Sunday, December 19, 2010
Kenapa Aku Suka Berjalan Dari Naik Kenderaan ?
Salam kawan , jumpa lagi . Hari ni aku nak buat entry ni . 'Kenapa aku suka jalan kaki dari naik kenderaan ?' . Tapi tak de la nak berjalan jugak kalau penang pergi KL tu aku tak sanggup . haha :) .
Seronok juga kalau berjalan ni , sekali skala buat aku gembira . oke la , aku teruskan cerita yang berkenaan dengan tajuk entry ni . Sebelum tu , korang kena tekan Read More untuk baca seterusnya .
Ok aku mula terus ok .
KEBAIKAN BERJALAN KAKI
Macam-macam yang sihat kawan . Kaki , lutut , paha , betis mesti makin lama makin kuat . Kalau kita malas nak berjalan , mesti sakit-sakit je . Berjalan memang penat , tapi dapat membina kekuatan kaki .
KEBURUKAN BERJALAN KAKI
Bila kita berjalan kaki , pasti ada risikonya . Entah-entah kena ragut ke , kena rompak ke , peras ugut . Yang tu tak kesah , yang paling kesah ialah takut dilanggar . fuhh , bahaya ..
KENAPA AKU SUKA BERJALAN KAKI DARI NAIK KENDERAAN ?
1. Dapat kuatkan kaki aku
- ye la kan , asyik berjalan je . InsyaAllah kawan , kaki kita lebih kuat dari sebelumnya . Umpama kita berjoging la . Berjoging untuk apa ? untuk senaman bukan . Macam tu juga dengan berjalan . Pernah dengar tak dalam filem The Karate Kids , Jackie Chan pernah kata . '' Apa saja yang kita lakukan , itu adalah kung fu''. ;
2. Dapat mengeluarkan peluh ( sihat )
- Korang tau kan kebaikan kalau keluar peluh . insyaAllah sihat-sihat je badan . Peluh bermakna toksin-toksin dalam badan kita tu keluar la . Kira toksin yang kotor akan keluar dan tak ke itu sihat ? ;
3. Dapat imbangkan berat badan
- InsyaAllah setakat ni berat badan aku tak pernah naik lagi . 65 Kg saja . Kalau korang banyak berjalan , InsyaAllah korang boleh imbang berat badan korang . cuba la ;
4. Dapat lihat permandangan tanpa diganggu
- Aku naik bas je , jadi kalau aku nak tengok pemandangan yang indah dalam keadaan yang tenang ni , Jangan harap la sebab benda ni la . aiyoo ;
5. Dapat jimat wang
- Jimat la sikit kan . Gaji aku dah la kecik . Aku nak makan lagi ape lagi . Ni asyik berhabis duit kat kenderaan je . tak boleh la , berjalan kaki la lagi senang ;
Itu saja entry aku arini kawan , sebab aku tak dapat buat panjang-panjang arini kerana aku sudah nak pergi kerja . Ehh , korang nak domain '.com' free tak ? ada satu contest tau ! untuk maklumat lanjut bleh ke : Contest Blog Abdulfarique.com dan Mohamadfaiz.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
huhu...dapat kurangkan asap dari kenderaan...basahkan bumi dengan peluh..hehe
ya bro , farid baru nak cakap tu . lupa lak . hahaks :p
gua suka berjalan time traffik jam. lagi cepat sampai destinasi dari naik kenderaan. haha
haha . itu sungguh bro . gua percaya kata-kata lu . jimat kan . minyak . berjalan hingga ke destinasi , lepas tu beli air berapa ringgit je then minum , penat hilang dan dpt tenaga balik . :)
Post a Comment
Terima Kasih sebab komen, tapi komen ancaman, ugutan, hasutan akan didelete ya :).jom like fanpage facebook AF :) FB AbdulFarique.com