauhan - Kapilla 
Lagu ketika aku betul-betul rasa benci kat seseorang tu , haha :) benda lama da tapi ini kenangan yang betul-betul aku tak dapat lupa .




Luka Seribu Rindu - Fotograf
Aku minat lagu ni bukan sebab aku bercinta ok . Tapi kenangan aku mendengar lagu ni menyanyikan 'live' oleh arwah Shamrin ( fotograf ) masa konsert dekat Pesta Pulau Pinang 2009 . Dengar live depan mata aku aku tahu setapa susahnya menyanyi . Shamrin is the best singer ! . Al Fatihah ...



Liya Juwita - Barongan
lagu ni aku dengar semasa aku berkenalan dengan salah seorang forumer Rockapak.org yang bernama Barong . Lagu ni kenangan aku bersama rockapak.org hingga aku telah membuat novel iaitu Lieya Juwietaku



Cukup la setakat ni . Kalau kalau letak lagi sampai esok pun tak abis . Aku dah share , apa kata gilirang korang pulak share lagu dan kenangan korang kat sini :p 
ok la salam , Korang share2 la jugak k :)




 

18 comments:

Fariehan Ibrahim on February 6, 2011 at 11:10 AM said...

lagu dulu2 mmg jiwang,
even rock pom tp lirik tgkp leleh! xD

admin on February 6, 2011 at 11:13 AM said...

@FariehanIbrahim [LBC] : leleh tu la buat jadi romantik :p

Youhazreenda on February 6, 2011 at 11:24 AM said...

suke karok lagu blackrose-penantian :)

admin on February 6, 2011 at 11:27 AM said...

@youhazreenda : awwww .. boleh bawakke lagu tu ? hihi

shaliza khairi on February 6, 2011 at 11:46 AM said...

peminat rock kapak upenye. tp mang lgu dlu2 superb r dri lgu skrg ^^

syafiqsulaiman on February 6, 2011 at 11:48 AM said...

AKu ske ramli sarip..!
lagu dia memang terbaek..
hehehe

admin on February 6, 2011 at 11:52 AM said...

@syafiqsulaiman : ramli sarip ? wow .. lau bro tak minat lagu Batu - Sweet Charity memang bro bukannya minat dia :p

admin on February 6, 2011 at 11:53 AM said...

@shaliza khairi : tahu takpe .. lagu2 lama dulu tak kekok sampai sekarang .
Dwen - Suatu penantian . best :)

nuriz on February 6, 2011 at 11:53 AM said...

ishh banyak lagu kenangan saya hehehe
lagu sampaikanlah salam..masa budak budak dulu saya dgn 4 org kawan duk atas buaian kami nyanyi ramai ramai ..kuat kuat sampai tok wan saya marah hahah


ada byk lagu..tapi tu paling syokk

admin on February 6, 2011 at 11:57 AM said...

@nuriz : tahu takpe .. hihi . kenangan kan . byk yang tak dapat nak cerita .. nak buat entry pon 1 hari baru siap . huhu :)

Doppelganger on February 6, 2011 at 12:24 PM said...

azie suke lagu 'siapa yg rampas cintamu' dan sejiwa by spring..

admin on February 6, 2011 at 12:30 PM said...

@aZie : awww jiwangnye :p .

lurim on February 6, 2011 at 1:21 PM said...

AlSuraya, Al Jawaher, Al Mizan, Hidayah takde ker af :p

admin on February 6, 2011 at 1:35 PM said...

@lurim : ada , af minat rabbani , Raihan , D'riyadh , Akhill Hayy .. lau nak citer ni lagi panjang :)

dyana nana on February 6, 2011 at 9:14 PM said...

wah..!! haha, lagu dulu2 bayak yg jiwang2 dari skrang...
kadang2 lagu orang dulu2 lg syok.. :D

admin on February 6, 2011 at 9:33 PM said...

@dyana nana : heheh , tahu xpe .. lagu2 dulu lagi syok dari sekarang :p

Siti Safiyyah on February 7, 2011 at 11:01 AM said...

heh ini mmg geng ngan bro ridz ni..hehe, lagu kenangan aku bias cinta..sape eh penyanyi dia tak ingat dah..dah jadik kenangan la.. :(

admin on February 7, 2011 at 11:17 AM said...

@Siti Safiyyah : hihihi . lau bias cinta . tak salah aku . Bias Cinta - Desire :)

Post a Comment

Terima Kasih sebab komen, tapi komen ancaman, ugutan, hasutan akan didelete ya :).jom like fanpage facebook AF :) FB AbdulFarique.com

 

Riwayat Seorang Insan Hina Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!