Showing posts with label hack. Show all posts
Showing posts with label hack. Show all posts

Wednesday, July 20, 2011

Berhati-hati Dengan IM Chat Di Facebook !! VIRUS .

     Assalam kawan-kawan, wah facebook sekarang ni dah bahaya. Apakah anda tahu bahawa IM Chat Di Facebook mempunyai satu lagi cara untuk menyebarkan VIRUS. Yang first seingat aku dari geng-geng bangan* yang suka antar link-link virus tu. Mangku* kan macam tu. Macam nak batuk-batuk kat muka orang yang hantar link virus tu. Tapi terbaru ni pelik, automatik keluar. Dia akan hantar mesej berbunyi 'Hi, How are you ?' . Selagi korang tak balas dia senyap, kalau balas dia akan hantar balik 'wanna laugh ?' dan 'Wanna see your video ?' .


sorry Iszuan , Pinjam .. tak pe kan . http://www.virtualiszuan.blogspot.com


   So lagi korang layan , dia akan hantar satu link .. Link bernombor ja. Hati-hati dengan link tu. Kalau klik takda apa-apa lagi kot. Bila link dia akan keluar satu web youtube phishing dan akan suruh kita update adobe dengan mendownload link adobe yang dia berikan. Try la download, disitu pc/laptop anda akan diserang.



Monday, June 20, 2011

Operation Malaysia 2 | www.pmo.gov.my Bakal Kena Hack Oleh Anynomous

   Assalam kawan-kawan , Setelah Operation Malaysia pertama yang dijalankan oleh Anynomous tidak berjaya, kini anynomous mengeluarkan notis kedua dengan membuat video Operation Malaysia 2. Mereka dikatakan menjadikan laman web www.pmo.gov.my sebagai target kali ini selepas tidak berjaya untuk menawan laman portal kerajaan malaysia, www.malaysia.gov.my.




Operation malaysia 2 Operation Malaysia 2 | Serangan Kedua Anonymous PMO.gov.my


   Anynomous dikatakan akan membuat serangan pada 04/07/2011 Jam 13:37 GMT atau lebih kurang pukul 9.30 malam waktu Malaysia. Motif untuk menawan laman web berkenaan sama juga seperti Operation malaysia 1 kerana memblock beberapa laman download yang disekat oleh SKMM.



Friday, June 17, 2011

Laman birohukum.com Dari Indonesia Kena Hack

    Kini kumpulan hackers Anak Indonesia pula melakukan serangan keatas website birohukum.com yang dimiliki oleh warga Indonesia. AF sendiri tak pasti apakah fungsi sebenar laman web birohukum.com yang telah berjaya ditawan.






   Berikut adalah page yang telah berjaya hackers Anak Indonesia Deface , www.birohukum.com/images . Setelah Malaysia kecoh isu laman web gov.my yang dimiliki oleh kerajaan kini Hackers Anak Indonesia pula menunjuk bakat. 




  Sumber : Tofan Batam dan Info Group Rileks Crew..

Hackers | Penggodam Diburu Pihak Berkuasa Berikutan Operation Malaysia

KLUANG - Kementerian Dalam Negeri akan bertindak berhubung langkah sekumpulan penggodam dipercayai didalangi warga tempatan pecah masuk beberapa laman web kerajaan.

Ia dianggap tindakan tidak bertanggungjawab dan dipandang serius.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pihaknya akan menjalinkan kerjasama dengan kementerian dan beberapa agensi lain bagi membendung kegiatan terbabit.

Menurutnya, perbuatan itu (menggodam web) wajar diberi penekanan serius dan setuju dengan hasrat disuarakan Menteri di Kementerian Kesenian, Warisan dan Komunikasi, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim.

“Dalam usaha itu, kami akan bekerjasama dengan agensi lain seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan pihak polis,” katanya di majlis pemakaian pangkat kepada 45 pegawai kanan Jabatan Penjara Malaysia di Kompleks Penjara Kluang di sini, semalam.

Beliau berkata, Unit Cawangan Khas (SB) dan beberapa unit pakar yang dimiliki negara akan turut memerangi kegiatan terbabit.

Katanya, kegiatan menggodam pelayar web seperti itu diklasifikasikan sebagai jenayah siber.
Beliau berkata, ini disebabkan tindakan tidak bertanggungjawab seumpama itu dibimbangi akan jadi lebih serius jika tidak dibendung malah data-data yang terlepas ke tangan penggodam mungkin menjadi antara inti pati bernilai bagi sindiket lain untuk tujuan tertentu.

“Jenayah ini dikategorikan mengikut atur cara jenayah komersil dan tindakan termasuk siasatan susulan disiasat Bahagian Siasatan Jenayah Komersil,” katanya.





Sumber : Sinar Harian.




Kepada hackers-hackers yang berkenaan , berhati-hatilah. Pihak berkuasa tempatan memburu mu. 

Facebook Fanpage Terengganu Gay Club Kena Hack | 17 Jun 2011

    Assalam kawan-kawan.  2 jam yang lepas, Seorang ahli kumpulan Rilekscrew telah berjaya menggodam atau hack facebook fanpage yang diberi nama Terengganu Gay Club. Serius betul betul memalukan nama negeri Terengganu dan paling memalukan adalah nama Malaysia sendiri. Tahniah dan terima kasih kepada Dboyz , Salah seorang ahli Rilekscrew yang berjaya memasuki fanpage yang memiliki 128 Peminat. Harap Dboyz dapat lagi hack fanpage yang memburukkan nama Malaysia dan nama orang Melayu.

This Page Been HACKED By RileksCrew, Please Do Not Country Name For Gayers Club... We Will Remove This Page.. !!



Thursday, June 16, 2011

Website cimbclicks.com.my Di Hack | Operation malaysia !

   Assalam kawan-kawan, Operation Malaysia yang dilakukan gerak gempur pasukan hackers Anonymous telah berjaya digodam. Misi itu disebut sebagai CIMB Bank Information Disclose pada 16 jun 2011 , 4 jam yang lalu . Diantara website banking CIMB yang telah digodam seperti :-






1) cimbbizchannel.com
2) cimbbizchannel.com.my
3) cimbclicks.com
4) cimbsclicks.com.my
5) cimbsclicks.com.sg
6) cimbcliks.my


  Info : http://pastehtml.com/view/ax93ep3ij.html

Senarai 51 Website Kerajaan Di Hack | Godam

   Assalam kawan-kawan, Terdapat 51 website yang telah di hack | digodam oleh penggodam antarabangsa dari misi Operation Malaysia. Disini AF sertakan senarai laman web yang telah berjaya di hack di blog ini. Apa-apa pun tahniah kepada cybersecurity yang berjuang habis-habisan malam tadi. Info yang AF dapat, bilangan laman web di hack akan bertambah dari hari ke hari. Tak salah aku penggodam antarabangsa mendapat bantuan dari hackers tempatan. Diantara yang mula-mula menerima serangan adalah website cidb.gov.my (6 pm, 15 jun 2011 )








     Sumber dan info : SyafiqOrangMelaka dan Anastasyea
 

Riwayat Seorang Insan Hina Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!