Wednesday, September 26, 2012

Kebaikan Apa Yang Aku Harus Lakukan?




  Kekuatan hati akan hadir bila masa hadirnya teman sekeliling menemani hari-hariku. Perjalanan hari lengkap jika kerohanian disisi apabila keceriaan timbul dari si peneman hati yang mempunyai juga masa dan waktunya. Siapalah aku, hanya menghitung hari-hari dengan tembok naturalisasi yang usang. Tak mampu menghalang rasa dan segala hasrat yang cuba-cuba menawan diriku..



  Kepunyaan hatiku adalah milik abadi Sang Pencipta dan kadang-kala aku terjerumus dengan dosa dan menambah lagi dosa yang sekian ada. Pedih terasa hati macam terseksa bila mengenang segala kesilapan tapi kenapa sekarang bukannya dahulu lagi. Kesedaran tak mampu mengubah persepsi diri. Penyesalan menyerang perasaan, kadang kala aku sedar banyak peluang yang diberi olehNya untuk ku walhal adakah aku gunakan peluang itu dengan sebaik mungkin? ..


  Setiap baikku pasti ada kejahatan menghurung perjalanan dan pengumpulan bekalan aku ke sana. Ya Allah hinanya aku disisiMu! Tak ku sedar kerana keadaan dan situasi yang menutup kesalahanku, hijabku terbuka satu persatu. Kenapa masih aku buta? Aku berselindung disebalik kelebihan dan identiti ku tapi mengapa aku tak mampu berubah dan mempergunakan kelebihan yang ku miliki untuk kebaikan sebenarnya? ..


  Aku hanya menunggu kematian ku tiba, menunggu tarikh ku luput.. Apakah kebaikan yang harus aku jalankan? Yang berdosa tetap berdosa tetapi ada pintu kemaafanNya. Tapi kenapa aku tidak menggunakan dengan iman yang kuat...


 Penuh dosaku, manusia cerminku, Malaikat saksiku, Allah hakimku.. .


  


  

Cinta Membuta mata, Mematikan Pintu Hati :(


  Kalau mampu ku sampaikan kata-kata ku pada bukaan mulut berbicara, pasti aku mampu mencapai gunung yang jauh puncaknya. Tapi sayangnya takut ada telinga tak mampu mendengar panahan luahan dari hati kecil yang tak dibasuh dengan kasih sayang. Mulut tertutup mata terpejam lalu membiarkan jari- jemari petah menulis meluahkan perkara yang tersirat..

Cinta yang kosong adalah cinta yang tak punyai kebahagiannya..

 Wujud macam-macam persoalan mendesak hati mencari kronologi kesilapan diri dan cuba untuk membuka 7 lapisan kebahagian, tapi 1 lapisan memakan bertahun-tahun lamanya. Apakah kebahagian mampu wujud khasnya untuk diri sendiri walhal hati jatuh melayang memandang insan yang tersayang tersenyum dan bergembira dengan orang lain dan mengutip sedikit sebanyak kebahagian yang dia punya..

 Penuh dalam hati kosong pada diri. Semua melihat aku tersenyum gembira dan aku sendiri cuba ketawa tunjukkan rasa gembira walhal dalam hati penuh kesedihan dan kecewa dengan keadaan dan waktu yang menghukum segala perbuatan ku. Kunci hati yang ku simpan rapi hilang sekelip mata apabila mata kecilku dan mainan ingatanku melayang gambarmu. Siapakah diriku, aku kosong memandang duniawi tambahan hina dan kecil disisi mereka yang bersaing dengan ku..

  Penaklukan 1001 makna hanya kecil maksudnya bagi penafsir yang bijaksana. Biar ianya tersirat, kerana ianya adalah dari hati dan jiwa untuk sidia yang bernyawa. Kalau diizinkan waktu dan masa, sekurangnya aku boleh mencuba. Persoalannya sekarang, milik siapakah dia itu? Walaupun siapa pun khalifah hatinya, ku harap kau mampu ukirkan kebahagian yang ikhlas untuknya kerana dia adalah puteri khayalan ku.. ;)


  Aku bukan siapa walhal aku tiada nama. Tapi syukurlah aku ada perasaan dan cinta yang Tuhan berikan.. satu Anugerah dariNya . ;')
 

Riwayat Seorang Insan Hina Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!