Monolog Ramadhan : Misteri Plastik Beg Hitam
Gembiranya hati aku, Ramadhan tiba lagi. Alhamdulillah masih sempat aku merasa selama 20 tahun. Masih aku ingat lagi zaman kenakalan aku. Ketika aku masih berusia 15 tahun, aku sudah tidak terbiasa dengan berpuasa sepenuhnya. Pasti aku akan tinggal puasa 1-2 hari. Kalau puasa pun puasa setengah hari saja..
Haha, tak nampak nakal tapi nampak jahat. Ketika aku berusia 17 tahun, aku rasa dah cukup matang untuk menjalani ibadah puasa. Tapi jahat jugak, ada hari tak puasa ada hari puasa setengah hari. Nahaslah kalau mak aku tahu, tak makanlah aku sekali dengan keluarga aku masa berbuka nanti. Sudahlah terpaksa menyamar puasa, makan sembunyi-sembunyi pulak sikit je..
Banyak cara dan skill aku gunakan untuk ponteng puasa. Tambahan pula rupa aku seiras budak cina, makin lagak seperti budak cinalah aku. Semasa keluarga aku bekerja, dapur ibarat tempat aku uji kaji. Habis semuanya aku proses dan terus mencari makanan. Hanya ada, kurma Yusoff Taiyub. Jadi terpaksalah aku membeli di kedai nasi kandar sahaja. Ketika inilah berlakunya misteri Plastik Beg Hitam..
Macam biasa lah bulan ramadhan ni kan. Tengok saja Muslim dan muslimat sekeliling yang membawa plastik beg hitam pada waktu tengahari lebih-lebih lagi 'lunch time', pasti ianya menjadi misteri dan tanda tanya. Apa yang ada kat dalam tu? Adakah makanan? Adakah orang ni tak berpuasa? Semuanya menjadi tanda tanya. Bukan apa, aku juga pernah merasa diragui. Berjalan sambil membawa plastik beg hitam di siang hari di bulan ramadhan pasti akan menimbulkan keraguan semua yang melihat..
Tatkala mata melihat sekeliling, fikiran pasti melayang-layang. Begitulah sifat dan sikap manusia. Tak perlu jadikan contoh orang lain, aku juga begitu. Hehe. Sambil-sambil aku melihat sekelilingku, aku memesan sebungkus nasi kandar dan sebungkus air untuk santapan tengahari ku dirumah tanpa pengetahuan keluarga. Juga dibungkus dengan plastik beg hitam juga..
Misteri plastik beg hitam ini sudah biasa dengan harianku. Ia bukan lagi tanda tanya, tapi ianya adalah fenomena yang biasa berlaku dibulan ramadhan.. Ya, ianya adalah fenomena. Tak percaya? tunggu dan lihat hari-hari disepanjang ramadhan tahun ini :)
Bersambung..