Showing posts with label Belangsukawa. Show all posts
Showing posts with label Belangsukawa. Show all posts

Wednesday, June 22, 2011

Wanita Tertua Di Dunia Meninggal Dunia | Tergempar

    SAO PAULO: Seorang wanita Brazil yang disenaraikan sebagai wanita tertua dunia oleh Guinness World Records meninggal dunia semalam, kira-kira dua minggu sebelum meraikan hari lahir yang ke-115 tahun 

TINGGAL KENANGAN: Maria Gomes Valentim, 114, tersenyum ketika bergambar di Carangola pada Mei lalu. - Foto REUTERS

Wanita tertua dunia kini milik seorang wanita di Amerika Syarikat.
Jurucakap pusat jagaan, Helerson Lima berkata, Maria Gomes Valentim meninggal dunia akibat beberapa organ badannya yang tidak berfungsi.
Valentim akan berusia 115 tahun pada 9 Julai nanti. - AP 


Sumber : Berita Harian 

 # Agaknya lepas ni siapakah pengganti pemegang rekod dunia ni ye ?

Monday, June 20, 2011

Qayyum Meninggal Dunia | Kartunis Ujang

    Assalam kawan-kawan. Kartunis Majalah Ujang, Qayyum meninggal dunia semalam pada pukul 7.45 malam akibat stroke. Arwah yang berusia 42 tahun tiba-tiba pengsan apabila hendak menaiki ke apartment beliau dibawa ke PPUM. Arwah dikafankan dan disolatkan di Masjid Taman Tun dan dikebumikan di kampungnya di Batu Talam Raub.




   Ini lah video arwah yang pernah popularkan beliau pada suatu ketika dulu. Semoga Arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan didalam golongan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah..









Sumber berita : Akmalhilmi.com

Saturday, May 28, 2011

Bekas Pemain Bola Sepak Perlis Meninggal Dunia

KANGAR: Bekas pemain bola sepak Perlis era 80-an, Roslee Ramlee, 53, meninggal dunia selepas mengadu sesak nafas ketika berjoging di kawasan Bukit Lagi dekat sini semalam.

Bekas penyerang pasukan Perlis itu dimasukkan ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) 6.20 petang semalam dan meninggal dunia sejam kemudian. 


Isterinya, Azihani Ali yang juga bekas anggota Exco kerajaan negeri Perlis berkata, suaminya yang juga seorang juruteknik di Jabatan Kerja Raya (JKR) sempat berjoging di situ kira-kira sejam sebelum menelefonnya di rumah dan mengadu sesak nafas lalu beliau membawanya ke HTF untuk mendapatkan rawatan. 

Baca Selanjutnya di : Berita Harian


  Al-Fatihah... Semoga Arwah ditempatkan didalam golongan orang-orang yang beriman . Amin.

Thursday, May 19, 2011

Kereta Honda City Warna Grey WST 525 Dicuri | Al-Fatihah Untuk Arwah Bloggers Telurdibasuh

      Salam kawan-kawan . Diatas rasa ingin bantu , aku ingin memaklumkan bahawa rakan bloggers kita telah kehilangan sebuah kereta Honda City . Maklumat ada dibawah . Sesiapa yang perasan nombor plat berkenaan sila hubungi pihak polis jika ternampak . Maklumat di bawah ni ;



 Seorang rakan blogger,Jogger (2 dari kiri) tengah hari tadi telah kehilangan kereta Honda City beliau . Minta tolong semua untuk turut sebar-sebarkan berita ini (entry,Faceboook, etc) :

"Kereta Honda City Warna Grey WST 525 dicuri di Kinrara hari ini. Minta hubungi pihak polis jika ada ternampak "

P/s : Kereta yang dicuri itu adalah Milik Bro Jogger.

Minta tolong ya. Semoga dengan pertolongan anda semua, kereta itu dapat dijumpai semula

petikan dari blog : www.eyriqazz.com

    Nota :  Sedikit pengumuman dimana kita telah kehilangan seorang bloggers terkenal iaitu arwah bloggers telurdibasuh   kerana  arwah menghidap asma dan terlantar di icu beberapa hari sebelum arwah menghembuskan nafas terakhirnya sebentar tadi. Al-Fatihah . Takziah buat keluarga Allahyarham Hakim ( telurdibasuh ) .




Tags : kereta honda city hilang, kereta hilang, wst 525 hilang, telurdibasuh meningggal dunia, telur di basuh meninggal dunia, bloggers telurdibasuh meninggal .


   Tolong Share , Like Facebook dan Tweet entry ni . Marilah sama-sama kita membantu rakan bloggers kita yang tengah keresahan dan kecewa kerana kehilangan kereta beliau . Peace .

Wednesday, May 18, 2011

Datuk Mokhtar Omar Meninggal Dunia

 


Suami Allahyarham Datin Orchid Abdullah, Datuk Mokhtar Omar, meninggal dunia jam 6.15 (17 Mei 2011) pagi tadi di Hospital Ampang di sini, akibat kegagalan buah pinggang dan jangkitan paru-paru.

Jenazahnya disemadikan di Tanah Perkuburan Islam AU2 Taman Keramat, selang satu pusara dari pusara isterinya yang meninggal dunia akibat ketumbuhan hormon tidak stabil Jumaat lalu.

Allahyarham Datin Orchid Abdullah

Allahyarham Mokhtar, 70, yang juga bekas Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan dirawat di Unit Rawatan Jantung (CCU) Hospital Ampang sejak 4 Mei lalu sebelum dipindahkan ke wad biasa dua hari lalu berikutan sudah menunjukkan tanda semakin pulih.
 


   Takziah diucapkan untuk keluarga Allaharyam , Al - Fatihah . ( maaf copy sebiji , takde idea da ) .


  Tags : Datuk Mokhtar Omar meninggal, Datuk mokhtar omar meninggal dunia, datuk mokhtar meninggal dead, mokhtar omar meninggal


 

Sunday, April 4, 2010

Sheikh Mohammed Sayed Tantawi Meninggal Dunia

[en01.jpg]
 
KAHERAH: Ulama tertinggi Islam Sunni, Sheikh Mohammed Sayed Tantawi, meninggal dunia selepas serangan jantung hari ini, ketika sedang menaiki tangga kapal terbang untuk ke Arab Saudi.
Agensi berita MENA, berkata Sheikh Mohammed, Imam Besar Al-Azhar (kedudukan tertinggi dari segi pembelajaran Islam Sunni), berada di Riyadh bagi menghadiri Majlis Anugerah Raja Faisal.
Televisyen Mesir berkata, tokoh kontroversi Mesir yang meninggal dunia pada usia 81 tahun itu, mengadu dalam kesakitan ketika menaiki kapal terbang awal pagi tadi sebelum rebah di tangga. Allahyarham kemudiannya dikejarkan ke Hospital Amir Sultan di Riyadh, di mana doktor mengumumkan beliau meninggal dunia.
Sejurus selepas Sheikh Mohammed disahkan meninggal dunia, televisyen di Mesir mula menunjukkan rakaman video masjid Al-Azhar sambil diiringi muzik suram.
Anaknya, Amr Tantawi, berkata berita bapanya meninggal dunia adalah satu kejutan yang tidak dapat digambarkan."
Ahli keluarga Allahyarham sudah membuat keputusan, iaitu Allah sudah memilih beliau untuk meninggal di tanah Saudi, maka beliau akan dikebumikan di tanah perkuburan Al-Baqie, iaitu tanah suci kedua Islam Madinah," katanya. - AFP
 
 
Nota Ringkas Abdul Farique : Sama-sama kita menyusun 10 jari dan sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham .
 

Riwayat Seorang Insan Hina Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!