Hati kita mudah tersentuh , semua orang memiliki sifat tu walaupun sekental dan sekuat mana hati kita . Mungkin aku juga pernah mainkan perasaan seseorang sebelum ni , dan aku harap aku jua dapat fahami perasaan seseorang . Sekarang baru aku kenal , apa itu kasih dan kekasih . Sekarang baru aku kenal , mahal dan murahnya perasaan . Sekarang baru aku kenal , cinta tak perlu dicari , dikejar-kejar . Biarlah datang dari hati sendiri . Bila kita terlalu mencari cinta , maka perasaan dan hati orang lain akan kita sakiti .
Kadang-kadang aku tak faham , apa tu cinta sebenarnya ye ? selama 19 tahun umur aku , aku masih tak kenal lagi apa itu cinta . Walaupun episod telah berlalu , hati aku dan perasaan aku tetap bersedih walaupun berselindung disebalik kegembiraan . Walaupun aku seorang yang sedikit tabah tapi hati aku tetap lembut . Airmata aku ibarat hujan yang mengalir tak henti-henti kerana cinta . Tapi sekarang , aku benci untuk ucapkan cinta kepada orang yang menjadi kesukaan aku , kerana aku pasti aku tak dapat membaca pendirian seseorang .
Biarlah cinta aku hanya untuk Tuhan , Rasul dan Nabi , Ibu Bapa , keluarga ,Kawan-kawan , sahabat bloggers dan bukanlah sekarang untuk seorang yang bernama kekasih . Bukan sekarang dan masa lepas . Aku yakin suatu hari nanti , aku akan temui . Jika didunia ni aku masih tak temui cinta sejati , aku yakin di akhirat nanti pasti aku akan temui cahaya walaupun jalan ku ke syurga ataupun neraka . Aku hanyalah seorang insan yang biasa , tak mampu berikan sesuatu yang ajaib dan sesuatu yang dapat kagumkan seseorang . Aku sedar siapa aku , aku sedar hala tuju aku , aku sedar buruk dan hinanya diri aku .
Maka bermulalah , RIWAYAT SEORANG INSAN HINA yang selalu kalah dan dipulau oleh CINTA ..
P/s : kawan-kawan , sayangilah seseorang yang benar-benar kita sayang dan cintailah seseorang yang benar-benar kita cinta . Jagalah perasaan seseorang bila kita masuk ke dunia seseorang dan janganlah mencari seseorang untuk dijadikan sebagai KESINAMBUNGAN CINTA .
Jangan kau hujani ku dengan pertanyaan ,Kerna pasti akan mengecewakan ,fahamilah pengertian ku ini ,setiap insan punya perasaan ,
Setiap cinta perlukan pengorbanan ,walau sekejam ini yang ku lakukan ,sanggup berpisah demi kemanusiaan ,asal kau bahagia oh masa depan ,
Cintailah dirinya ,kerna dia lebih sempurna ,apalah ada padaku ,Hanya nyanyian dalam sepi .
Renungkan sejenak bezakan antara ,berlian dengan kaca mana lebih berharga ,pandanglah keatas keluarga mu disana ,turutkanlah kehendak mereka ,
Biarlah ku sendiri bernyanyi dalam sepi ,Anggaplah diriku sepotong mimpi ,usah kau tanggiskan pada perpisahan ini ,pergilah kepadanya SELAMAT TINGGAL .
*Kredit , Chris Nadham - Hanya Nyanyian Dalam Sepi .
10 comments:
muda lagi ang lau nk kenal cinta ni..kuikuikui..
noona tak tau nak explain cinta tu mcm ne tp yg pasti cinta perlukan keserasian,saling memahami dan berkasih sayang..hehe.
nak tau tak,noona dengan boyfren noona still ngam even kiteorang jrg dpt mesej and kol.. tak tau nape.. hubungan kiteorang still kuat mcm dulu.. kiteorang jrg gaduh...sbb kiteorang saking memahami.. tu yg penting.hmm
sori ye,noona lelebih plak..hehe
AF,, semua tu ajar kita untuk jadi lebih tabah..sebelum ni,, moon penah merasa luka dan sakitnya cinta...namun tangisan bukan pilihan...keluhan bukan penyelesaian...even macamana terluka sekalipun kita,, bangkitlah dengan berani...
masih ada yang sayang...masih ada yang cinta...x perlu mencari sebab bila kita mencari,, secara automatik cinta kita bersyarat...
So be strong...perjalanan AF masih jauh...kawan-kawan BCR pasti akan menyokong AF...
@noonaQQ: huhuhu , thanks noona . harap noona dan bf terus kekal :) harap yang terbaik dari noona :)
takde apa yg nak dikatakan lagi..semua dah diluahkan kat BCR tadi. hehe..tapi, kalau satu hubungan tu masih boleh diselamatkan. cubala..jangan sebab kecik je putus. kalau selalu camtu, mksdnya kita jenis orang yg blum sedia utk satu hubungan yg serius..kalau mcm tu, better kita fokus dlu dgn kerja kita..biarkan cinta tu datang kemudian..smoga AF sentiasa berjaya dlm hidup..=)
@mOoN: yeaa , perjalanan masih jauh dan af tak pasti sama ada af akan jumpa jalan pulang . :( . Thanks diatas nasihat , AF akan cuba menjadi seorang lelaki yang memiliki hati yang kuat . :)
@Jejaka Terhangat: setiap komen2 kau di blog aku menjadi permata yang berharga buat aku jt :) terima kasih !
ayooo....insan hina dtg balik..XDD
jadi single tak salah kan? umur baru 19thn..tak perlu la difikirkan sgt...kalau umur dah 25 maybe af patut risau..hahah...
aku harap AF dpt jumpa org yg sepatutnya di sisi af...cinta tak semestinya memiliki... jgn sedeh2..
@tiQo...(-_-''): seomga kata2 dari tiqo menjadi kekuatan dan semangat buat af :)
sokong tiqo XD org baru 18 tahun , tk risau jugak , hehe . tapi AF kan lelaki , mesti rase sedih sangat , sabar ye AF (:
@areen jerry: dah takdir AF nak jadi macam ni kan . af mampu buad apa lagi . sabar je la . Tuhan sedang menguji AF .. :)
Post a Comment
Terima Kasih sebab komen, tapi komen ancaman, ugutan, hasutan akan didelete ya :).jom like fanpage facebook AF :) FB AbdulFarique.com