Friday, February 4, 2011

AKu Nak Mati , Aku Nak Mati , Aku Nak Mati

Pinjam dari encik google
    
 
  Salam kawan - kawan , aku kembali lagi dengan entry kerohanian dan motivasi aku . jom layan . Terlalu biadab ungkapan ungkapan sebegini diungkapkan oleh setiap insan yang putus asa , putus cinta . Apa yang saya mahu cerita apa Artikel saya yang seterusnya ini , Ialah kisah remaja yang suka mengucap perkataan itu setiap kali putus asa ataupun putus cinta . Ia bagaikan satu kebiasaan bagi remaja melayu sekarang ini . Ok lah kita mulakan cerita pertama , cerita mengenai percintaan dan cerita kedua mengenai kesusahan menjalani kehidupan . Mari kita menyusuli cerita ini .

          Percintaan , menjadi satu kebiasaan remaja melayu sekarang . Tidak kira umur berapa sekalipun , sayang punya pasal , “kita kawan , nanti duit da banyak , kita kahwin ye syg ” . Ungkapan yg menjadi kebiasaaan bagi pasangan bercinta remaja sekarang . Berjanji bercinta seumur hidup dan bersumpah sehidup semati . wahh , romantik nye . Walaupun fikiran belum cukup matang untuk menjalani satu kewajipan ini , mereka sanggup meneruskannya . Tetapi tidak pula sanggup menerima dugaan , bergaduh bergaduh . Abis kata pasangan ideal , kalau bergaduh kadang kala , itu biasalah tapi kalau tiap tiap hari ? saya sayang awak ke maksudnya tue ? kemudian berpisah , lalui meracau bagai orang gila , menyesali pemergian bekas kekasih . Lalu terucapkan perkataan Aku Nak Mati Aku Nak Mati !! Mungkin anda tidak berapa faham penjelasan saya , Tapi saya yakin anda juga pernah mempunyai pengalaman sebegini .


Jom read more .


       Cerita Kedua : Kehidupan yang susah memang tak mampu di tandingi . Tetapi itulah dugaan yg diamanahkan untuk kita . Ye la , siapa yang mahu susah . Pasti tidak sanggup . Baiklah , saya mulakan cerita kedua ini yang bertajuk Kehidupan Sebenar Dunia . Norman , seorang ahli perniagaan yang berjaya . Mempunyai 5 pejabat di Malaysia .Hendak dijadikan satu cerita , perniagaan Norman mulai merosot . Kejatuhan Ekonomi di Malaysia juga menyebabkan Norman menjadi merosot . Akibat tidak mampu membayar gaji gaji perkerja , sewa pejabat , maka Norman terus putus asa dan menutup sepenuhnya syarikat yang dibinanya . 

Pinjam dari encik google

     Nak pinjam bank tak dapat , sudah pinjam . dipinjam Berpuluh puluh dari bank untuk membiayai bisnes bel0m diselesaikan lagi .nak pinjam along takut . Lalu Norman membuat keputusan sebegitu . Norman tak mahu lagi menceburi bidang ini . Norman jatuh miskin , dan jatuh muflis . Norman tak tahan meneruskan kehidupan ini lagi . Dia benar benar putus harapan , lalu salahkan diri sendiri . Kemudian , dia terus mengucap Aku Nak Mati Aku Nak Mati Kemudian beberapa minit sebelum airmata meleset , dia menolak tangga yang dipijak kemudian tergantung lah Norman di tali buatannya .


     Ok , teladan bagi cerita percintaan itu . Kita hanya lah manusia biasa dan kita tidak mampu melawan dugaan yang diberikan kepada Kita . Janganlah kita terlalu yakin dan terus menjadi munafik dengan bersumpah beribu berjanji setia tetapi akhirnya memungkari janji tanpa sengaja . Sesungguhnya kita mengetahui bahawa kehidupan kita ditentukan oleh Tuhan dan apa yang dikejar di dunia ini hanyalah sementara saja .


     Teladan bagi cerita yang kedua , Kejayaan dan Kemenangan ini adalah ketentuan Tuhan , Dugaan dan cabaran ini adalah biasa dari kehidupan . Cuma yang penting adalah semangat meneruskan perjuangan hidup . Jika rezeki itu tidak berjaya diambil , Tuhan Maha Adil , pasti ada cara lain untuk kita berkerja mencari hasil yang halal didunia ini . Cuma apa yang penting usaha dan semangat perlulah di ‘gain’ .


    Aku nak mati , ucapkan ini tidaklah perlu wujud dalam diri kita . Apa yang penting , doa doa untuk Tuhan yang penting dalam kehidupan kita . Kerana doa jua membangkitkan semangat dalam jati diri kita . Menghidupkan rohani yang telah luput dan hilang dari lunak hati sanubari kita . Semoga yg salah dari saya dijadikan pengajaran dan yang betul dari saya dijadikan kegunaan pada masa kelak . Kedua dua cerita diatas tiada kaitan diantara yang hidup dan yang sudah tiada .

  
 100% Buatan Abdul Farique.. Salam

17 comments:

H.A on February 4, 2011 at 12:28 PM said...

manusia yg tak berfikir panjang dan hilang kewarasan akibat terlalu kecewa serta tidak yakin dgn Allah je yg akan ungkapkan perkataan aku nak mati'..

Feeling down n stress tu perkara biasa.. tapi jangan ambil jalan singkt dgn menamatkan riwayat hidup di bumi ni....ingat, kehidupan selepas mati lagi payah dr sekarang bergantung kepada amln masing2 sewaktu di dunia fana ni..

kalau dh tamatkan riwayat hidup dunia dengan jalan singkat = bunuh diri, maka balasan dan siksaan yang amat dahsyat yang akan mengiringi pemergian kita...

Apa pun dugaan yg dtg melanda, kita harus kembalikan kepada Allah......berlapang dada dan yakin dengan pertolongan Allah swt..

wallahualam~ =)

Juliet_iRa~" on February 4, 2011 at 12:33 PM said...

likee.. :)
setuju sgt..
kalo da break tu, cuba utk redha la..
even bkn slh sendiri tp mgkin tu yg tbaik kan.. :)

p.s : bw from kita-bloggers..

admin on February 4, 2011 at 12:36 PM said...

@FeeZ~Hafizah~cucuatokaji : apa yang awak dakwa tu benar . tapi nak kata perkara ni tak logik , bukan . kita ingat sekeliling . banyak lak tu kes2 bunuh diri , percubaan2 bunuh diri sebab benda ni .. jadi benda ni 100% logik . diluar batasan tapi kenyataannya memang wujud .. itu la kan , bila syaitan bertakhta didunia ..

admin on February 4, 2011 at 12:37 PM said...

@Juliet_iRa~" : betul . tapi bukan semua yang boleh redha kalau dah hampir kecapi cita2 tapi gagal akhirnya .. ( thanks 4 support kita-bloggers ! )

Siti Safiyyah on February 4, 2011 at 1:15 PM said...

teringat my ex dlu penah cakap camtu gak..tah pape..macam dia hidup ni demi pompuan jek..tak tau mane asal dia datang..adeh payah dapat lelaki camtu..

admin on February 4, 2011 at 1:30 PM said...

@Siti Safiyyah : betul tu SS . err tapi i tak macam tu ngn dengan u . hikhik , just kidding . entah la ss , percakapan kita ni kadang2 tak tercapai dek akal kita ..

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine on February 4, 2011 at 2:23 PM said...

nak mati sebab cinta wat pe.. huhuhu..

farah. pa'in. achik. ain .mOk . on February 4, 2011 at 2:45 PM said...

ratu pon banyak kali putus cinte,alhamdulillah....
tak penah lagik jadik gile nyebot mende yang tak waras tu hihi

admin on February 4, 2011 at 2:52 PM said...

@topimagine : huhuh . memang tapi benda ni dah logik walaupun tak masuk akal

admin on February 4, 2011 at 2:52 PM said...

@farah. pa'in. achik. ain .mOk . : Alhamdulillah , kuatkan iman dan jangan terasuk hasutan laknat tu :)

Anonymous said...

buang masa je bcinta btahun2 last2 putus juga. bt dosa btambah ada la.

admin on February 4, 2011 at 3:16 PM said...

@Aimi Razman : huhuhu . lain org lain cara =.=

MiMie AddNin on February 4, 2011 at 3:43 PM said...

moral of story...
jgn terlalu ikut perasaan..
kalu kte rase kte susah, org lain lg susah..
kne byk bersabar..
Allah uji kte setakat yang kte mampu..
Incik Farique doakan jodoh saye org baik2 ye..
hehehehe

Artzlizan on February 4, 2011 at 3:47 PM said...

aku nak mati....tapi dalam islam
perkongsian yang bagus bro...

admin on February 4, 2011 at 4:19 PM said...

@MiMie AddNin : yep betul . Amin . semoga awak bertemu dengan insan yang mulia :)

admin on February 4, 2011 at 4:20 PM said...

@princeduyong : terima kasih ye :)

Anonymous said...

aku pun ase nk mati je ..idup lme makin byk dose . mintak sgt allah amek nyawa ni

Post a Comment

Terima Kasih sebab komen, tapi komen ancaman, ugutan, hasutan akan didelete ya :).jom like fanpage facebook AF :) FB AbdulFarique.com

 

Riwayat Seorang Insan Hina Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!