Thursday, December 9, 2010

Engkau Yang Pasti - Dayana


Engkau Yang Pasti - Dayana

Mungkin lagu ni tak famous bagi korang sebab ni band lama . .
Syok bila layan time ni , teringat kat perempuan aku , . '',
  • '' Ungkapkanlah ohh tirai pemisah , yang engkau jadikan ujian cinta . ungkapkanlah khalimah sejati menjadi laluan kepulangan ini ''.

Harapan aku , agar you all faham maksud lagu ni :)

Harian Ku Di B-Suite ( 08 Disember 2010 )

  
 Salam , hai kawan-kawan . seperti cerita ku iaitu cerita Pendedahan harian Ku Di B-Suite , aku kembali dengan epik yang kedua di B-Suite sempena MENJEJAK 2011 DI B-SUITE ! Esipod cerita kali ini bertarikh 08 Disember 2010 mengisarkan cerita aku dari perjalanan ke tempat kerja dan perjalanan ke rumah . ayuhh kawan-kawan , take the exp !


Dust Mop Dan Penyapu Kegemaran ku

  -Pada pukul 12.00 tghari ( Arinie tepat-tepat oke ! ) . Sampai2 je tempat keja aku terus ke control room . Cari-cari punch card tak jumpa . Rupanya ada masalah sikit yang ntah apa-apa . ( malas nak citer ) . Aku pun naik tingkat 2 . standard la . Office aku . huahuahua !



Menekan Button 2
  Lepas tu aku pun masuk le ke office HK tu , standard la masuk2 mesti kena bising bcoz semalam absent . Absent bersebab kot . pastu aku pon tros g check toilet dulu tgk oke ke tak oke ( wahh , macam supervisor PA lak aku ni kan . huhu ) . g check semua toilet la . PA Yussof dah buat dah . oke la aku just touch up touch up balik je toilet2 tu coz toilet la byk orang complain , Busuk la wangi la , bau kari la , bau hempedu la , bau kambing la . macam2 bau ada . ''Sabar je la dik", Korang tahu sape cakap ni kat aku ?? hehe ...

Dah Touch Up ! Bersih pun !
   Bila selesai touch up toilet , aku pun touch up perut aku dulu . huhu , nak makan tak mampu . Duit gaji abis bayar hutang sana-sini so aku g makan kat tempat biasanya . Cheff masak lagi tu . hehe :) Abis je makan aku g sapu satu B-Suite lak . Paling Seksa sapu Basement . huhu .

Sedang Menyapu Basement

   Basement tu sapu pi la macam mana pun , kotor jugak . Serupa aku potong air ( bak kata pepatah , air dicincang takkan putus ) . Kecuali lau aku curi kepala paip ! ( ceitt , pada da aku merapu ! hehe ) . Lepas abish satu kawasan aku menyapu ( wahh berpeluh jugakk ! Lencun aku ) , Aku pon pergi la buang sampah . ( Aktiviti biasa tu ) .

Angkat dik angkat ! Chest Up !!
   Yearhhhhh , aduhh letihnya angkat sampah . Serupa aku angkat besi 2 kg . haha . Sebelum aku buang sampah aku melilau dulu cari sampah untuk dibuang . naik ke lobby la pusing tingkat 2 la ape la . memang memenatkan dan kotor sikit la . ( Asal Bisa tegal biasa ) . Kotor tu kat mana-mana pon kotor kan . Dalam masa aku berkerja aku memang tak lepas utk bermain something utk hilangkan tension dan boring ..

Buat ape ni ? main Belon ! Hehe ;

   Ape kejadahnye aku nih ?! macam budak2 ! huhu . Al maklumlah , di B-Suite takde taman permainan . Jadi aku wat aktiviti kebudak-budakan aku la kat basement .Nyanyi lagu la , berjoget la . Ntah apa ape punya laki . huhu . Lepas puas bermain , dalam 15 minit lepas tu , aku terlupa sampah untuk dibuang . So apa lagi , Bergegas laaa :)

Korang sanggup angkat sampah ni ?

   Seret farid , seret !! . arghh , macam Apache Serengg . hehe . Korang sanggup x angkat sampah ni ? yang berair , busuk dan berat macam ni sampai aku terpaksa seret walaupun aku dah gunakan kudrat yang aku ada mengangkat . Mungkin bagi org2 yang berlagak je tak mampu nak angkat walaupun sampah kecil sekalipun . takut kotor . . Ala macam2 le .. :)

Richard pun nak bergambar jugak . peacee!!
   Tengah2 aku nak buang sampah , ade jugak yang pemerhati . huhu , Zamri@Richard . ada hati lagi nak snap gambar tu . haa amiklah satu . huhuh , Richard2 .. Ehh terlebih cerita , saya sambung balik . Lepas2 buang sampah tu , dengan tangan yang berbau harum semerbak bau bunga melor , aku pun turun balik ke basement dan menuju ke lift ( nak naik tingkat 2 ) .

Lift pakcik aku !

 Sampai je kat lift , so tunggu la . lift mai . wait for your turn ( wahh , nampak macam ramai je kan . )  mana ada Long Que . :) . hehehe . lama nya lift ni nak turun . lift flat aku laju lagi . Karburator apa la lift ni pakai , tak tukar minyak hitam lagi kot . hehehe :)

haaa :)

   Ehh2 ! nak sampai dah . 1 - G -B . Sikit lagi nih .. "Ting Tong'', yes sampai da . aku pun tunggu lagi ke , terus naik menuju tingkat 2 le .

hati-hati !!


  Korang hati-hati ! jangan raba2 orang ke tunjuk tabiat tak elok korang dalam lift ni . Lift ni ada mata . huhuhu . bahaya dong :) sampai je tingkat dua aku terus g basuh tangan ma ... Cuci2 tangan ka apa ka , letak sabun sikit . tonyohh2 tangan ni macam iklan sabun dettol tu . hehe

Woi , Hang tinggai Walkie Talkie tu !!

    Alahai , Walkie talkie , nak hilang lagi ke ? hahaha . aku ni memang spesias pelupa skit . maaflah ye kawan2 , pasal aku korang semua raplah jingga . huhuhu :) lepas dah basuh tangan dah , aku wat la kerja2 aku yang aku tak sempat nak tulis kat sini . pastu tu dalam pukul 5 ptg aku letih aku pergi lepak kat basement la . Nak tau aku wat apa ?

Isap Rokok la , amik Oksigen .

   huhu , lepas abis isap rokok . aku g lepak n makan kat abg hafiz ( Cashier ) best friends also brothers ! :) . lepas tu aku naik atas tingkat 2 la .. dok relax kejap ye la baru lepas makan koi ..

Jeng2 ! Korang buat ape ha ??

   Masuk2 Housekeeping , aku relax kejap pusing2 sana sini pas tu aku duduk je la ..

Amin tengah Sibuk buat sesuatu .

   Aku tengok Amin dari tadi dok sibuk . Ntah apa kejadahnya yang dia buat aku pun tak tau la . hehehe . Lepas tu aku wat kerja aku sikit , G Lobby la basement jap pusing2 hotel dulu pastu naik tingkat 2 balik . Cukup time , dalam pukul 8.30 mlm tu aku g punch out terus g basement tunggu Sabran ( Best Friends ma ! )Sambil tu aku g lepak ngn Abg Hafiz n Zikri kat Cashier booth .  Lepas tu Sabran mai , isap2 rokok apa lu . Pastu aku terus balik ngn sabran le .. Tamatle citer arinieh :)

Esok keja malam koi
   Wahh , Arini last aku tengahari . esok malam 4 hari bersama maintenance Zikri . Teruk la aku , Zikri lebih suka menggunakan Umpama syahdu dan merdu kepada aku iaitu '' Sorry Farid , tak dapat nak tolong ang , Mata aku pedass ! '', Kata Zikri . Syahdunya aku sedap . duduk dalam 1 Jam ., Terkedengaran bunyi anehh di belakang housekeeping , karrkkkkkk . karkkkkk , karkkkkkk !! Aku pikirkan hantu , Rupanya jin tengah tidurrr !! jhahaha

Farique Says : Maaf lau artikel ni banyak mengaitkan nama B-Suite dan kawan2 sekerja . Sorry :) no que ! 

Tuesday, December 7, 2010

PENDEDAHAN ! Kisah Harian ku Di B-Suite



  Salam , ini saya nak dedahkan Aktiviti-aktiviti dan kerjaya saya di B-suite ! tak semua orang berani cerita cara kerja mereka ni . Saya Abdul Farid . Berkerja di B-Suite pada Bulan Januari 2010 . Pada Mulanya berkerja sebagai Room Maid , Sekarang beralih kepada Public Area di Department Housekeeping . Ok la , saya mula kan Kisah B-Suite saya sempena hujung tahun 2010 ni . jengg jengg jengg ,






Semasa perjalanan ke tempat kerja , aku lah yang selalu lewat . Bukan ape , naik bas tu . dari Sg.Pinang ke Bukit Jambul . berjarak tuh + Traffic Jem + Henti-Henti + Passenger baru nak kira duit + Bas Rosak + Keta or Moto accident kat depan . Kadang2 aku awal dan kebanyakannye aku lambat . Bos aku faham , itu lah yang cantik tu . Aku tak pernah Absent , kecuali lau aku sakit badan or macam-macam penyakit la . Sampai je kat tempat keja , aku sambil mengalas beg aku turun ke basement dan naik ke Lobby terus menuju ke Security Control Room ( Punch In ) dulu ..

 

    Pastu tiba masanya untuk aku masuk berkerja , sebelum aku naik tingkat 2 ( HK Office ) , aku akan singgah ke lobby dan terus naik ke tingkat 2 . Sampai tingkat 2 , aku pun berjalan menuju ke Pintu Gerbang Housekeeping ... dalam keadaan hati yang berdebar ,


  Aku mengintai dulu disebalik Pintu Gerbang Housekeeping ni , tengok siapa yang ada . Tapi tak nampak pon , last2 aku tolak je kuat2 . Bagi nampak macam peninju masuk , '' If U Smell , What The Rock Is Cooking !'' . Wahh dramatik sungguh . Hehe , masuk2 HK , apa yang keluar dari mulut aku adalah perkataan '' Assalamualaikum , Masjid Kuala Lumpur ! '', . Hehe , Masuk2 je aku terus g tengok Roster aku . Pastu aku g makan nasi lemak yang aku beli sebelum g keja tadi kat meja Maintenance . Port biasa tu .


   Aku ni pantang tengok lobby kotor . Hakhak , ayat cam bagus je kan . Takde la , selalu nya aku lebih prihatin kepada lobby ni . Korang lau p B-Suite , korang akan nampak aku lebih lama di B-Suite . Kadang2 aku ganti Bellmen jap . G Panggil teksi la , g kacau akak reception la , Reservation la . Sampai aku ni da jadi Wanted . hehe , Aktiviti aku kat lobby adalah , 

  • Sweep Lobby
  • Dust Mop Lobby
  • Mop Lobby
  • Wipe Glass Door Entrance Lobby
  • Sweep n Mop Center Staircase
  • Clean Up Toilet Lobby ( F/M )
  • Sweep Porch Area Lobby
  • Clean Rubbish At Lobby
  • Sweep Outdoor Lobby

   Aku pun dah biasa ngn kerja tu . Lobby ni kalau hujan aku memang sakit la . penat nak kena mop lobby . letih pinggang aku .


 Bila ada function , aku n member2 aku sebagai PA jgak la kena Setup . Dah Macam banquet da . kadang2 satu hari sampai 4 Function . sakit uhh nak handle . dah la , nak wat keja lain nanti .Kalau ada kesulitan , Public Area lah kena pasang banner la apa la .Kebanyakan function di sini iaitu EDS Bussiness School kerap sangat wat function . ahad lepas Group MSN masuk , aku kena kaw2 punya malam tu . diorang buang sampah kat sini , buang kat sana . fuhhh , seksa beb . Berbalik pada topik .  Buat Function lama2 ni akan menyebabkan tulang belakang aku sakit . Jadi aku pon melakukanlah aktiviti ni , :-

 
  Adakah korang tahu apa yang saya buat ni >? nak saksikan ..


 Biasa la kan , dah boring . Lepas ni g break . Break pun tak g mana2 . just g lepak kat Lobby je .
Bila pagi2 masuk keja , aku akan ke garden dan singgah di belakang Bayan 2 dan baca paper sebelum wat keja . Kadang-kadang aku makan mengikut keizinan Mamu Rahim , Chef di B-Suite .



Fuhh , masakan beliau memang gred A la ! memang sedap . Sebab tu aku tak jemu g Belakang g makan . Mamu , haha , pandang tak jemu . Kat B-Suite ni aku paling rapat ngn Abg Nizam , Billy , Sabran , Abg Amri , dengan Bro Tajul . yang lain-lain semua ok la tapi depa ni aku paling rapat .



Ha ni dia , Juara makan ! Billy ! dia memang juara makan !. He is My best Friend lol !

    Hari2 aku di B-Suite , Kadang kala aku terpikir yang keja aku ni kotor . Wat Malu je orang pandang kan . Sebab tu mana byk remaja melayu jadi cleaner coz pemikiran diorang kolot . Diorang anggap Cleaner ni kerja yang menjijikkan dan memalukan je . Kalau betul malu , asal kami tak malu ?? Di B-Suite hampir semuanya cleaner Melayu .. Bangsa2 lain sikit je . Aku mula2 pun malu jugak , aku cuma pandang muka kawan2 aku ja n masa depan aku . Aku nak cari duit untuk upgrade diri aku skit n lau boleh ckop duit nak try kolej . hehe , boleh ke ? entah la kawan . 


 Kerja kami tak leh nak tido ! coz kami ni macam Man Power tau x . bila xda jadi payah . So , sukar untuk kami relax . jadi gamba diatas ni la gambar Billy yang mengantuk akibat keletihan . Camni je la nak tido jap pon . Kesian ,




 ''Housekeeping calling farid , farid coming over '', Tiba tiba Walkie talkie aku berbunyi memanggil aku . ''Yea , Panggilan diterima , 301 gerakan 7 , Fire In the Hole '', Aku pun membalas .
'' Farid tolong mai lobby kejap , ada orang muntah''...... :)
Alahai ... Aku mengeluh kecil ... Salam ..

P/S : Ada Sesiapa yang berani kerja P/A Hotel ?? Tanggung lah risiko nya ..
 

Riwayat Seorang Insan Hina Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!