Ni entry Segmen , jom join . Klik pada gambar :D , menunggu sahur le :D
Showing posts with label Segmen. Show all posts
Showing posts with label Segmen. Show all posts
Wednesday, July 27, 2011
SEGMEN ILMIAH : JOM BERKONGSI HADIS BERSAMA-SAMA
Assalam kawan-kawan , diatas permohonan saudara Syafiq Mokhtar yang menjemput aku untuk menyertai segmen beliau iaitu segmen berkongsi hadis bersama-sama. Jadi ada sesiapa yang mahu kongsikan sekali marilah sama-sama kita menyertai sambil berkongsi. Ramadhan pun sudah hampir dekat, mungkin apa yang kita tonjolkan disini mampu memberikan ilmu kepada sesiapa saja dan yang terdekat adalah penulis sendiri. Siapa tahu ? Oke mari kita membaca lagi beberapa hadis yang aku kongsikan ni :) :-
“Nabi Muhammad SAW pernah bersabda :” Janganlah ingin menjadi seperti orang lain kecuali seperti dua orang ini. Pertama, orang yang diberi Allah kekayaan berlimpah ruah dan ia membelanjakannya secara benar (di jalan yang adil dan sesuai dengan perintah Allah). Kedua, orang yang diberi Allah al-hikmah dan ia berperangai sesuai dengannya dan mengajarkannya kepada orang lain.” - HR Al BukhariHuraian
Setiap perbuatan ada matlamatnya masing-masing. Tetapi apa yang kita inginkan dalam hidup ini? Ilmu, wang atau selainnya? Perumpamaan orang yang kaya harta dan menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah seperti benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada setiap butir terdapat seratus biji. Hakikatnya, kaya dan miskin akan menguji tahap keimanan seseorang. Tidak semestinya yang kaya kurang imannya dan yang miskin pula kuat imannya atau sebaliknya. Jika direnung manakah yang lebih utama, ilmu atau harta? Tentu sekali ilmu kerana seperti kata sayidina Ali: “Ilmu akan menjaga diri mu, sementara harta adalah sebaliknya, kamu yang harus menjaganya.” Namun alangkah baiknya jika kita kaya kedua-duanya. Kaya harta dan kaya ilmu kerana kedua-dua mampu menaikkan kedudukan kita bukan sahaja di sisi manusia bahkan di sisi Allah SWT iaitu dengan cara memanfaatkan kurniaan Allah itu ke jalan yang diredhai-Nya.
Nabi s.a.w bersabda: "Tidak ada satu hari yang terbit mataharinya melainkan ada di kiri kanan matahari itu: dua Malaikat yang menyerukan seruan yang didengari oleh semua makhluk Allah selain dari manusia dan jin, katanya: "Wahai sekalian manusia! Marilah kamu semua berusaha mengerjakan amal bakti kepada Tuhan kamu, kerana sesungguhnya pendapatan-pendapatan yang sedikit serta mencukupi keperluan hidup di dunia adalah lebih baik daripada pendapatan-pendapatan yang banyak serta melalaikan bekalan akhirat; dan tidak masuk matahari melainkan ada di kiri kanannya dua Malaikat yang menyerukannya seruan yang didengarinya oleh semua makhluk Allah selain dari manusia dan jin, katanya: "Ya Tuhan kami! Berikanlah ganti yang berganda-ganda kepada orang yang mencurahkan nikmat-nikmat yang dikurniakan kepadanya pada jalan yang diredhai Allah, dan timpakanlah kerugian yang besar ke atas orang yang menahan nikmat-nikmat Allah itu daripada mengeluarkannya pada jalan yang dituntut oleh Allah." - HR Abu ad-Dardaa' r.aHuraian
Pengajaran hadith:
i) Dalam menghadapi kehidupan dunia manusia mestilah berwaspada, jangan mudah terpedaya dengan perkara yang melalaikan diri daripada berusaha mengerjakan amal kebaikan lebih-lebih lagi perkara yang berhubung dengan harta benda dan cara membelanjakannya.
Ii) Dalam hadith ini Rasulullah s.a.w menyatakan bahawa pada tiap-tiap hari terdapat dua malaikat yang menyeru manusia supaya:
a) Mengerjakan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang untuk mencapai keredhaan Allah.
B) Mengambil ingatan bahawa pendapatan seharian yang diperoleh meskipun sedikit tapi mencukupi keperluan hidup di dunia yang meliputi harta benda dan nikmat-nikmat yang lain sebenarnya adalah lebih baik daripada pendapatan yang banyak tetapi melalaikan manusia itu daripada mengerjakan amal ibadat dan kebajikan sebagai bekal untuk mencapai kebahagiaan yang kekal di akhirat kelak.
iii) Sesungguhnya manusia yang membelanjakan harta benda, ilmu pengetahuan dan tenaganya di jalan Allah akan sentiasa didoakan oleh malaikat semoga Allah memberikan balasan yang berganda-ganda untuk dirinya, sebaliknya bagi yang bakhil, didoakan agar ditimpa kerugian yang besar.
Ada lagi , jom teruskan membaca :D
Monday, July 25, 2011
BEN ASHAARI TANYA BERANI KE KRITIK BLOG AKU ?
Hai kawan-kawan , meh sama-sama kita join segmen terkini Ben Ashaari iaitu Segmen Jom Kritik Blog :DD alang-alang kalau korang yang kritik blog aku , jom join contest aku yang bakal meraih RM180 !! Huhu . KLIK kat sini Contest : Raih RM160 Kutuk Dan Kritik Blog Abdul Farique :DD
Thursday, July 7, 2011
Blog Assignment Jejaka Terhangat: Tunjuk Ajar Ku Sifu
Assalam kawan-kawan, oke sekali lagi kita cuba memberanikan diri untuk menyertai Assignment dari blog Jejaka Terhangat. Oke, sembang pumpang pun tak guna . Tembak pun tak kena, jadi jom kita terus membaca siapakah Sifu Aku yang selama ini banyak membantu aku walaupun tanpa sifu aku itu mengetahuinya.
Jom kita membaca segala info yang aku sertai disini. Semoga pembaca dan pengunjung dapat mempelajari segala rahsia dan tips yang aku diperolehi sehingga aku mampu mencapai 200000 pageviews setakat ini. Korang nak ? serius nak? Jom kita terjah blog mamat ni dan satu yang penting, Semangat + Membaca :)
Saturday, July 2, 2011
Blog Assignment Jejaka Terhangat: Aku Suka Blog Ni
Assalam kawan-kawan, oke pertama kalinya aku tergerak hati untuk menyertai assignment jejaka terhangat yang selama ni aku tak pernah follow sebab aku terlalu khusyuk dengan entry seo yang tak pernah menjadi tu. Oke la , segmen kali ni adalah mengenai blog yang aku suka. Siapakah blog yang paling aku suka ? Mari aku tunjukkan siapakah blog yang sering aku sumbangkan traffik kerana menunggu entry terbaru beliau :)
Ini lah blog beliau :
Blog budak botak. Apa yang istimewa sangat tentang blog dia ni ?? nampak biasa ja. Minat aku untuk selalu membaca blog dia sebab budak botak ni selalu post kan entry-entry fakta yang pelik-pelik dan menarik. Budak botak pun rajin update blog. Budak botak ni bagus , setiap kali aku komen di entry beliau, pasti entry terbaru aku akan beliau komen. Bagus, bukan nak angkat lambung nama budak botak tapi sifat macam tu terbaik.
Maklumlah sekarang ni hati selalu tak tenang, banyak benda fikir. Jadi aku terlalu malas nak singgah ke blog-blog peribadi dan blog-blog yang selainnya. Maaf bukan benci tapi aku tak boleh terima kenyataan kalau terbaca entry-entry yang bakal membuatkan aku panas. Otak tengah tension memang gila sikit. Blog Budak botak yang selalunya tenangkan hati aku sedikit.
Respek kat budak botak sebab dah capai 520000 pageviews dan dah dapat PR3. Aku rasa mamat ni pandai main SEO juga. Haha, aku minat blog-blog macam ni. Lagipun blog budak botak tak kering dengan visitornya, tak kira pagi atau malam, visitor kat blog beliau paling koman 5 user online. Itu bermakna blog beliau memang hebat la. Aku jadikan dia idola, selain Pendekar berkuda dan syafiqorangmelaka. Huhu.
Itu lah dia penjelasan aku mengenai blog budak botak. Sekarang ni aku dah pandai nak kritik-kritik blog orang da. Kurang ajar sungguh aku ni!. Haha, anggaplah setiap apa dari tulisan aku ni sebagai satu semangat dan sokongan sebab apa yang aku tuliskan dah terbaca dari bisik hati ni :)
Jadi aku nak tag seseorang untuk membaca entry ni dan kalau boleh sertai lah sekali. Jadi aku nak tag , blog mak budak : Puan Kutu :)
Semoga sukses :p
* Lama tak update blog, pening tak tau nak update entry apa =.="
Wednesday, May 25, 2011
Segmen Andai Aku Diberikan Peluang Bersama Abdul Farique

Salam kawan-kawan , aku harap ada geng geng sporting yang sudi join segmen ni. Ok straight to the point , segmen ni senang je dimana korang semua perlu mengikut syarat-syarat bawah ni :-
1. Buat satu entry bertajuk Segmen Andai Aku Diberikan Peluang Bersama Abdul Farique..
2. Amik banner diatas dan letakkan di entry segmen tadi..
3. Ceritakanlah apa saja mengenai tajuk Andai Aku Diberikan Peluang ni .. tak kisah la peluang apa pun asalkan jadikan satu cerita yang menarik , tertarik dan terbaik .
4. Tag 1 Orang kawan ... sorang je tak perlu kawan-kawan.. pastikan kawan korang tahu beliau di tag .
5. Setelah siap post kan link entry kat sini yea ..
Daa.. senang je . Harap korang sudi join la sebab ini first time aku tergerak hati nak buat segmen. Contoh ayat entry kalau korang tak faham ..
'' Pada lembut bayu angin yang menghembus ke wajah mu, resah layu ku melihat tanah ini. Andai Aku diberikan peluang, takkan ku sia-sia kan kamu lagi. Sang purnama menjadi saksi kata-kata hati aku ini, pulanglah peah. Ku rindukan gelak tawa mu yang berkurun lama tidak ku terdengaran lagi . Andai Aku Diberikan peluang, takkan aku memasak meggi kari itu lagi. Oleh kerana bahana meggi kari tadi, kau akhirnya berlari ke tandas dan sudah 3 jam tak keluar-keluar lagi. Pulanglah peah,'' ..
haa.. ayat atas ni contoh je . Terpulanglah cerita tu berlaku dari persepsi masa dan keadaan sebagaimana sekalipun.. oke sebagai reward , aku akan memilih 3 orang yang paling terbaik dan hangat. Aku akan memberikan reward seperti berikut :-
1. Iklan 125x125 Premium selama 3 bulan (banner sendiri) + Review blog oleh AF .
2. Iklan 125x125 Premium selama 2 bulan (banner sendiri) + Promote 2 entry beliau di 2 entry terbaru AF .
3. Iklan 125x125 Premium selama 1 bulan (banner sendiri) .
InsyaAllah, AF akan cuba sumbangkan traffik melalui iklan banner korang kat blog AF . So.. kalau ada yang rasa nak join tu, join la . Lagi bagus kalau ramai-ramai. :D . tarikh tamat segmen ni pukul 11 malam , 25 Mei 2011 . Jom jom sekali ada masa .
OOPSS ! TUNGGU ! Kepada mana-mana bloggers yang berjaya mengumpul refferal sebanyak 100 refferal dari blog beliau, AF akan bagi hadiah kejutan . FREE 1 3D HEADER untuk 1 pemenang, refferal lebih jauh jangkaan akan dipilih mengikut refferal yang tertinggi :D
Jom, af akan check di nuffnang dan info kat blog AF japg malam. Ayuh Ayuh ramaikan, promote kan :D
Subscribe to:
Posts (Atom)


