Sunday, August 14, 2011

Gold Man | Orang Emas Ditangkap

Gold Man a.k.a Orang Emas Ditangkap

KUALA LUMPUR: “Saya tak tahu langsung pekerjaan yang saya buat ini sebenarnya salah. Kalau saya tahu, saya tak akan ambil risiko untuk melakukan kerja ini,” kata ‘orang emas’ yang ditahan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Wilayah Persekutuan dalam satu operasi di Bukit Bintang, di sini, jam 9 malam kelmarin.

Dia yang mahu dikenali sebagai Elvis, 42, berkata menjadi ‘orang emas’ atau ‘Gold Man’ adalah sumber rezekinya dan pendapatan diperoleh agak memuaskan serta mampu menampung isteri dan dua anak berusia dua bulan dan tiga tahun yang tinggal di Ipoh, Perak. “Saya diberi jaminan oleh rakan bahawa pekerjaan ini tidak salah dan pihak berkuasa tidak akan mengganggu serta dijanjikan pulangan pendapatan dengan sekelip mata.

“Tanpa berfikir panjang, saya membeli tiket ke Kuala Lumpur seminggu lalu. Ini hari keempat saya bekerja sebagai Gold Man. Tidak sangka akan ditahan pihak berkuasa,” katanya.

Elvis berkata, kini dia risau memikirkan nasib isteri dan anaknya jika kesalahan yang dilakukan akan menyebabkannya didakwa serta ditahan dalam tempoh yang agak lama.


“Saya buntu memikirkan nasib isteri dan anak yang masih kecil, bagaimana isteri akan mencari wang untuk menampung kehidupan mereka kerana selama ini dia tidak pernah bekerja,” katanya.


Katanya, sepanjang empat hari melakukan pekerjaan itu dia mampu memperoleh pendapatan antara RM100 dan RM200 dalam sehari.Apa yang dilakukannya hanyalah berdiri dengan meletakkan satu tin kosong dan mengharap simpati orang ramai memasukkan duit bagi membolehkannya membuat pelbagai gaya sambil orang ramai merakam gambar bersamanya.


Elvis berkata, selepas mengetahui apa dilakukannya menyalahi undang-undang dia menyesal dan akan lebih berhati-hati memilih pekerjaan pada masa hadapan. Sementara itu, Ketua Bahagian Warga Tua dan Keluarga JKM Wilayah Persekutuan, Mujah Hamat berkata, kegiatan Elvis yang meraih simpati agar diberikan sumbangan kewangan dianggap sebagai mengemis.


Nota : Kesian , sumber tarikan pelancong di Kuala Lumpur ni pun akhirnya tertangkap..

12 comments:

AmieyraRahimms on August 14, 2011 at 11:39 AM said...

kesian diee .

Umie Nadhirah on August 14, 2011 at 12:12 PM said...

adoi, x sangka plak salah..kesian anak & isteri dia.

Unknown on August 14, 2011 at 12:41 PM said...

alahai..kesiannya..tak bleh rupanya goldman ni..aku pon baru tau.

arituarini on August 14, 2011 at 12:42 PM said...

tu pun masalh ke..pegmis penipu tu p tangkap..

wawa meiko on August 14, 2011 at 1:02 PM said...

Alaaaaaaaaaaa :(

ZWAN SABRI on August 14, 2011 at 1:33 PM said...

sepatutnya biarkan jela gold man tu kat situ.. at least ada jugak tarikan di buki bintang.. HUHU

Btw, awat blog ni nak tutop?
awat blog ni nk bg kat orang lain?


MySuaraBlog: Cahaya Matahari Rangsang Hormon

Anak Wak Mail on August 14, 2011 at 4:17 PM said...

la..siannya dia..macam mengemis ke??diorang ni bukan lebih kurang macam busker ke??

sangpemimpi on August 14, 2011 at 7:23 PM said...

la kesian pulak kt dia

Fad Zandra on August 15, 2011 at 9:40 AM said...

aku rasa dia bukan peminta sedekah..dia menjual bakat dia.xsalahkan?

bella luna on August 23, 2011 at 8:08 PM said...

@Fad Zandra sokong kata fad,die bukan mengemis,dia jual bakat,.lagipun bukannya senang lenang dia duduk and menagih simpati,tetapi die beraksi gak ngan kostume die tu,.sibuk nak tgkp gold man,tp sindiket2 yg suh bdak2 mengemis berleluasa tak pula dibanteras!!!

Naz a.k.a Mr LH on August 26, 2011 at 8:15 PM said...

tak patut tak patut..

HanaQueen Station on September 6, 2011 at 3:33 PM said...

aik..salah ke? nape kena tangkap? tak paham la..adehhh..~

Post a Comment

Terima Kasih sebab komen, tapi komen ancaman, ugutan, hasutan akan didelete ya :).jom like fanpage facebook AF :) FB AbdulFarique.com

 

Riwayat Seorang Insan Hina Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!