Saturday, October 8, 2011

Bapa Meliwat Bayi 23 Hari - MyMetro


 GOMBAK: Berang isteri dalam pantang enggan melayan kehendak seksualnya, seorang lelaki berusia 28 tahun bagaikan dirasuk syaitan apabila sanggup meliwat bayi lelakinya berusia 23 hari di dalam bilik di rumahnya di Taman Sunway, Batu Caves, di sini, kelmarin.




 Lebih kejam apabila tangisan bayi malang yang menahan kesakitan itu langsung tidak diendahkan si bapa durjana, sebaliknya dia menjadi lebih rakus dengan bertindak menutup mulut anaknya itu menggunakan tangan dengan kuat, sekali gus menambah derita si kecil. 




  Bapa yang kejam itu berbuat demikian untuk mengelakkan tangisan bayi malang itu didengari isterinya yang ketika kejadian dilaporkan sedang berehat di ruang tamu rumah.

  Sumber polis berkata, tindakan keji dan kejam itu hanya disedari ibu mangsa berusia 39 tahun kira-kira jam 4 petang apabila melihat mangsa tidak bermaya ketika mahu memandikannya.



  “Si ibu terkejut apabila melihat bahagian mulut mangsa lebam. Pemeriksaan wanita itu kemudian mendapati bahagian dubur mangsa turut cedera.



Sumber  : MyMetro


Pesanan Admin : Nauzubillah , apabila nafsu menguasai diri . btw, kesiannya bayi tu . tidak bersalah pun. Ada juga bapa yang macam ni, Oh dunia..

Monday, October 3, 2011

Jutaan Kemaafan Atas Kesilapan Contest 4.0

       Assalamualaikum, adalah dimaklumkan, Contest 4.0 ini telah lama ditutup. Klik sini untuk lebih lanjut. Dan pengumuman juga telah dibuat di sini. Namun, terdapat beberapa ralat dalam entry tersebut untuk senarai pemenang. AF sebagai seorang biasa juga melakukan kesilapan. Jutaan kemaafan AF hulurkan ( walaupun raye dah habis -_-" ) Maka, di sini megahnya AF duduk di kerusi dengan teguhnya untuk memperbetulkan kekhilafan yang tak sepatutnya AF lakukan itu :)



di sini, ralat. sepatutnya :



dan



Harapnya kesulitan yang dihadapi, dimaafkan belaka lha ea ! Dan diharap jugak, kepada pemenang lain boleh merujuk AF di Facebook untuk mendapat hadiah anda yang masih belum dituntut. Jika anda masih belum mengetahui keputusan tersebut, sila rujuk sini. sekian.

Aku harap, aku dimaafkan -_-"


Sunday, October 2, 2011

Cabaran Kehidupan Untuk Dihayati !


Hidup ini cukup indah. Penuh dengan misteri. Kata orang warna-warni. Adakalanya kita berduka, ada juga masanya kita gembira. Yang penting, dalam apa jua keadaan sekalipun, sentiasa ingat kepada Sang Pencipta, Allah s.w.t. Syukur dan sabar; 2 rahsia kejayaan.
Aku melontarkan pandangan ke laur tingkap. Cuaca begitu terang sekali. Ramai sungguh orang keluar menikmati teriknya mentari. Kukira di Malaysia situasinya berbeza. Kita menunggu sang suria beredar barulah kita menampakkan diri. Benar kata orang, kita hanya menghargai sesuatu itu bila kita kehilangannya.

Ok. Kali ini ingin aku kongsikan perbualanku dengan Mr. X tempoh hari.

Kala itu kami sedang menikmati hidangan istimewa di sebuah restoran.
"Pelik betul manusia ni, asyik mengeluhhhh je," Mr. X memulakan bicara.
"Mm..biasa la tu..apa yang peliknya?" Aku menjawab.
"Keluhan tidak menyelesaikan masalah... malah melambatkan proses menyelesaikan masalah."
"Well... bagaimana kalau keluhan itu adalah sebahagian dari proses menyelesaikan masalah?" Aku cuba menghangatkan sedikit perbualan.
"Jika begitu, kita perlu lihat semula kepada sirah.. ingat Khabbab Al-Art?"
Aku menganggukkan kepala. Khabbab Al-Art merupakan orang yang meminta Rasulullah s.a.w. berdoa supaya dilepaskan daripada kezaliman arab Quraisy. Lalu Nabi s.a.w mengingatkan Khabbab akan betapa umat terdahulu ujiannya jauh lagi hebat daripada ujian yang mereka hadapi ini.
"Masalah ni takkan habis... masalah ini akan sentiasa datang sebab kita ini hidup. Bukan hidup-hidupan," Mr. X menyambung bicaranya.
Aku mengiyakan. Tidak mahu menganggu ucapan Mr. X.
"Kereta hanya ada masalah jika kereta tu bergerak. Kalau dok kat umah je, memang tak jumpenya lampu isyarat, polis semua tu. Yang penting adalah kita kena persiapkan diri kita untuk menghadapi masalah ini. Kita di sini untuk menyelesaikan masalah, bukan untuk mencipta masalah."
"Setuju. Dan semakin matang kita semakin besar cabarannya. Cabaran membawa kereta tak sama seperti cabaran membawa lori," aku memotong Mr. X. meminjam analogi yang sama.
"Bagus.. Allah tidak akan memberikan sesuatu di luar kemampuan kita. Fikir dan zikir!" Mr. X menjawab sambil tersenyum.
Cabaran itu akan sentiasa hadir. Dan itulah gunanya kita, manusia yang dikurniakan akal untuk berfikir. Namun harus diingat, kata Hamka, hujung akal adalah pangkal agama. Akal ini ada hadnya.
SUMBER:iluvislam.com
 

Riwayat Seorang Insan Hina Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!